Hello

Salam sejahtera kalian,

Macam biasa, aku telah lama tidak berblog. Biasa lah, kadang-kadang, kita malas nak menulis dengan panjang, lagi-lagi pada hari yang mana penuh dengan kesibukkan kerja di siang hari. Biarpun sudah lama aku lupa untuk menulis panjang-panjang, tapi aku akan sentiasa biarkan blog aku ini berjalan seperti biasa. Lagipun memang aku akan sentiasa merenewkan personal domain name aku ini. Jadi boleh kata mustahil untuk blog aku mati, melainkan kalau aku sendiri sudah tiada di dunia ini.

Walau bagaimana pun, aku masih tetap berblog. Tapi ternyata bukan disini. Di dalam telefon pintar aku, aku telah mendownload satu aplikasi yang bernama Day One. Aplikasi ini adalah salah satu cara untuk aku sentiasa menyatatkan apa yang berlaku pada sekitar aku setiap hari. Menjadi satu rutin harian untuk aku menulis apa yang berlaku. Tulisan aku tidaklah panjang bila aku menggunakan aplikasi tersebut, hanya satu gambar untuk satu hari, dan sedikit rumusan harian apa yang berlaku. Agak menarik sebenarnya bila kita lihat kembali apa yang berlaku pada hari-hari yang lepas. Kadang-kadang kita lupa di sebalik setiap hari yang berlaku, ada benda yang menarik dan juga benda yang sedih berlaku. So far, aku telah menulis untuk setiap hari sepanjang tahun pada aplikasi tersebut. Boleh kata satu latihan minda yang baik dan juga latihan emosi yang tenang.

Aku tidak pasti sama ada aku telah beritahu kalian, tapi baru-baru ini aku telah bertukar jawatan. Haha. Dari seorang designer, kini aku menjadi seorang front-end developer untuk team aku. Apa-apa pun, aku memang ada sedikit kemahiran dalam pertuturan bahasa komputer HTML dan CSS. Namun begitu, kini aku akan lebih fokus kepada membuat codings, boleh kata 90%, dah yang lain-lain adalah seperti wireframing, user interface, user experience dan lain-lain.

Ianya bukanlah sesuatu yang aku minat sangat. Aku secara dasar masih meminat dan akan sentiasa minat dengan design. Namun begitu, aku memilih langkah untuk menjadi seorang front-end developer untuk meluaskan lagi pengetahuan aku dalam dunia teknologi web. Seperti kawan aku kata – “It’s not something that I want, but it’s something that I need”. Biasa lah, jalan menuju kejayaan bukannya jalan yang sentiasa lurus. Kadang kala ianya ada banyak simpang siur yang ada sesetengahnya akan membawa kepada kegagalan. Tapi, dari kegagalan itu mungkin kita akan belajar kejayaan.

Walaubagaimanapun, aku boleh kata keputusan untuk menjadi seorang front-end developer ini adalah sesuatu yang menarik. Aku tidak kesal dengan keputusan aku kali ini.

Tahun lepas juga ada satu benda yang menarik berlaku. Aku pergi berjalan-jalan ke New Zealand dengan beberapa orang rakan selama 14 hari di sana, dan meneroka New Zealand di dalam campervan. Ini adalah satu pengalaman yang menarik. Salah satu pengalaman yang takkan aku lupakan sampai mati. Kalian boleh tengok perjalanan aku dan teman seperjuangan di sana melalui travelog yang aku dah buat di sini – http://amanruzaini.com/14haridinewzealand/

Okay kot untuk update kali ni, nanti aku update lagi.

Sekian!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *