Musik

Salam Sejahtera kalian,

Minggu lepas, hari sabtu, di Padang Merbok, melakarkan saat yang agak menarik di hujung tahun 2012. Penuh dengan kegembiraan dan juga sedikit gementar pada hari tersebut. Ini adalah kerana aku, dan juga kugiran baru aku, Creamson, walhal bukan la kugiran baru aku, tapi lebih kurang sedikit sebanyak ada la disitu, di jemput untuk merancakkan lagi sambutan Rock The World yang ke 12 pada hari Sabtu tersebut.

Menarik, kerana aku sebagai ahli baru, yang mana tak pernah pun aku beraksi bersama mereka sebelum ini, bermain synth, keyboard, first time bermain keyboard di khalayak ramai. Memang benar, pertama kali. Aku memang langsung tak pernah bermain keyboard dalam se-umur hidup. Walaupun aku mempunyai minat mendalam dalam bermain drum, tapi setelah mempunyai peluang untuk meneruskan karier musik dalam hidup, apa salahnya belajar bermain keyboard.

Rock The World adalah acara tahunan festival musik yang amat meriah. Untuk terlibat sama merupakan satu penghormatan buat aku.

Sudah lah dengan ayat, lihatlah gambar dan juga video di bawah

Oh ya! Baju kami dengan julung kalinya di taja oleh PeaceBeUponYou!

Sekian, terima kasih!

Envy

Salam Sejahtera Kalian,

Baru-baru ini, salah satu band kegemaran aku telah pun menapak kembali ke Kuala Lumpur. Tak lain tidak bukan adalah band Envy, yang mana asal band ini adalah dari Jepun. Lebih kurang sama geng dengan Mono yang pernah aku pergi tidak lama dahulu.

Envy pernah datang KL dulu, lebih kurang 2 tahun yang lepas di mana pada masa itu aku tak dapat datang sebab mempunyai kenduri cukur rambut di kampung halaman Ipoh. Kali ini, aku tidak melepaskan peluang untuk melihat kehebatan band dari Jepun ini.

Terima kasih kepada Soundscape record kerana sanggup membawa mereka untuk kali ke dua.

Continue…

Rusia!

Salam Sejahtera Sekalian
*berkumandang lagu Russian Circles di belakang*

Hah! Sudah sekian lama tidak aku mengisi masa lapang dengan blog ini. Hehe. Mungkin sibuk bekerja dengan bekerjaya (mungkin) atau mungkin sifat kemalasan yang merupakan tunggak utama dalam sel-sel badan ini (mungkin).

Ah. Jangan kita lengahkan masa lagi. Masa itu emas! Mari kita lihatlah sepanjang perjalanan hidup aku yang berlaku kini.

Continue…

Hanyut

Salam Sejahtera Kalian.

Apa khabar semua? Harap kalian para pembaca blog aku yang tidak seberapa menarik nih agak terhibur dengan keadaan sekeliling kalian yea. Dengan adanya kekasih hati di hati, keluarga di ruang tamu sedang menonton tv, adik sedang tidur di buaian, sungguh enak sekali masakan ibu di rumah, kan? (ok, takde kait mengait pon).

So, kali ini, tajuk blog aku adalah Hanyut. Tapi kalian jangan keliru pula. Ini bukan hanyut sebab arus sungai yang deras, mahupun hanyut sebab gelombang arus permodenan yang tinggi, mahupun hanyut dengan nikmat duniawi semata-mata, tidak tidak. Hanyut ini adalah salah satu tajuk lagu dari Butterfingers, kugiran yang aku minati sejak alam persekolahan lagi. Nak cerita pasal Butterfingers la kan, dulu, masa Butterfingers datang ke kampus aku untuk bertari zapin di atas pentas semasa GEMA’ 08 di Grand Hall dekat MMU tuh, fuh, aku salam dengan Emmet, gila kao, aku rasa macam orang gila, tak percaya tanya Adam Ipoh Grunge. Bagai bersalaman dengan malaikat. Haha.

Cakap pasal kugiran la, sini aku nak memperkenalkan lah, dan memberi asal usul kugiran aku yang bermain musik tanah air ni. Bak kata X.fm, penggerak bunyi baru Malaysia! Haha.

Continue…

Mengantok

Salam Sejahtera kalian.

Saya dah mengantuk. Maka dengan itu, saya nak tido. Kalian jangan lupa datang event ini yea?

Kembali II

Salam Sejahtera kalian.

Masih ingat post ini?

Kalau masih ingat, maka bagus lah. Sebab kali ini, band sforzando! telah kembali untuk mengaktifkan diri dalam bidang muzik. Dan kali ini, mungkin untuk selamanya.

Hope is back!

p/s: Baliomega. Sila datang!

Pahhtee

Salam sejahtera semua.

Entry kali ini adalah entry terakhir aku meng-post entryentry seperti ini di rumah. Cuti sebulanku, cuti semester MMU sudah hampir ke penghujungnya. Sungguhlah tidak seronok kerana rakan-rakan yang ramai sedang akan bercuti tidak lama lagi, tetapi aku, terpaksa kembali ke sekolah untuk bangun pagi pada jam 9:00 pagi setiap hari untuk ke sekolah. Haish~ Tapi takpe, kita cool beb.

Flyers di atas adalah berkenaan Free Love, sebuah band indie rock lo-fi yang bertamadun di Ipoh Perak. Esok adalah launch party album mereka di Bukit Bintang (aku tidak pasti exact location di mana) dan aku akan menghadirkan diri untuk menyokong mereka dengan membeli album mereka tersebut.

Entry kali ini pendek, sebab aku perlu menyelesaikan masalah-masalah yang perlu aku hadapi dengan tabah.

Kita jumpa esok!

Kali ini

Sebelum aku memulakan posting aku untuk kali ini :

Deepset launch album party. Datanglah beramai-ramai ya. Masuk free 😀 Saya tahu anda suka sesuatu yang percuma. Maka dengan itu, mari lah datang ke Wondermilk. Hihi

Untuk pengetahuan kalian, gig kali ini adalah yang kali terakhir untuk band aku, sforzando!. Ya, agak sedih mahu aku katakan disini, inilah gig terakhir kami. Bukan untuk tahun ini, semester ini, atau saat ini, tapi untuk selamanya (sedih gila ayat). Sampai sini sajalah perjalanan kami yang mulanya berempat, bertambah menjadi lima dan kini menjadi enam atau tujuh orang tak silap aku. Dah boleh jadi macam band Arcade Fire dah. Haha! Tapi, itulah penat lelah suka duka gembira luka terluka kami lalui bersama akan di hentikan pada hujung minggu ini.

Sayang, aku memang sayang gila lah sama band ini. Tapi nak buat macam mana kan? Masing-masing dah ada haluan sendiri dan jugak arah tuju masing. Untuk bandmates sekalian, terima kasih aku ucapkan dan juga minta maaf aku ucapkan ke atas salah silap yang telah aku lakukan selama ini. Gelak ketawa kita selepas jamming selepas penat lelah walaupun kita langsung tidak buat lawak tapi kita gelak juga tidak akan aku lupakan. sforzando!. Saya pasti merindui kamu 🙂

p/s: Carousel adalah salah satu lagu paling hebat pernah aku dengar dalam hidup aku. Naqi, teruskan berkarya kerana bakat dan suara kamu kurniaan tuhan itu tidak patut di sia-siakan – ikhlas dari hati seorang kawan 🙂