Pencapaian

Pantas aku meng-update blog aku pada kali ini. Bukan apa. Aku ada kisah yang mungkin menarik untuk aku ceritakan dan kongsi bersama-sama rakan-rakan yang tidak jemu mengunjung weblog aku yang tidak seberapa ini.

Sebelum aku beralih ke arena blogging bersama WordPress ini, aku dahulunya pernah juga berblogging dengan menggunakan medium seperti Bloggers dan juga pernah menggunakan CutePHP sebagai platform aku pada masa dahulu. Ramai juga kenalan aku kenal masa ber-blog dahulu. Tapi aku yakin ramai yang telah lupakan aku ini kerana saban kali aku menukar identiti dan juga malas meng-update kan blog aku sendiri.

Apa-apa pon, dahulunya aku juga ada ber-blogging di Deviantart. Di situ selalunya aku meluahkan perasaan aku dengan cara ringkas dan mungkin hanya aku seorang saja yang tahu (mungkin). Tetapi, aku jarang kali meng-update entri-entri aku disana, seperti juga hasil seni aku. Jarang di-update dari hari ke hari. Biasa lah, malas.

Hari ini, aku melihat kembali segala jenis blog aku yang pernah aku ada dahulu. Dan aku terhenti setelah aku melihat kembali blog aku di Deviantart aku. (Kalau korang nak tau, aku dengan Hariz dulu pernah terpikir nak buat website macam deviantart, tapi local punye lah, tapi tak tercapai). Entri terakhir aku di blog Deviantartku itu adalah berkenaan duit dan juga berkenaan perancangan aku pada masa terdekat, serdahana dan yang paling panjang. Aku terkejut sebentar pabila melihat entri tersebut. Terdiam, tergamam, terkesima dan dalam hati aku, aku melonjak kegembiraan!

Tidak ku sangka, perancangan masa terdekat aku, kesemuanya telah terlaksana. Sungguh, aku gembira! Sungguh! Mungkin memakan masa yang terlalu lama untuk mencapai perancangan itu (Ianya memakan masa 5 bulan, kalau di kira dari hari aku post blog itu), tetapi, aku sungguh gembira kerana telah mencapai ape yang aku inginkan.

Dan kini, aku telah mendapat inspirasi yang mana aku cari selama ini.

p/s: kita hanya mampu merancang, tetapi, ALLAH s.w.t yang menentukan.

Mencari

Assalamualaikum.

Sudah 2 minggu cuti aku berlalu. 2 minggu berlalu nya cuti aku dengan tiada apa-apa benda yang bagus dari pada diri aku, melainkan beberapa cakap kosong yang penuh dengan impian dan angan-angan mat jenin serta idea-idea yang di akui oleh diri sendiri sesuatu idea yang sungguh bernas untuk di janakan. Tetapi malangnya, diriku ini TERLALU MALAS untuk membuat kerja-kerja yang boleh membawa kepada kebajikan diri dan keluarga. Malang, sungguh malang nasib ini. Malas yang tidak berkesudahan sejak dari bangku sekolah. Mungkin malas adalah salah satu daripada kuasa hebat aku, seperti Heroes.

Dalam 2 minggu yang malang ini, aku telah menghabiskan masa dengan bermain game-game kegemaran aku, terutama sekali game-game yang lama seperti Half-Life 2, Devil May Cry 4, PES 2009, Crysis dan banyak lagi. Sesungguhnya, aku adalah mat game. Haram aih!

Kini, aku kembali tekad untuk melaksanakan segala tugas dan menjana diri kepada benda yang lebih productive (ye tak ye je).

Aku perlukan inspirasi wahai kawan-kawanku. Inspiras!

Doakan aku berjaya!!

Kini

Setelah sekian lama tidak meng-update blog ini, aku pun sedang mencuba-cuba untuk kembali aktif dalam aktiviti mengarang sedikit dan sebanyak cerita harian aku walaupun tidak best sangat, aku cuba jugak lah

Kini, setelah sedar usia makin meningkat, aku terasa bahawa banyak pengalaman yang telah aku timba pada masa muda dahulu. Banyak perkara yang lepas telah mengajar dan membentuk diri aku yang sekarang. Dari pada seburuk-buruk perkara yang telah aku lakukan sehinggalah kepada perkara yang sebaik-baiknya (walaupun tidaklah baik mana).

Usia makin meningkat. Tanggungjawab makin berat. Sebagai hamba ALLAH, dan juga sebagai anak kepada 2 orang ibu bapa yang telah menjaga aku sehingga sekarang. Aku telah banyak melakukan dosa. Sesungguhnya, manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, aku berusaha untuk menapis diri dan juga membersihkan diri dari masa ke semasa. Tanggungjawab kepada ibu bapa masih belum selesai. Aku kini telah nekad, bahawasanya, aku mahu membalas jasa mereka, dengan belajar bersungguh-sungguh, dan juga memperolehi wang yang banyak, bukan untuk kepentingan sendiri, tetapi untuk membalas kembali jasa mereka dengan meringankan bebanan yang mereka tanggung. Rumah kata pergi, kubur kata kemari. Hidup di dunia ini singkat, dan hanya sekali. Dan sesekali ini sahajalah yang mampu aku balas kembali jasa mereka. Susah penat mereka ini, tidak terperi jawabnya. Sedih dan kasihan melihat bapaku berkerja bersusah payah dengan rambutnya kini beransur-ansur menjadi ke-kelabu-an seperti penyanyi J-Rock. Kasihan, dan aku telah nekad ingin membantu meringankan beban beliau. Aku sayang ibu bapa aku, kalian juga begitu kan?

Maka dengan itu, jikalau kalian ada kerja-kerja berkaitan website, mahupun hanya design website sahaja, hubungi aku pada talian tertutup di laman web aku. 😀
Sekian.

Kembali

Gila lah. Sebenarnya aku terlupa yang aku ada blog !

Haha! Sebab itulah aku sudah lama tidak mengupdatekan blog ini. Hehe. Harap maaf kalian semua.

Setelah sekian lama, aku ingin menyatakan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! 😀 Walaupun telah raya ke 8 pada hari ini ( 08 October 2008 ), tapi aku tetap ingin melafazkan kata-kata ini. Hehe.

Sekian, jumpe lagi nanti dengan benda best 😀