Hidup

Salam Sejahtera Kalian.

Sudah kian lama, kian berkurangan karya penulisan aku di dalam blog digital aku yang di tatapi orang umum di sekitar cawang-cawang internet ini. Makin lama tidak menulis, aku terasa makin berkarat otak untuk bercanggahan idea penulisan dan tangan pun makin lemah longlai untuk menulis. Tapi tidak ape lah, mungkin kali ini aku akan menulis kembali sedikit sebanyak perceritaan yang berlaku di sekeliling aku yang mungkin mahu aku kongsi bersama dengan kalian semua.

Muka versi kartoon.

Hasil kerja tangan Ajwad Ajinda

Continue…

Pantas

Salam Sejahtera Kalian

Entri kali ini tidak banyak akan aku ulas dan panjangkan. Hari ini hari Ahad malam Isnin. Maka dengan itu, esok akan kerja kembali. Yeah. Ku harap dapat gaji. Hehe

2 hari lepas, aku mengemas bilik aku yang dahulunya menjadi bilik abang aku yang kedua. Tetapi kini beliau sudah punya rumah tangga sendiri, maka dengan itu, bilik ini menjadi hak milik akulah, walaupun bukan 100%. Tapi takpe, aku tetap kemas bilik ini.

Gambar di bawah merupakan tempat kerja aku yang di mana aku lakukan kerjaya-kerjaya digital dan design. Ini lah workstation aku.

Workstation

Tempat kerja aku di rumah kesayang di bukit.

Itulah saja post untuk kali ini.

Sekian.

Terima kasih, dan harap maklum.

Semula

Salam Sejahtera kalian.

Setelah sekian lama aku tidak menulis update-update terkini pasal hidup aku yang tidak keruan ini. Yeah, agak lama jugak la. Mungkin dengan kesibukkan dengan kerja assignment akhir tahun aku dan jugak kekemasan rumah di Cyberjaya dulu, banyak jugak la pemangkin kepada kemalasan aku untuk tidak meng-update blog aku nih. Tapi jangan risau, aku masih hidup dan bertenaga untuk meneruskan kembali urusan luahan perasaan di cawang-cawang internet ini. Selepas ini, mungkin aku akan lebih rajin dan lebih bersemangat untuk meng-update blog aku yang tidak seberapa ini. Tapi takpe, kita tunggu dan lihat.

Ok lah, mari kita mula bercerita tentang-tentang.

Ok jap. aku tak tau nak citer ape.

Jap, nak citer ape eh?

Mimpi

Salam Sejahtera kalian.

Time ni aku dalam perjalanan ke Jalan Masjid India. Aku pun tak sure sebenarnye ape sebab aku pegi sana. Tapi yang aku tahu, time tu, aku pakai memang macam Kurt Cobain la. Habis grunge la boleh kata. Jalan punya jalan dalam 30 minit, aku jumpa sorang kawan lama aku. Jumpa je, aku tak cakap banyak. Tiba-tiba aku tikam kawan lama aku tu. Nak tau sebab ape? Sebab die tak grunge.

Conclusion : Aku mimpi aku bunuh orang yang bukan grunge.

So, lepas nie, kalau-kalau la kalian semua jumpa aku, pastikan kalian semua berpakaian grunge ok? Kalu tak pakai grunge, kita jumpa di neraka!

Panggilan

Salam Sejahtera sekalian.

Itu hari, masa cuti hujung minggu. Aku pulang ke rumah berbekalkan dompet yang kosong serta fries yang baru sampai di order dari Snack Haus masa aku dalam keadaan lapar. Aku pulang dengan abang aku, Anis Rafie yang bakal kahwin pada bulan enam ini. Dia suruh aku jadi pengapit, tapi aku mesti la kata “Tak Nak”. Haha. Bosan gila abang kawen tapi jadi pengapit, mesti la aku mahu berjalan-jalan segak dengan berpakaian baju melayu. Takkan nak jadi tukang kipas.

Ok dah, kembali bercerita.

Pulang punya la pulang, sampai la di rumah pada pukul 1200 tengah malam, pada firasat ingatan akulah, aku pun tak ingat waktu yang tepat. Sampai saja di rumah, aku terus basuh kaki dan tidur di tempat biasa yang aku tidur.

Nak cerita la ni. Pada esok harinya, semasa lepas pukul 2.30 petang aku rasa, selesai sudah Solat Jumaat pada hari itu, aku ingin memulakan suapan aku yang pertama untuk makanan yang terhidang di atas meja, aku terdengar bunyi phone aku berbunyi pada talian. Aku lihat pada screen, terpampang di situ “Private Number“. Dalam hati aku berkata, “Menatang mane pulak call aku nih?“. Tak cakap banyak, aku angkat panggilan tersebut.

“Hello there, This is Robert Viera from Adobe. Is this Mr…A..Aman Ruzzzaini from Malaysia?”

Peh, tercengang aku. Jatuh air liur aku yang nak makan suapan makanan itu sebab Adobe call aku. Kepala hotak!

“Hello…? Are u there?”

Aku kembali dari lamunan aku yang macam 50 minit itu walaupun ianya 5 saat.

“Yes, yes, this is Aman Ruzaini.” Kembali aku balas dengan slang Aussie aku yang tidak kurang hebatnya.

“Good day Mr Aman. This is your lucky day. We would like to take you as one of our web development team, in Singapore. How would you say about that Mr. Aman?”

Serious. Aku tergamam. Nak nangis ada, nak terkencing pun ada.

“Are you serious sir? I haven’t finish my study, yet im didn’t even graduate.” Balas aku dalam keadaan yang tidak tenang kerana lalat hinggap di tangan aku yang ada nasi masa itu.

“Yes I’m serious Mr Aman. We would like to come to our office maybe on next week for our first meeting. Then we can talk about your future here with our team. You can work with us after you have finish your study of couse. That won’t give you any trouble aite?” Cakap Encik Robert Viera.

“Hurm. Alright then. Will you give me any details that I need to bring and vice versa?” Aku balas dengan teringat lirik lagu Creamson – Classic Ending.

“Oh, sure sure. I will email you all about the detail.” Balas dia.

Lepas itu di pendekkan cerita, aku sembang-sembang lagi panjang dengan dia. Katanya dia dapat tahu aku daripada ex-bos aku di Motionwork, Jason Armstrong. Katanya aku ada potensi untuk jadi web developer yang bagus dan berwawasan. Dia pun ada lihat hasil kerja aku di Motionwork dan juga hasil-hasil kerja aku yang dahulu kalu sejak tahun 2000 lagi. Katanya agak hebat cuma aku kurang rajin, dan kurang meneroka lebih dalam.

Aku pun ceritera la kepada keluarga aku, pasal Adobe punya company dekat Singapore yang nak jadikan aku salah seorang daripada kumpulan web developer. Mereka dengan setujunya memberi sokongan moral dan wang yang tidak putus-putus. Aku rasa syukur kerana keluarga aku sokong aku untuk kerja di luar negara. Syukur.

Minggu yang di tunggu telah tiba. Aku pergi ke Singapore dari Pudu. Naik bus sahaja. Lagi advanture kata diri aku. Dalam 6 jam jugak la perjalanan, baru sampai dekat Johore. Sampai sahaja di kastam semua untuk tunjuk passport, aku toleh kebelakang, kerana menandakan era aku akan bermula di Adobe. Konon-konon macam gila babi jugak la. Haha!

Sesaat sahaja lagi aku nak tunjuk passport aku kepada Pegawai Kastam, phone aku berdering lagi. Lagu Creamson lagi berkumandang menandakan salah seorang ahli keluarga aku ingin mencapai aku. Aku lihat screen, “Mama”. “Eh, mama call? ada ape plak nie?”

Aku dengan tidak bertanya lebih, aku tekan butang hijau pada phone aku.

“Aman, bangun semayang subuh”

Aku mimpi rupanya.

Damn! Argh!

Rindu

Aku rindukan kamu,

Tiap kali saat aku rebah,
aku tahu kau sentiasa di situ,
mata ku menjadi saksi rindu ini,
jiwa ku menjadi sangkar mekar merindu,
minda ku menjadi mahkota perindu.

Aku rindukan kamu,

Senyumanmu bak ukiran artistan,
Dingin matamu bak salju menawan,
Cantik rupamu bak syurga menjadi tawanan,
Deruan cintamu bak sinar bergugusan awan,
Sentuhanmu bak nukilan sutera menawan,
Rindunya aku terhadap dirimu,

Ya, aku sangat merindui kamu,

Aku cintakan dirimu,
Aku dambakan dirimu,
Aku perlukan dirimu,
Aku inginkan dirimu,

Aku rindukan kamu,

Aku sangat, sangat menrindui kamu,

Cinta,

Kamu seorang sahaja yang aku rindu.

Tiada

Salam Sejahtera kalian.

Post aku yang lepas aku rasa, tiada orang yang baca pon. Aku suruh Irwan baca pon dia kata macam karangan. Haha. Tapi takpe, kali ini aku cuba buat blog ini penuh dengan kata-kata hikmah, dan bukan kata-kata yang berpanjang jela. So, post kali ini, aku buat-buat ringkas saja blog aku kali ini.

Tiada apa-apa update. Saja menulis di sini, bosan.

Terima kasih.

Sabtu

Salam Sejahtera.

Hari ini adalah hari sabtu.

holgaroid2

Yeen Yap Hariz

Tidak bersemangat untuk meng-post apa-apa hari ini. Hari ini sungguh gloomy, dah depress.

Hope is always there, and i shall wait for u.

Tak tido

Salam pagi Malaysia 🙂

Walaupun aku tau tidak satu Malaysia membaca blog aku, tapi aku tetap ingin mengucapkan selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang cara perbahasan.

Hari ini, hari tidak tidur malam, di mana jerawat-jerawat akan berkeliaran pada muka aku sebab tidak tidur dengan sempurna yang menyebabkan minyak gatal muka ini akan bergelumang dengan kotoran di pora-pora muka dan menghasilkan jerawat. Ah, persetankan!

Haha. Ape aku merapik ni?

Mungkin rembesan tidak tidur malam membuatkan aku loya sebegini. Heh. Oh, hari ini Thaipusam. Yea. Hajat ingin ke Batu Caves melihat upacara cucuk badan semua. Tapi ada kerja yang tidak dapat siap lagi. Hari selasa ada presentasi. Ah. Sungguh rumit. Baru awal sem. Tapi sudah rumit kulat kamit.

Oh, nak tahu. Sem ni aku ambil 2 subjek sahaja. Tapi kos yuran mencecah RM3.5k.

Apa nak jadi dengan MMU nie?

Mencari

Assalamualaikum.

Sudah 2 minggu cuti aku berlalu. 2 minggu berlalu nya cuti aku dengan tiada apa-apa benda yang bagus dari pada diri aku, melainkan beberapa cakap kosong yang penuh dengan impian dan angan-angan mat jenin serta idea-idea yang di akui oleh diri sendiri sesuatu idea yang sungguh bernas untuk di janakan. Tetapi malangnya, diriku ini TERLALU MALAS untuk membuat kerja-kerja yang boleh membawa kepada kebajikan diri dan keluarga. Malang, sungguh malang nasib ini. Malas yang tidak berkesudahan sejak dari bangku sekolah. Mungkin malas adalah salah satu daripada kuasa hebat aku, seperti Heroes.

Dalam 2 minggu yang malang ini, aku telah menghabiskan masa dengan bermain game-game kegemaran aku, terutama sekali game-game yang lama seperti Half-Life 2, Devil May Cry 4, PES 2009, Crysis dan banyak lagi. Sesungguhnya, aku adalah mat game. Haram aih!

Kini, aku kembali tekad untuk melaksanakan segala tugas dan menjana diri kepada benda yang lebih productive (ye tak ye je).

Aku perlukan inspirasi wahai kawan-kawanku. Inspiras!

Doakan aku berjaya!!

Kembali

Gila lah. Sebenarnya aku terlupa yang aku ada blog !

Haha! Sebab itulah aku sudah lama tidak mengupdatekan blog ini. Hehe. Harap maaf kalian semua.

Setelah sekian lama, aku ingin menyatakan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! 😀 Walaupun telah raya ke 8 pada hari ini ( 08 October 2008 ), tapi aku tetap ingin melafazkan kata-kata ini. Hehe.

Sekian, jumpe lagi nanti dengan benda best 😀