Salam Mubarak

by amanruzaini

Salam Ramadhan untuk kalian semua pembaca blog aku yang tidak seberapa ini.

Bulan Ramadhan yang mulia ini adalah bulan yang di nanti-nantikan oleh kita semua umat Islam sejagat. Di mana, bulan Ramadhan inilah kita semua patut mengejar amalan-amalan soleh dan memohon keampunan serta mengharapkan rahmat dari-NYA. Sesungguhnya, kawan-kawanku. Marilah kita bersama-sama mengejar kepada kebaikkan bulan Ramadhan yang mulia ini :)

Di samping itu, pada bulan Ramadhan ini juga, aku ingin memohon maaf, dari kuku kaki sehingga la ke hujung rambut, segala silap aku, dan juga segala kurang ajar aku dan biadap terhadap kamu semua, di pohon ampun. Makan minum hutang di harapkan di halalkan. Hehe :P Apa-apa pun, ada lagi 26 hari untuk kita beraya :D

Ya. Internship aku juga akan lagi 2 minggu begitu. Aku mengharapkan dapat berbakti kepada company MotionWork, di mana tempat ini, mengajar aku banyak benda mengenai website dan juga erti-erti kehidupan yang sungguh berguna untuk aku selami dalam hidup aku. Banyak yang aku pelajari di sini. Sungguh. Walaupun aku kebosanan, tapi aku mengendong pelbagai ilmu berguna untuk masa hadapan. Hajatnya dahulu aku ingin berkerja di sana lagi, tetapi, gamaknya Creative Director mereka akan kembali ke tanah air beliau iaitu di Australia, maka, keputusan untuk berkerja di sana agak kabur. Entahlah, kita tunggu dan lihat la dulu. Aku tahu, pasti aku akan merindui mereka semua di sana, terutama sekali, kura-kura tersebut.

Oh ya. Projek-projek yang bermain di minda sudah aku bawa ke alam realiti. Tunggu dan lihat saja. Setahun lagi pasti aku miliki Mac Pro!

Tunggu!

Tunggu!