Kenangan

Beberapa hari lalu, mungkin 2 hari lalu tidak salah aku, aku pergi melawat ibunda kekasih hati ku yang berada di Hospital Besar Kuala Lumpur di mana ibunda kekasihku mempunyai sesuatu di perutnya, dan di takuti akan merebak sebagai kanser perut. Syukur Alhamdulillah, benda di perutnya itu telah selamat di keluarkan semasa pembedahan di lakukan pada tempoh hari. Dan kini keadaannya semakin pulih. Syukur ke hadrat ilahi 🙂

Semasa melihat ibundanya terbaring di atas katil pesakit itu dengan lemah loya dan tidak bermaya, bercucuk-cucukkan tali salur ubat yang tidak kesudahan, aku teringat kembali pada semasa aku masuk hospital dahulu semasa tingkata 4. Inilah kenangan, erti kehidupan yang sebenar yang telah mengajar aku menghargai anggota badan ku ini yang telah di kurniakan Tuhan.

Cerita ini panjang….

Pada tingkatan 4 dahulu, aku pernah mengalami kemalangan yang dashyat dalam hidup aku selama ini, mungkin paling dashyat, aku tidak pasti. Semasa dalam perjalanan ke sekolahku di Ipoh Perak dahulu, aku membonceng sepupuku menaikki scooternya, scooter Suzuki yang menjadi pujaan remaja dahulu, aku tak ingat model apa. Dalam perjalanan tersebut, aku tidak pasti samada dia membawa laju, atau diri sendiri tidak sedap hati. Aku endah kan perasaan hati aku dan melihat ke kiri dan kanan seperti tidak ada apa-apa berlaku. Sampai satu ketika ini, aku ingin melihat meter dashboard scooternya itu untuk mengetahui berapa kelajuan yang di bawanya sekarang. Apabila kepala aku menongkat di bahunya, topi helmetku menolak kepala aku ke belakang dan memaksa aku membetulkan helmet aku.

Tanpa di sedari…..! Aku terbaring di atas jalan dalam keadaan terpinga-pinga. Melihat ke langit dan tertanya-tanya apa yang berlaku. Sepupuku datang ke arahku dan berkata “Kamu ok tak man, kamu ok tak?” sambil aku mengesat bibirku yang berdarah dan bertanya kepadanya dalam keadaan kabut “Wei, berdarah tak, berdarah tak?” berulang kali. Dia menyahut, “Bangun man, kite ketepi” sambil dia cuba mengangkat kaki aku untuk memapah aku ke kaki-lima jalan. Aku melihat mukanya yang penuh cuak itu sambil berkata “Kaki kamu patah man!!” Aku terkejut dan terdiam. Aku melihat ke atas langit dan menjerit “YA ALLAH! Apa salah hamba-Mu ini!” Seketika kemudian aku di angkat oleh beberapa orang ke tepi jalan. Aku bingung dan cuba mencari arah sambil di bawa masuk ke dalam sebuah kereta. Di dalam kereta yang tidak di kenali itu, sepupu aku tidak sudah meminta maaf kepadaku, sambil aku berkata kepadanya, “Bukan salah hg lah, takde sape nak jadi macam ni” cubaan aku untuk memujuknya dalam keadaan kakiku yang kekebasan.

Sesampai di Hospital Pantai Puteri, aku di bawa ke wad kecemasan. Soalan pertama aku tanya doktor di sana adalah “Doktor, kaki saya boleh sambung lagi?” dalam keadaan menggeletar memikirkan zaman kelakian macho aku tamat di sini. Doktor itu menunjukkan tanda senyap dan cuba menenangkan aku sambil mencucuk jarum untuk mengambil darah aku. Beberapa minit kemudian aku nampak keluarga aku sampai. Melihat kelibat aku berdarah dan berlebam-lebam, ibu ku nangis teresak-esak dan dari jauh, aku nampak abangku menahan sebak di dada.

Di pendekkan kan cerita (walaupun sudah panjang cerita ini melarut), kakiku di bedah dan di masukkan besi selama 3 bulan. 2 minggu aku berada di hospital dalam keadaan bertongkat. Seksa, sungguh seksa. Nak buang air besar, kecil, semuanya susah. Tak sanggup dah aku nak masuk mengalami hidup itu sekali lagi. Cukup sekali sudah, untuk pengalaman hidup.

Dan aku sungguh bernasib baik, sungguh bersyukur, kerana aku masih mempunyai kedua-dua belah kaki untuk berjalan, bersukan dan bermain drum. Sungguh, aku sungguh bersyukur.

p/s: klik sini untuk tgk gambar besi tersebut

Pencapaian

Pantas aku meng-update blog aku pada kali ini. Bukan apa. Aku ada kisah yang mungkin menarik untuk aku ceritakan dan kongsi bersama-sama rakan-rakan yang tidak jemu mengunjung weblog aku yang tidak seberapa ini.

Sebelum aku beralih ke arena blogging bersama WordPress ini, aku dahulunya pernah juga berblogging dengan menggunakan medium seperti Bloggers dan juga pernah menggunakan CutePHP sebagai platform aku pada masa dahulu. Ramai juga kenalan aku kenal masa ber-blog dahulu. Tapi aku yakin ramai yang telah lupakan aku ini kerana saban kali aku menukar identiti dan juga malas meng-update kan blog aku sendiri.

Apa-apa pon, dahulunya aku juga ada ber-blogging di Deviantart. Di situ selalunya aku meluahkan perasaan aku dengan cara ringkas dan mungkin hanya aku seorang saja yang tahu (mungkin). Tetapi, aku jarang kali meng-update entri-entri aku disana, seperti juga hasil seni aku. Jarang di-update dari hari ke hari. Biasa lah, malas.

Hari ini, aku melihat kembali segala jenis blog aku yang pernah aku ada dahulu. Dan aku terhenti setelah aku melihat kembali blog aku di Deviantart aku. (Kalau korang nak tau, aku dengan Hariz dulu pernah terpikir nak buat website macam deviantart, tapi local punye lah, tapi tak tercapai). Entri terakhir aku di blog Deviantartku itu adalah berkenaan duit dan juga berkenaan perancangan aku pada masa terdekat, serdahana dan yang paling panjang. Aku terkejut sebentar pabila melihat entri tersebut. Terdiam, tergamam, terkesima dan dalam hati aku, aku melonjak kegembiraan!

Tidak ku sangka, perancangan masa terdekat aku, kesemuanya telah terlaksana. Sungguh, aku gembira! Sungguh! Mungkin memakan masa yang terlalu lama untuk mencapai perancangan itu (Ianya memakan masa 5 bulan, kalau di kira dari hari aku post blog itu), tetapi, aku sungguh gembira kerana telah mencapai ape yang aku inginkan.

Dan kini, aku telah mendapat inspirasi yang mana aku cari selama ini.

p/s: kita hanya mampu merancang, tetapi, ALLAH s.w.t yang menentukan.

Mencari

Assalamualaikum.

Sudah 2 minggu cuti aku berlalu. 2 minggu berlalu nya cuti aku dengan tiada apa-apa benda yang bagus dari pada diri aku, melainkan beberapa cakap kosong yang penuh dengan impian dan angan-angan mat jenin serta idea-idea yang di akui oleh diri sendiri sesuatu idea yang sungguh bernas untuk di janakan. Tetapi malangnya, diriku ini TERLALU MALAS untuk membuat kerja-kerja yang boleh membawa kepada kebajikan diri dan keluarga. Malang, sungguh malang nasib ini. Malas yang tidak berkesudahan sejak dari bangku sekolah. Mungkin malas adalah salah satu daripada kuasa hebat aku, seperti Heroes.

Dalam 2 minggu yang malang ini, aku telah menghabiskan masa dengan bermain game-game kegemaran aku, terutama sekali game-game yang lama seperti Half-Life 2, Devil May Cry 4, PES 2009, Crysis dan banyak lagi. Sesungguhnya, aku adalah mat game. Haram aih!

Kini, aku kembali tekad untuk melaksanakan segala tugas dan menjana diri kepada benda yang lebih productive (ye tak ye je).

Aku perlukan inspirasi wahai kawan-kawanku. Inspiras!

Doakan aku berjaya!!

Salam Mubarak

Salam Ramadhan untuk kalian semua pembaca blog aku yang tidak seberapa ini.

Bulan Ramadhan yang mulia ini adalah bulan yang di nanti-nantikan oleh kita semua umat Islam sejagat. Di mana, bulan Ramadhan inilah kita semua patut mengejar amalan-amalan soleh dan memohon keampunan serta mengharapkan rahmat dari-NYA. Sesungguhnya, kawan-kawanku. Marilah kita bersama-sama mengejar kepada kebaikkan bulan Ramadhan yang mulia ini 🙂

Di samping itu, pada bulan Ramadhan ini juga, aku ingin memohon maaf, dari kuku kaki sehingga la ke hujung rambut, segala silap aku, dan juga segala kurang ajar aku dan biadap terhadap kamu semua, di pohon ampun. Makan minum hutang di harapkan di halalkan. Hehe 😛 Apa-apa pun, ada lagi 26 hari untuk kita beraya 😀

Ya. Internship aku juga akan lagi 2 minggu begitu. Aku mengharapkan dapat berbakti kepada company MotionWork, di mana tempat ini, mengajar aku banyak benda mengenai website dan juga erti-erti kehidupan yang sungguh berguna untuk aku selami dalam hidup aku. Banyak yang aku pelajari di sini. Sungguh. Walaupun aku kebosanan, tapi aku mengendong pelbagai ilmu berguna untuk masa hadapan. Hajatnya dahulu aku ingin berkerja di sana lagi, tetapi, gamaknya Creative Director mereka akan kembali ke tanah air beliau iaitu di Australia, maka, keputusan untuk berkerja di sana agak kabur. Entahlah, kita tunggu dan lihat la dulu. Aku tahu, pasti aku akan merindui mereka semua di sana, terutama sekali, kura-kura tersebut.

Oh ya. Projek-projek yang bermain di minda sudah aku bawa ke alam realiti. Tunggu dan lihat saja. Setahun lagi pasti aku miliki Mac Pro!

Tunggu!

Tunggu!

Kemudian

Salam sejahtera semua!

Saban hari aku melihat stats pengunjung website aku dengan harapan pada hari ini pengunjung website aku bertambah sehinggan 1000 orang! Haha. Memang lah mustahil, tapi apa salahnya jika aku ingin berangan-angan besar. Betul kan?

Sejak sekian lama aku melihat ramai pembikin-pembikin website memakai WordPress sebagai sistem blogging mereka kerana wordpress ini sungguhlah hebat. All-in-one lah katakan. Dan kini aku giat melihat kiri dan kanan sedikit dan sebanyak ilmu-ilmu ilmiah wordpress ini daripada website yang aku temui di perut Google yang sebesar-besarnya.

Dan kini, aku kembali dengan harapan ini membuat theme wordpress aku sendiri walaupun aku tahu ianya agak susah, tapi, aku tidak peduli!

Nantikan!

Pertama Kali

Hye dan salam sejahtera!

Ini adalah kali pertama aku menulis entri di dalam blog sendiri, dan juga di dalam server hosting sendiri. Sesungguhnya, agak nikmat dan juga keramat! Sungguh! Mempunyai server hosting sendiri adalah salah satu idaman aku sejak mula menceburkan diri di dalam arena internet ini. Dan aku bergitu bersyukur kerana akhirnya tercapai juga impian dan misi aku untuk menjana website serta melangakui bidang yang telah aku selami selama ini.

Sebagai permulaan, aku perkenalkan diri aku. Seperti yang terpapar di pahat screen monitor kamu semua, Aman Ruzaini adalah nama sebenarku dan telah ku jadikan nama komersial dalam persada internet ini. Aku juga adalah seorang web designer yang berasal dari Ipoh, Perak dan mengamalkan ilmu pendidikan di MMU Cyberjaya dan sekarang, aku adalah pelajar tahun akhir di institusi sana.

Apa-apa pun, kita jumpa lagi pada post akan datang!