Perubahan
by amanruzaini
Salam Sejahtera Kalian.
Hari ini sudah masuk puasa yang ke-7 sudah kita berpuasa di bulan Ramadhan ini. Syukur alhamdulillah, dan tahniah saya ucapakan untuk kalian yang telah berjaya menahan segala jenis nafsu dalam diri kalian dalam bulan puasa ini. Syukur ke hadrat illahi saya ucapkan.
Update update update. Baru beberapa hari lepas saya meng-update blog saya ini yang dimana kami telah berbuka puasa beramai-ramai di Murni SS2. Dan hari ini juga saya telah berbuka puasa dengan housemate kesayangan saya lagi di One Utama di Damansara iaitu The Uber Cool Urban Kiddos, Subang Kids, Syam Razali. Haha. Sorry bro, tak berniat nak kutuk hg, tapi aku terpaksa sebab sekarang musim ako untuk sakat hg. Haha. Ramai yang tahu bahawa Syam telah pon dilamun cinta. Aku di sini mahu ucapkan tahniah untuk beliau dan berharap cintanya akan berkekalan sampai hujung usia. InsyaALLAH. Tadi dalam kereta Syam siap berpesan pada aku – Jaga hg aman, nanti hg dah bercinta, terok aku kenakan hg. Haha. Sorry la Syam. Nanti aku dah bercinta nanti hg dah lupa semua benda nih. Haha.
Minta maaf kawan-kawan. Aku terlalu seronok dapat berjumpa kawan-kawan aku tadi. Melencong kejap. So, mari kita sambung cerita.
*post kali ini tiada gambar, tapi ada video exclusive. mari!
Kisah aku bertajuk perubahan, di mana, kat sini aku nak titik beratkan tentang ape yang perlu aku ubah dalam hidup aku, mahupun diri aku. Biasalah, manusia memang banyak benda yang perlu di perbaiki. Tiada siapa yang sempurna, kan? Tapi walau ape pun, kalau ada peluang untuk perbetulkan diri, kena la perbetulkan mana yang kurang itu, tak gitu?
1. Malas
Yeah. Ramai kenalan aku tahu yang aku ini seorang yang malas walaupun aku mempunyai iltizam mahupun azam yang teguh dan utuh serta berpandangan jauh. Hah. Sungguh bangga diri. Haha. Tapi, malas sentiasa ada pada diri aku walaupun dimana sahaja aku berada. Dan ini lah salah satu musuh utama aku dalam hidup. Aku sesungguhnya, mahu menjadi seorang yang rajin dan bersemangat dalam melakukan apa sahaja yang aku mahukan. Pepatah mengatakan, “Bukan senang nak jadi senang”, kan? Dan malas ini merupakan batu penghalang aku dalam melangkah ke alam-kesenangan.
2. Tidur
Tidur dan malas merupakan racun dalam air lai chee kang yang merupakan favorite aku. Pasangan yang cukup mantap! Hobi aku adalah tidur, dan aku boleh tidur di mana jua aku berada, mahupun di tandas, di pejabat, atas lantai, atas tilam, cakap sahaja, aku tidur. Dan tidur ini adalah pemangkin kepada sifat malas aku. Tidur ini sungguh sedap, tapi kalau dah terlebih tidur, itu namanya membuang masa. Dulu, sungguh jarang sekali aku tidur pada waktu petang, tapi sekarang, mungkin boleh kata tiap-tiap masa juga kalu dah masuk hujung minggu. Mungkin penat, tapi kalau asyik mengeluh penat, macam mana nak hidup senang?
3. Komunikasi
Kalau kalian sudah lama kenal aku, maka dengan itu, kalian tidak tahu bahawa sebenarnya aku adalah seorang lelaki yang tidak tahu sangat berkomunikasi dengan orang yang baru aku kenali. Tapi kalau dalam kalangan rakan-rakan aku, akulah yang paling lantang bersuara dan aku juga lah pembangkit suasana. Haha. Aku jenis suka menyampuk dan penambah bunyi bising di dalam kelas atau bila ada ramai orang bersuara, aku akan menyampuk juga. Haha. Tapi hakikat sebenar, aku adalah seorang yang tidak pandai berkomunikasi. Dalam kata pendek, aku bukan peramah, tapi aku bukan lelaki sombong. Kalau kalian jumpa aku buat pertama kali, dan aku tidak banyak bercakap, maka ketahuilah, aku adalah seorang yang pemalu sebenarnya.
4. Carutan
Haha. Kali ini, agak susah untuk aku perbaiki. Dalam bahasa seharian aku, boleh kata tiap-tiap hari aku mencarut. Yeah. Aku bukan la lelaki gentleman sangat secara kasar, tetapi secara halus, akulah lelaki paling gentleman dalam dunia ini. Haha. Sekarang ni bulan puasa, aku rasa inilah masa terbaik untuk aku perbaiki bahasa seharian aku untuk tidak penuh dengan carutan. Sesungguhnya aku tahu, carutan tidak lah se-cool yang aku rasa. Dan dengan itu, sungguh, aku perlu kurangkan carutan dalam bahasa seharian.
Aku rasa, ini sahaja kekurangan ultimate aku yang perlu aku perbaiki. Mungkin kalian ada nampak aku punya kekurangan selama ini, sila kemukakan dengan rasa tanpa segan silu yea.
Youth Engagement Summit 2009
Di atas ini adalah satu sedutan video yang di ambil oleh AdoiMagazine untuk Youth Engagement Summit 2009. Sila lah lihat video di atas ini untuk lihat aku beraksi. Haha.
Sekian, Terima kasih.
Jumpa lagi!
Comments
Syam dah dilamun cinta? Cis, kena buat lagu jiwang satu ni untuk Syam!
@MJ : haha. hg baru tau ke? syam skarang sedang hangat bercinta wey! pegi la drop dia. haha.
hurrr. video itu. menangis ku menontonnya D:
@lina : haha. asal nak nangeh?