Pahhtee
Salam sejahtera semua.
Entry kali ini adalah entry terakhir aku meng-post entry–entry seperti ini di rumah. Cuti sebulanku, cuti semester MMU sudah hampir ke penghujungnya. Sungguhlah tidak seronok kerana rakan-rakan yang ramai sedang akan bercuti tidak lama lagi, tetapi aku, terpaksa kembali ke sekolah untuk bangun pagi pada jam 9:00 pagi setiap hari untuk ke sekolah. Haish~ Tapi takpe, kita cool beb.
Flyers di atas adalah berkenaan Free Love, sebuah band indie rock lo-fi yang bertamadun di Ipoh Perak. Esok adalah launch party album mereka di Bukit Bintang (aku tidak pasti exact location di mana) dan aku akan menghadirkan diri untuk menyokong mereka dengan membeli album mereka tersebut.
Entry kali ini pendek, sebab aku perlu menyelesaikan masalah-masalah yang perlu aku hadapi dengan tabah.
Kita jumpa esok!
