Perubahan
Salam Sejahtera Kalian.
Hari ini sudah masuk puasa yang ke-7 sudah kita berpuasa di bulan Ramadhan ini. Syukur alhamdulillah, dan tahniah saya ucapakan untuk kalian yang telah berjaya menahan segala jenis nafsu dalam diri kalian dalam bulan puasa ini. Syukur ke hadrat illahi saya ucapkan.
Update update update. Baru beberapa hari lepas saya meng-update blog saya ini yang dimana kami telah berbuka puasa beramai-ramai di Murni SS2. Dan hari ini juga saya telah berbuka puasa dengan housemate kesayangan saya lagi di One Utama di Damansara iaitu The Uber Cool Urban Kiddos, Subang Kids, Syam Razali. Haha. Sorry bro, tak berniat nak kutuk hg, tapi aku terpaksa sebab sekarang musim ako untuk sakat hg. Haha. Ramai yang tahu bahawa Syam telah pon dilamun cinta. Aku di sini mahu ucapkan tahniah untuk beliau dan berharap cintanya akan berkekalan sampai hujung usia. InsyaALLAH. Tadi dalam kereta Syam siap berpesan pada aku – Jaga hg aman, nanti hg dah bercinta, terok aku kenakan hg. Haha. Sorry la Syam. Nanti aku dah bercinta nanti hg dah lupa semua benda nih. Haha.
Minta maaf kawan-kawan. Aku terlalu seronok dapat berjumpa kawan-kawan aku tadi. Melencong kejap. So, mari kita sambung cerita.
*post kali ini tiada gambar, tapi ada video exclusive. mari!