Hello

Salam sejahtera kalian,

Macam biasa, aku telah lama tidak berblog. Biasa lah, kadang-kadang, kita malas nak menulis dengan panjang, lagi-lagi pada hari yang mana penuh dengan kesibukkan kerja di siang hari. Biarpun sudah lama aku lupa untuk menulis panjang-panjang, tapi aku akan sentiasa biarkan blog aku ini berjalan seperti biasa. Lagipun memang aku akan sentiasa merenewkan personal domain name aku ini. Jadi boleh kata mustahil untuk blog aku mati, melainkan kalau aku sendiri sudah tiada di dunia ini.

Walau bagaimana pun, aku masih tetap berblog. Tapi ternyata bukan disini. Di dalam telefon pintar aku, aku telah mendownload satu aplikasi yang bernama Day One. Aplikasi ini adalah salah satu cara untuk aku sentiasa menyatatkan apa yang berlaku pada sekitar aku setiap hari. Menjadi satu rutin harian untuk aku menulis apa yang berlaku. Tulisan aku tidaklah panjang bila aku menggunakan aplikasi tersebut, hanya satu gambar untuk satu hari, dan sedikit rumusan harian apa yang berlaku. Agak menarik sebenarnya bila kita lihat kembali apa yang berlaku pada hari-hari yang lepas. Kadang-kadang kita lupa di sebalik setiap hari yang berlaku, ada benda yang menarik dan juga benda yang sedih berlaku. So far, aku telah menulis untuk setiap hari sepanjang tahun pada aplikasi tersebut. Boleh kata satu latihan minda yang baik dan juga latihan emosi yang tenang.

Aku tidak pasti sama ada aku telah beritahu kalian, tapi baru-baru ini aku telah bertukar jawatan. Haha. Dari seorang designer, kini aku menjadi seorang front-end developer untuk team aku. Apa-apa pun, aku memang ada sedikit kemahiran dalam pertuturan bahasa komputer HTML dan CSS. Namun begitu, kini aku akan lebih fokus kepada membuat codings, boleh kata 90%, dah yang lain-lain adalah seperti wireframing, user interface, user experience dan lain-lain.

Ianya bukanlah sesuatu yang aku minat sangat. Aku secara dasar masih meminat dan akan sentiasa minat dengan design. Namun begitu, aku memilih langkah untuk menjadi seorang front-end developer untuk meluaskan lagi pengetahuan aku dalam dunia teknologi web. Seperti kawan aku kata – “It’s not something that I want, but it’s something that I need”. Biasa lah, jalan menuju kejayaan bukannya jalan yang sentiasa lurus. Kadang kala ianya ada banyak simpang siur yang ada sesetengahnya akan membawa kepada kegagalan. Tapi, dari kegagalan itu mungkin kita akan belajar kejayaan.

Walaubagaimanapun, aku boleh kata keputusan untuk menjadi seorang front-end developer ini adalah sesuatu yang menarik. Aku tidak kesal dengan keputusan aku kali ini.

Tahun lepas juga ada satu benda yang menarik berlaku. Aku pergi berjalan-jalan ke New Zealand dengan beberapa orang rakan selama 14 hari di sana, dan meneroka New Zealand di dalam campervan. Ini adalah satu pengalaman yang menarik. Salah satu pengalaman yang takkan aku lupakan sampai mati. Kalian boleh tengok perjalanan aku dan teman seperjuangan di sana melalui travelog yang aku dah buat di sini – http://amanruzaini.com/14haridinewzealand/

Okay kot untuk update kali ni, nanti aku update lagi.

Sekian!

Jenjalan

Salam Sejahtera kalian,

Sesungguhnya, aku lupa untuk mem-promosikan gambar-gambar yang telah aku tangkap semasa aku berkembara di dunia Hong Kong yang penuh dengan kesibukkan kota. Berbekalkan mata wang saku yang cukup, dan ilmu yang penuh di dada, aku mengorak langkah untuk pegi ke negara orang yang tak pernah di jejak aku ini.

Aku boleh katakan bahawa Hong Kong merupakan satu negara yang lebih kurang sama seperti Singapura. Kota metropolitan yang penuh dengan manusia yang bergerak dalam keadaan laju. Memikirkan kalian manusia hanya berpaut pada pengangkutan awam yang di sediakan oleh orang atasan, semuanya mahu bergerak laju. Namun begitu, pengangkutan awam mereka memanglah pada tahap yang amat bagus. Kagum aku di buatnya.

Apa-apa pun, lihatlah gambar-gambar yang telah aku kecapi di sana. Klik lah link ini dan harap kalian terhibur dengan gambar serba kurang warna ini.

https://amanruzaini.com/14haridihongkong/

Sekian, terima kasih!

Musik

Salam Sejahtera kalian,

Minggu lepas, hari sabtu, di Padang Merbok, melakarkan saat yang agak menarik di hujung tahun 2012. Penuh dengan kegembiraan dan juga sedikit gementar pada hari tersebut. Ini adalah kerana aku, dan juga kugiran baru aku, Creamson, walhal bukan la kugiran baru aku, tapi lebih kurang sedikit sebanyak ada la disitu, di jemput untuk merancakkan lagi sambutan Rock The World yang ke 12 pada hari Sabtu tersebut.

Menarik, kerana aku sebagai ahli baru, yang mana tak pernah pun aku beraksi bersama mereka sebelum ini, bermain synth, keyboard, first time bermain keyboard di khalayak ramai. Memang benar, pertama kali. Aku memang langsung tak pernah bermain keyboard dalam se-umur hidup. Walaupun aku mempunyai minat mendalam dalam bermain drum, tapi setelah mempunyai peluang untuk meneruskan karier musik dalam hidup, apa salahnya belajar bermain keyboard.

Rock The World adalah acara tahunan festival musik yang amat meriah. Untuk terlibat sama merupakan satu penghormatan buat aku.

Sudah lah dengan ayat, lihatlah gambar dan juga video di bawah

Oh ya! Baju kami dengan julung kalinya di taja oleh PeaceBeUponYou!

Sekian, terima kasih!

Kemaskini

Salam Sejahtera kalian,

Kali ini aku ingin berkongsi dengan kalian tentang kerja yang telah aku dan pasukan designer kami lakukan dalam me-revamp laman sesawang baru keluarga Astro Radio yang mana antaranya ialah hitz.fm, mixfm, ERA fm, SINAR fm dan banyak lagi.

Aku yang kini bertugas untuk mentadbir dan menjaga perilaku design dan kecantikkan website hitz.fm, mixfm dan juga XFM ingin berkongsi satu benda best.

Kini website kami telah pun di kemaskini dengan aturan yang baru, serta dengan wajah baru dan sistem yang lebih cantik dan lebih kemas. Website-website ini juga boleh di layar dengan menggunakan telefon pintar anda kerana ia di optimakan untuk paparan yang kecik di telefon pintar mahupun di tablet anda.

Di antara muka website baru kami banyak menggunakan hover state, iaitu pabila anda menghulurkan mouse anda di kotak-kotak info yang berada di antara muka, ianya akan memaparkan lagi banyak info berkenaan dengan kotak itu, contohnya seperti di bawah :

Namun begitu, bila di fikirkan kembali, kalau pengguna yang menggunakan telefon pintar untuk melayar website kami, tiada langsung hoverstate di situ, maka kami menukar sedikit cara penyampaian website untuk pengguna yang melayar dengan menggunakan telefon pintar.

Hah! Senang dan ringkas. Itu saja yang ingin di kongsikan bersama. Harap kalian paham apa yang aku sampaikan. Haha.

Sekian, jumpa lagi!

Seni

Salam Sejahtera Kalian,

Hari ini saya mencuba sesuatu yang baru dalam hidup aku. TIdak penah saya terpikir untuk membuat satu seni yang aku minat tapi tak pernah buat. Paham? Ayat aku mungkin tunggang terbalik, ataupun mungkin ayat-ayat aku tadi tu cuma satu penangan seni untuk kalian tatapi? Hah! Gila! Haha!

Ape-ape pun, di sini aku telah pun mencuba seni pixel art hari ini. Ini adalah percubaan pertama dan juga cubaan yang aku agak seronok jugak la nak kata. Hasilnya memuaskan. Masih tidak pixel perfect, tapi cukup untuk memuaskan hati aku sebab ini adalah percubaan pertama.

Kalau kalian kenal pixel art, maka dengan itu, nama Eboy pasti merupakan satu nama yang agak biasa kalian dengar. Eboy telah di jadikan inspirasi untuk aku buat hasil karya ini.

Continue…

Gambar

Salam Sejahtera Kalian,

Semenjak dua menjak ini, aku agak kemalasan untuk meng-update-kan blog ini dari masa ke semasa. Haha. Mungkin tiada benda untuk di isi di dalam ruang kosong cyber ini. Tapi kali ini, aku bawakan beberapa hasil gambar nukilan kamera kesayangan aku yang baru di beli semenjak dua menjak ini.

Ada lebih kurang tambah tolak, 7 filem telah di cuci setelah di simpan lama dalam kalung filem. Halangan wang dan juga kemalasan membuatkan aku agak keberatan untuk mengisi masa lapang mencuci filem-filem tersebut. Tapi berkat kegigihan aku, berjaya juga aku mencuci filem-filem ini. Hehe.

Apa-apa pun, nanti akan aku update lagi pengisian ruang cyber ini dengan gambar yang harapnya menarik.

Continue…

Envy

Salam Sejahtera Kalian,

Baru-baru ini, salah satu band kegemaran aku telah pun menapak kembali ke Kuala Lumpur. Tak lain tidak bukan adalah band Envy, yang mana asal band ini adalah dari Jepun. Lebih kurang sama geng dengan Mono yang pernah aku pergi tidak lama dahulu.

Envy pernah datang KL dulu, lebih kurang 2 tahun yang lepas di mana pada masa itu aku tak dapat datang sebab mempunyai kenduri cukur rambut di kampung halaman Ipoh. Kali ini, aku tidak melepaskan peluang untuk melihat kehebatan band dari Jepun ini.

Terima kasih kepada Soundscape record kerana sanggup membawa mereka untuk kali ke dua.

Continue…

LCA+

Salam Sejahtera kalian.

Kali ini, blog aku akan ku update dengan beberapa gambar baru yang telah di ambil dengan menggunakan kamera yang agak awesome dalam dunia ini. Haha. Thanks to my lovely jantung hati kerana belanja beli kamera yang awesome tersebut untuk aku yang sememangnya awesome ini.

Continue…

Gambaran

Salam Sejahtera kalian,

Sudah lama tak update blog ni. Kesian aku tengok, makin lama makin berhabuk!

Ni aku letak la sedikit sebanyak gambar pada tahun lepas, mengembara ke Padang, Sumatera Indonesia.

Continue…

Baru

Salam Sejahtera kalian.

Setelah sekian lama aku tidak mengemaskinikan laman sesawang diari talian aku ini. (cubaan untuk mem-baku-kan bahasa) Ini adalah entry pertama untuk aku masukkan ke dalam blog aku. Di harapkan tahun lepas memberikan pengalaman dan jugak kematangan yang dapat mengutuhkan lagi pendirian teguh ako dalam kehidupan seharian-seharian.

Ahhh, mana mahu kita mulakan entry ini? Mmm, mungkin ako akan menulis dengan panjang dalam entry ini. Harap kalian sabar dan dapat membaca dengan tenang 🙂

Adik yang tersayang dengan kugiran pertamanya

Continue…

Rusia!

Salam Sejahtera Sekalian
*berkumandang lagu Russian Circles di belakang*

Hah! Sudah sekian lama tidak aku mengisi masa lapang dengan blog ini. Hehe. Mungkin sibuk bekerja dengan bekerjaya (mungkin) atau mungkin sifat kemalasan yang merupakan tunggak utama dalam sel-sel badan ini (mungkin).

Ah. Jangan kita lengahkan masa lagi. Masa itu emas! Mari kita lihatlah sepanjang perjalanan hidup aku yang berlaku kini.

Continue…

Hebat

Salam Sejahtera Kalian.

Mari kita recap kembali apa yang telah berlaku pada saban hari yang lepas yang bagi aku agak epic dan fantastic dalam hidup aku, serta ianya adalah permulaan yang bagus untuk tahun 2010 ini. Wuhuu!

Gambar kurang kualiti, tetapi isi hati itu bermakna!

Continue…