Pantas

Salam Sejahtera Kalian,

Sekarang sudah pun kita memasuki fasa ke 2 suku akhir di tahun ke 2013. Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja kita sudah hampir ke garisan penamat di tahun ini. Bagaimana dengan kehidupan kalian pada tahun ini? Amat bermakna? Atau di sebaliknya? Walaubagaimana pun, jangan khuatir atau bimbang. Tumbang sekali tidak bermakna tiada bangkitnya lagi. Benar bukan?

Tahun ini buat aku mungkin sama seperti tahun-tahun yang terdahulu yang telah berlalu dalam hidup aku. Tiap kali akan ada buku baru, azam baru dan beberapa benda yang baru juga akan di ketemukan dalam hidup aku. Tahun in sahaja, sudah aku pergi ke 2 tempat yang tidak pernah aku terpikir dalam hidup aku akan aku jejak, iaitu di Hong Kong dan juga di Phuket. Nyata hidup ini penuh dengan kejutan.

Walaupun begitu, bagi aku, di perawalan tahun ini, hidup amat memberansangkan. Penuh dengan noda noda gembira. Namun, di pengakhiran tahun ini, masa itu, bagaikan suntuk, tersekat di leher, tidak mahu keluar dek mulut. Kelam-kabut, dan jerawat banyak keluar (menunjukkan diri ini sibuk mengejar talian masa yang singkat). Tetapi, itulah hidup. Kadang kala, tidak di ketahui oleh diri kita, semua ini bakal berlaku. Sudahpun kita rancang dengan baik bagaimana kawalan hidup kita, namun tetap Maha Kaya juga yang mempunyai Maha Karya Perancangan untuk kita.

Apa-apa pun, marilah kita menuju kepada kejayaan.

“Barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang sangat besar.” (Qs. an-Nisa’: 13)

IMG_4361

Ini kucing kesayangan saya yang bernama Oka. Bulan depan cukuplah beliau 1 tahun.

Sekian, terima kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *