Kini

by amanruzaini

Setelah sekian lama tidak meng-update blog ini, aku pun sedang mencuba-cuba untuk kembali aktif dalam aktiviti mengarang sedikit dan sebanyak cerita harian aku walaupun tidak best sangat, aku cuba jugak lah

Kini, setelah sedar usia makin meningkat, aku terasa bahawa banyak pengalaman yang telah aku timba pada masa muda dahulu. Banyak perkara yang lepas telah mengajar dan membentuk diri aku yang sekarang. Dari pada seburuk-buruk perkara yang telah aku lakukan sehinggalah kepada perkara yang sebaik-baiknya (walaupun tidaklah baik mana).

Usia makin meningkat. Tanggungjawab makin berat. Sebagai hamba ALLAH, dan juga sebagai anak kepada 2 orang ibu bapa yang telah menjaga aku sehingga sekarang. Aku telah banyak melakukan dosa. Sesungguhnya, manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, aku berusaha untuk menapis diri dan juga membersihkan diri dari masa ke semasa. Tanggungjawab kepada ibu bapa masih belum selesai. Aku kini telah nekad, bahawasanya, aku mahu membalas jasa mereka, dengan belajar bersungguh-sungguh, dan juga memperolehi wang yang banyak, bukan untuk kepentingan sendiri, tetapi untuk membalas kembali jasa mereka dengan meringankan bebanan yang mereka tanggung. Rumah kata pergi, kubur kata kemari. Hidup di dunia ini singkat, dan hanya sekali. Dan sesekali ini sahajalah yang mampu aku balas kembali jasa mereka. Susah penat mereka ini, tidak terperi jawabnya. Sedih dan kasihan melihat bapaku berkerja bersusah payah dengan rambutnya kini beransur-ansur menjadi ke-kelabu-an seperti penyanyi J-Rock. Kasihan, dan aku telah nekad ingin membantu meringankan beban beliau. Aku sayang ibu bapa aku, kalian juga begitu kan?

Maka dengan itu, jikalau kalian ada kerja-kerja berkaitan website, mahupun hanya design website sahaja, hubungi aku pada talian tertutup di laman web aku. :D
Sekian.