Semester Baru

Salam Sejahtera kalian.

Semester baru telah pun bermula. Kali ini, semester pendek dan laju serta penuh dengan kesibukkan. Semester baru ini adalah semester kedua aku untuk tahun akhir di puncak gading pembelajaran MMU. Dan semester kali ini, aku pasti aku akan menjadi tidak keruan kerana semester ini, subjek-subjek pembelajaran aku adalah penuh dengan subjek yang perlu membuat research untuk project yang perlu di kendalikan pada semester akhir aku yang bermula mungkin bulan Januari tahun depan.

Doakan aku berjaya di arena pembelajaran ini.

p/s: ohhh. sesungguhnya aku tiada mood untuk mengepost hari nie. celaka!

Mini

mini

Salam Sejahtera.

Hari ini, aku perkenalkan kepada anda semua wahai para rakan-rakan yang membaca blog aku ini, mini, nama theme WordPress yang aku berikan. Mari kemari, aku mahu memberikan sedikit sebanyak pengenalan yang tidak kurang hebatnya.

Theme ini aku gunakan single layout design kerana aku mahukan sesuatu yang simple, minimalist, dan compact.  Maka dengan itu, lahirlah theme ini. Aku cuba mengurangkan segala jenis penggunaan graphic untuk memberikan kesan minimal untuk para pembaca. Mungkin sedikit bosan bagi theme ini, kerana kekurangan graphic yang tidak kurang hebatnya memberikan impact terhadap mata-mata pengguna. Tapi bagi aku. takpe, takpe. Aku lebih pentingkan isi untuk para pembacaku membaca dengan lebih senang dan tak-serabut-akal untuk melihat graphic yang bertaburan.

Theme ini banyak memberikan penggunaan lines and space, dimana dalam ilmu persenian, lines and space ini adalah salah satu basic knowledge dalam pembelajaran aku yang lepas. Lagipun, aku di tekan oleh rakanku untuk memperbanyakkan kepenggunaan lines.

Hurm. Ape lagi yea?

Dalam theme ini, aku juga telah meletakkan 2 page baru untuk kepenggunaan para pembaca — About dan Archive. About adalah page di mana kamu semua boleh mengenali dengan lebih dekat. Lagipun, sebelum ini tiada langsung About page dan mungkin(?) ramai yang tertanya-tanya siapakah Aman Ruzaini ini. Maka dengan itu, aku telah pun meletakkan About page untuk pengenalan kepada orang ramai. Page Archive adalah page di mana rakan-rakan semua boleh melihat entry-entry aku yang lama-lama dan yang sebelum ini untuk pembacaan semua.

Apa lagi yea?

Mungkin itu saja. Mungkin nampak bosan, tapi aku cuba untuk menyampaikan apa yang aku inginkan, theme yang tampak simple, minimal tetapi aku berharap theme ini juga dapat memberikan keseronokkan kepada semua untuk membaca blog aku ini dengan lebih mesra dan penuh dengan senyuman

Sekian terima kasih, oh! jika terjumpa bugs mahupun apa-apa yang tidak kena dengan theme aku ini, harap di beritahu.

Terima kasih, sekali lagi 😀

Pahhtee

Salam sejahtera semua.

Entry kali ini adalah entry terakhir aku meng-post entryentry seperti ini di rumah. Cuti sebulanku, cuti semester MMU sudah hampir ke penghujungnya. Sungguhlah tidak seronok kerana rakan-rakan yang ramai sedang akan bercuti tidak lama lagi, tetapi aku, terpaksa kembali ke sekolah untuk bangun pagi pada jam 9:00 pagi setiap hari untuk ke sekolah. Haish~ Tapi takpe, kita cool beb.

Flyers di atas adalah berkenaan Free Love, sebuah band indie rock lo-fi yang bertamadun di Ipoh Perak. Esok adalah launch party album mereka di Bukit Bintang (aku tidak pasti exact location di mana) dan aku akan menghadirkan diri untuk menyokong mereka dengan membeli album mereka tersebut.

Entry kali ini pendek, sebab aku perlu menyelesaikan masalah-masalah yang perlu aku hadapi dengan tabah.

Kita jumpa esok!

Kenangan

Beberapa hari lalu, mungkin 2 hari lalu tidak salah aku, aku pergi melawat ibunda kekasih hati ku yang berada di Hospital Besar Kuala Lumpur di mana ibunda kekasihku mempunyai sesuatu di perutnya, dan di takuti akan merebak sebagai kanser perut. Syukur Alhamdulillah, benda di perutnya itu telah selamat di keluarkan semasa pembedahan di lakukan pada tempoh hari. Dan kini keadaannya semakin pulih. Syukur ke hadrat ilahi 🙂

Semasa melihat ibundanya terbaring di atas katil pesakit itu dengan lemah loya dan tidak bermaya, bercucuk-cucukkan tali salur ubat yang tidak kesudahan, aku teringat kembali pada semasa aku masuk hospital dahulu semasa tingkata 4. Inilah kenangan, erti kehidupan yang sebenar yang telah mengajar aku menghargai anggota badan ku ini yang telah di kurniakan Tuhan.

Cerita ini panjang….

Pada tingkatan 4 dahulu, aku pernah mengalami kemalangan yang dashyat dalam hidup aku selama ini, mungkin paling dashyat, aku tidak pasti. Semasa dalam perjalanan ke sekolahku di Ipoh Perak dahulu, aku membonceng sepupuku menaikki scooternya, scooter Suzuki yang menjadi pujaan remaja dahulu, aku tak ingat model apa. Dalam perjalanan tersebut, aku tidak pasti samada dia membawa laju, atau diri sendiri tidak sedap hati. Aku endah kan perasaan hati aku dan melihat ke kiri dan kanan seperti tidak ada apa-apa berlaku. Sampai satu ketika ini, aku ingin melihat meter dashboard scooternya itu untuk mengetahui berapa kelajuan yang di bawanya sekarang. Apabila kepala aku menongkat di bahunya, topi helmetku menolak kepala aku ke belakang dan memaksa aku membetulkan helmet aku.

Tanpa di sedari…..! Aku terbaring di atas jalan dalam keadaan terpinga-pinga. Melihat ke langit dan tertanya-tanya apa yang berlaku. Sepupuku datang ke arahku dan berkata “Kamu ok tak man, kamu ok tak?” sambil aku mengesat bibirku yang berdarah dan bertanya kepadanya dalam keadaan kabut “Wei, berdarah tak, berdarah tak?” berulang kali. Dia menyahut, “Bangun man, kite ketepi” sambil dia cuba mengangkat kaki aku untuk memapah aku ke kaki-lima jalan. Aku melihat mukanya yang penuh cuak itu sambil berkata “Kaki kamu patah man!!” Aku terkejut dan terdiam. Aku melihat ke atas langit dan menjerit “YA ALLAH! Apa salah hamba-Mu ini!” Seketika kemudian aku di angkat oleh beberapa orang ke tepi jalan. Aku bingung dan cuba mencari arah sambil di bawa masuk ke dalam sebuah kereta. Di dalam kereta yang tidak di kenali itu, sepupu aku tidak sudah meminta maaf kepadaku, sambil aku berkata kepadanya, “Bukan salah hg lah, takde sape nak jadi macam ni” cubaan aku untuk memujuknya dalam keadaan kakiku yang kekebasan.

Sesampai di Hospital Pantai Puteri, aku di bawa ke wad kecemasan. Soalan pertama aku tanya doktor di sana adalah “Doktor, kaki saya boleh sambung lagi?” dalam keadaan menggeletar memikirkan zaman kelakian macho aku tamat di sini. Doktor itu menunjukkan tanda senyap dan cuba menenangkan aku sambil mencucuk jarum untuk mengambil darah aku. Beberapa minit kemudian aku nampak keluarga aku sampai. Melihat kelibat aku berdarah dan berlebam-lebam, ibu ku nangis teresak-esak dan dari jauh, aku nampak abangku menahan sebak di dada.

Di pendekkan kan cerita (walaupun sudah panjang cerita ini melarut), kakiku di bedah dan di masukkan besi selama 3 bulan. 2 minggu aku berada di hospital dalam keadaan bertongkat. Seksa, sungguh seksa. Nak buang air besar, kecil, semuanya susah. Tak sanggup dah aku nak masuk mengalami hidup itu sekali lagi. Cukup sekali sudah, untuk pengalaman hidup.

Dan aku sungguh bernasib baik, sungguh bersyukur, kerana aku masih mempunyai kedua-dua belah kaki untuk berjalan, bersukan dan bermain drum. Sungguh, aku sungguh bersyukur.

p/s: klik sini untuk tgk gambar besi tersebut