Pendekar
by amanruzaini
Salam Sejahtera Kalian
Pendekar adalah satu makhluk yang di beri gelaran apabila mereka hebat dalam satu pekerjaan yang mereka lakukan, iaitu bersilat mahupun berlawan atau menjadi bodyguard kepada Sultan yang mereka pertahankan. Post kali ini tidak lah sangat berkenaan pendekar, atau pun aku nak cerita yang aku adalah dari keturunan pendekar Hang Tuah mahupun Hang Jebat atau Pak Hang (sebut ayat ini dengan slang utara, Kedah mahupun Penang, jadilah).
Oh tidak tidak, entry kali ini adalah berkenaan dengan pengalaman selepas 2 minggu menjadi seorang kerjayawan.
So, kawan-kawan. Dah 2 minggu aku berkelana di Kelana Jaya menjadi seorang web designer yang bertauliah. 2 minggu dengan kerja, bagi aku adalah penat. 2 minggu ini, 2 minggu pertama aku di alam kerjayawan ini adalah sungguh penat. Penat yang amat, ya, penat. Kuat mengomel aku tentang perihal kerja ini. Tanyalah mak aku, tiap-tiap hari merungut tentang kerja yang penat. Ialah, aku sedikit culture shock di alam kerjayawan ini. Betul.
Ha. Sambung balik (sebenarnya aku mengantok gila nih). Kerja pertama aku, adalah kerja dari Celcom. Yeah. YouthAsia bergabung tenaga dengan Celcom untuk membentuk satu platform yang akan mengajak kanak-kanak ribena yang riang-ria ini pergi menyambut satu event di Malaysia. Dalam tak lama lagi lah. Nanti dah bila dah officially lunch campaign website tu, aku akan berkongsi dengan kalian.
Aku sebagai web designer di suruh merekabentuk satu website yang perlukan usability yang tinggi dan juga kena dengan tema yang Celcom perlukan. Agak mencabar juga bagi aku sebab dateline yang agak tight. Pressure! Biasalah, kalian semua pasti kenal siapa aku. Kaki tido, malas dan juga malas. Haha. So, bila di bagi kerja yang perlukan dateline seperti 2 hari, memang lah tekanan sampai nak terkencing dalam seluar. Alah, kalian mesti pernah mengalami perasaan begini. Takut dan tekanan yang mendadak sampai nak terkencing gila babi. Itulah yang aku alami untuk 2 hari lepas.
Meh la nak cerita sikit pengalaman baru aku. Semalam aku menghantar satu website yang dah siap. Dateline adalah jam 12 tengah hari. Sharp! Di pendekkan cerita, aku perlu pulang ke tanah tumpah darah aku di Ipoh Perak sebab abang aku yang membuat kenduri untuk anaknya, cukur jambul. Seharian aku bikin website itu. Dari ontheway pulang dari KL ke Ipoh pun aku buat, dalam kereta, nasib la ada laptop nih. Dapat la buat kerja di mana-mana saja. Portable. Di pendekkan cerita, aku terpaksa pergi ke kawasan berdekatan di Ipoh yang mempunyai connection wi-fi untuk kerja aku udpate & upload website itu bagi tontonan client dan bos aku. Ku sangkakan di McDonald di Gunung Rapat ada connection wi-fi. Jam 12 tepat, aku meminta abang aku hantarkan aku kesana. Sampai kesana, order set no 2 dan aku mula memasang laptop ini. Tapi, tiada connection! Oh tidak, aku kecewa dan mula depress. Macam mana nak buat kerja? Bos nak esok tengah hari. Nak tanak, aku pun terus beredar dari McD Gunung Rapat itu. Berjalan lah aku ke Old Town Cafe pula. Baru buka di situ, tak perasan selama ini. Syukur alhamdulillah ada connection wi-fi di situ.

Pertama kali wi-fi di cafe luar. Agak cool juga.
Sambung cerita kembali. Akhirnya, Old Town tutup. Haha. Jam 3.30 pagi dorang dah tutup cawangan di Ipoh situ. Aku jadi tak keruan. Gila. Mana nak cari wi-fi dalam pagi-pagi macam nih. Kembali aku menapak ke McD Gunung Rapat yang tiada talian udara = wi-fi. Tapi secara ajaibnya, tiba-tiba ada wi-fi. Entah sapa punya aku tak tahu. Connection menunjukkan nama k_p_azira. Aku lantak ah, tak kira, aku pakai je. Aku pakai sampai lah tepat jam 12 tengah hari esok (sila kira berapa lama aku berada di McD Gunung Rapat). Tepat jam 12 pula, nak tau ape jadi? Tiba-tiba connection wi-fi k_p_azira hilang! Argh! Serious aku takut. Ye lah, aku nak upload website tersebut. Tak sempat nak upload lagi. Kembali menapak aku ke Old Town Cafe. Sekembalinya aku di sana, aku order lah minuman kegemanran, Xi Mut Tea Cold. Terus order, tak cakap banyak. Sekali punya la depress, dorang cakap wi-fi dorang rosak. Kene tunggu 2 – 3 jam. Kepala hotak! Lagi tekanan aku, nak terkencing dalam seluar + menangis. Haha! Serious weh. Gila hg. Time nih bos dah calling beberapa kali tanyakan pasal website yang perlu di upload. Dan-dan la pulak battery phone aku mati. Aku bertawakkal je kat Tuhan.
Ha. Kembali aku ke McD. Tengok berapa kali aku ulang alik semata-mata nak wifi. Haish. Sekembalinya aku ke McD, talian k_p_azira muncul kembali. Oh selamat. Syukur selamat. Aku kembali online dan sempat meng-upload website tersebut. Fuh~ Tapi. Yeah, ada tapi. Ada beberapa perubahan perlu di buat pada hari itu jugak. Terpaksa la aku camping di McD itu sampailah pukul 8 malam (sila bilang berapa lama aku menetap di McD)
Itulah pengalaman kerja aku selama 2 minggu ini. Inilah pengalaman paling cuak + pressure + takut +++++ suma benda ada. Haha.
p/s : part paling best sekali dekat McD nih, time aku tengah buat kerja, aku nampak Yunyi dekat McD Gunung Rapat, walhal aku tengah chatting dengan dia. wakakakakakak. Serious aku terkejut beruk. Time tengah chatting seronok2, tiba2 ada sorang muka SEJIBIK gila sama macam Yunyi. Tapi ini version late 20 punya muka. Haha. Sayangnya aku tak sempat nak amek gambar minah tuh, takut die perasan. (ok yun, post aman kali ini kuar sikit je nama yun. haha!)
pp/s : and oh, terima kasih kepada k_p_azira. harap2 Allah melipat gandakan pahala anda kepada berjuta-juta kali ganda sebab membantu aku memberikan talian tanpa wayar wifi. InsyaALLAH. Tanpa kamu, aku tidak dapat buat kerja dengan tenang. terima kasih k_p_azira.
Comments
Gila scary cerita ko ni…
haha. agak la. takpe bali. pengalaman. cewahh.
aman, ema da tukar url blog.
jyeahh! nanti aman bawak ema pegi music store