amanruzaini/blog

Rain

Selamat tinggal sahabat. Mungkin kita lain bahasa, lain cara, lain fizikal dan lain luaran, mahupun berlainan taksonomi biologi, kau tetap aku sayang dan rindu.

Moga kau dapat kasih sayang yang tidak berkurangan dari Yang Maha Esa yang sesungguhnya pun, Dialah Maha Pengasih dan Penyayang.

Kita jumpa di syurga sana ya Rain!

Sekian, terima kasih.

Bandung

Salam Sejahtera Kalian,

Hari tu kan aku pergi Bandung. Ini hari aku tayangkan lagi beberapa gambar dari bandung, guna Holgaroid aku.

Enjoy guys!

Read the rest of this entry »

Seni

Salam Sejahtera Kalian,

Hari ini saya mencuba sesuatu yang baru dalam hidup aku. TIdak penah saya terpikir untuk membuat satu seni yang aku minat tapi tak pernah buat. Paham? Ayat aku mungkin tunggang terbalik, ataupun mungkin ayat-ayat aku tadi tu cuma satu penangan seni untuk kalian tatapi? Hah! Gila! Haha!

Ape-ape pun, di sini aku telah pun mencuba seni pixel art hari ini. Ini adalah percubaan pertama dan juga cubaan yang aku agak seronok jugak la nak kata. Hasilnya memuaskan. Masih tidak pixel perfect, tapi cukup untuk memuaskan hati aku sebab ini adalah percubaan pertama.

Kalau kalian kenal pixel art, maka dengan itu, nama Eboy pasti merupakan satu nama yang agak biasa kalian dengar. Eboy telah di jadikan inspirasi untuk aku buat hasil karya ini.

Read the rest of this entry »

Gambar

Salam Sejahtera Kalian,

Semenjak dua menjak ini, aku agak kemalasan untuk meng-update-kan blog ini dari masa ke semasa. Haha. Mungkin tiada benda untuk di isi di dalam ruang kosong cyber ini. Tapi kali ini, aku bawakan beberapa hasil gambar nukilan kamera kesayangan aku yang baru di beli semenjak dua menjak ini.

Ada lebih kurang tambah tolak, 7 filem telah di cuci setelah di simpan lama dalam kalung filem. Halangan wang dan juga kemalasan membuatkan aku agak keberatan untuk mengisi masa lapang mencuci filem-filem tersebut. Tapi berkat kegigihan aku, berjaya juga aku mencuci filem-filem ini. Hehe.

Apa-apa pun, nanti akan aku update lagi pengisian ruang cyber ini dengan gambar yang harapnya menarik.

Read the rest of this entry »

Emosi

Salam Sejahtera kalian,

Hari ini saya demam, penat.
Tiada orang kisah, tiada orang peduli.
Menangis seorang diri tiada tempat mengadu.

Mama, aman rindukan mama :(

Kamera+

Salam sejahtera kalian,

Kali ini, sedikit update yang pantas, atau dalam bahasa mat salehnya, quick update!

Ini adalah koleksi kamera-kamera aku yang telah berada di sampingan aku buat beberapa lama ini.

Koleksi kamera yang tersayang :

Dari kiri atas : Pinhole Sendiri Bikin, Minoca, Holga CGFN dengan Polga adapter

Dari kiri bawah : Polaroid Impulse, Ilford Sportsman, LCA+

Saja nak show off :p

Pfffftttttttttttt.

Sekian, jumpa lagi!

Envy

Salam Sejahtera Kalian,

Baru-baru ini, salah satu band kegemaran aku telah pun menapak kembali ke Kuala Lumpur. Tak lain tidak bukan adalah band Envy, yang mana asal band ini adalah dari Jepun. Lebih kurang sama geng dengan Mono yang pernah aku pergi tidak lama dahulu.

Envy pernah datang KL dulu, lebih kurang 2 tahun yang lepas di mana pada masa itu aku tak dapat datang sebab mempunyai kenduri cukur rambut di kampung halaman Ipoh. Kali ini, aku tidak melepaskan peluang untuk melihat kehebatan band dari Jepun ini.

Terima kasih kepada Soundscape record kerana sanggup membawa mereka untuk kali ke dua.

Read the rest of this entry »

LCA+

Salam Sejahtera kalian.

Kali ini, blog aku akan ku update dengan beberapa gambar baru yang telah di ambil dengan menggunakan kamera yang agak awesome dalam dunia ini. Haha. Thanks to my lovely jantung hati kerana belanja beli kamera yang awesome tersebut untuk aku yang sememangnya awesome ini.

Read the rest of this entry »

Jepun

Salam Sejahtera Kalian,

Sepertimana yang kita semua tahu, Jepun telah pon dilanda sekali lagi dengan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud.

Marilah kita berdoa supaya negara Jepun ini kembali bangkit seperti matahari yang terbit di kala pagi hari.

Ini adalah ujian Allah s.w.t. Marilah berharap kalian di sana dapat menghadapi ujian yang getir ini dengan tabah.

#prayforjapan

滞在強い!

Cubaan

Salam sejahtera kalian.

Ini adalah percubaan menulis di talifon cangih saya, iPhone!

Sekian, jumpa lagi!