Pertama

Salam Sejahtera Kalian

Seperti kalian telah lihat, aku telah menukar theme blog aku kepada ape yang kalian sedang tontoni ini. Sama seperti yang dahulu-dahulu kalanya, aku masih berpegang teguh kepada ajaran yang aku selalu pakai dalam minda aku iaitu menggunakan istilah minimal terhadap jenis-jenis design yang akan aku pakai. Oh oh, ini free theme je, aku tak karang sendiri pon theme nih. Gamaknya metabolisme aku masih malas untuk membuat theme-theme yang bernas dan mencanangkan duit untuk aku.

Oh, entry kali ini adalah mengenai hari pertama di tempat kerja.

So, bagai yang kalian telah ketahui, aku telahpun menempah nama aku dalam sejarah hidup aku, dimana aku telah pon berkerja pada awal umur 22 tahun, 1 bulan selepas aku tamat tempoh belajar. Mungkin ramai dari kalian tidak tahu di mana tempatnya aku mencari rezeki ini. Aku telah pon di tempatkan di sebuah syarikat bernama YouthAsiaGroup (syarikat yang mana telah membuat event2 seperti YouthSays), berlokasi di Kelana Square, dekat dengan Giant Kelana Jaya. Kalu kalian rajin-rajin, datang la bawa buah tangan ye.

Kat sini, aku di lantik menjadi salah seorang pegawai atasan untuk mentadbir beberapa kanak-kanak riang bawah umur yang ada dekat company nih. Takdelah. Aku dilantik jadi seorang web designer yang bertauliah, dan tak lama lagi, kalian tengok la hasil kerja aku di YouthSays mungkin, tak hairan la kalau tangan aku yang design website tersebut membuatkan ramai lagi visitor memvisit website tersebut. Haha!

Kembali kita di tempat kerja.

Hari pertama? Great! Cewah. Kemain lagi. Hari pertama aku rasa bakal menjadi seperti hari-hari yang akan datang, penuh dengan keletihan dan kesungguhan untuk memerah otak dengan cepat dan pantas serta cepat. Hari pertama je, aku dah disuruh membuat mock-up design untuk event yang akan di laksanakan di tanah air kita ni. Penat oh. Setelah di-brief oleh bos, terus di suruh aku design. Agak kalut la jugak, tapi takpe, hero tok gaduh (sebut dengan kelantan speaking).

Begitu lah gamaknya kehidupan aku di hari pertama perkerjaan. Aku berharap aku dapat membuat performance yang bagus dan penuh dengan keazaman yang bersungguh-sungguh la.

Doakan aku berjaya ya! Di dunia, dan di akhirat

Selamat!

Semula

Salam Sejahtera kalian.

Setelah sekian lama aku tidak menulis update-update terkini pasal hidup aku yang tidak keruan ini. Yeah, agak lama jugak la. Mungkin dengan kesibukkan dengan kerja assignment akhir tahun aku dan jugak kekemasan rumah di Cyberjaya dulu, banyak jugak la pemangkin kepada kemalasan aku untuk tidak meng-update blog aku nih. Tapi jangan risau, aku masih hidup dan bertenaga untuk meneruskan kembali urusan luahan perasaan di cawang-cawang internet ini. Selepas ini, mungkin aku akan lebih rajin dan lebih bersemangat untuk meng-update blog aku yang tidak seberapa ini. Tapi takpe, kita tunggu dan lihat.

Ok lah, mari kita mula bercerita tentang-tentang.

Ok jap. aku tak tau nak citer ape.

Jap, nak citer ape eh?