Hanyut
by amanruzaini
Salam Sejahtera Kalian.
Apa khabar semua? Harap kalian para pembaca blog aku yang tidak seberapa menarik nih agak terhibur dengan keadaan sekeliling kalian yea. Dengan adanya kekasih hati di hati, keluarga di ruang tamu sedang menonton tv, adik sedang tidur di buaian, sungguh enak sekali masakan ibu di rumah, kan? (ok, takde kait mengait pon).
So, kali ini, tajuk blog aku adalah Hanyut. Tapi kalian jangan keliru pula. Ini bukan hanyut sebab arus sungai yang deras, mahupun hanyut sebab gelombang arus permodenan yang tinggi, mahupun hanyut dengan nikmat duniawi semata-mata, tidak tidak. Hanyut ini adalah salah satu tajuk lagu dari Butterfingers, kugiran yang aku minati sejak alam persekolahan lagi. Nak cerita pasal Butterfingers la kan, dulu, masa Butterfingers datang ke kampus aku untuk bertari zapin di atas pentas semasa GEMA’ 08 di Grand Hall dekat MMU tuh, fuh, aku salam dengan Emmet, gila kao, aku rasa macam orang gila, tak percaya tanya Adam Ipoh Grunge. Bagai bersalaman dengan malaikat. Haha.
Cakap pasal kugiran la, sini aku nak memperkenalkan lah, dan memberi asal usul kugiran aku yang bermain musik tanah air ni. Bak kata X.fm, penggerak bunyi baru Malaysia! Haha.

The Lova Lova beraksi di Central Market, Annexe *notinthepic – Irwan ( Thanks to Uncle Amy for the picture )
So, inilah kugiran pertama yang aku amat aktif. Boleh kata pertama lah jugak walaupun sebenarnya aku sebelum ini ada satu lagi kugiran. Tapi kugiran sebelum ini menuju ke arah suka-suka dan pemenuh masa lapang masa zaman-zaman kegemilangan ke-setan-an diri masa remaja belasan tahun dulu. Ramai di kalangan rakan-rakan tak tahu sangat pasal kugiran ini. Kugiran ini dah lama di tubuhkan. Mula di tubuhkan pada tahun 2006, hujung tahun masa tahun pertama aku di MMU, waktu alpha year. Hujung tahun kami membuat band ini gara-gara Alep, vokalis kami mahukan satu medium untuk dia sampaikan ayat-ayat manis cinta dia dekat gadis-gadis bandung sana. Maka dengan itu, wujudlah sebuah kugiran yang di beri nama The Lova Lova. Kugiran ini mempersembahkan lagu yang bernadakan pop dan sedikit yang konon-kononnya campuran jazz serta rock. Sekarang pon, band ini kurang aktif sedikit di sebabkan komitmen masing-masing kini menuju ke arah pekerjaan. Tetapi, mungkin kami akan mereleasekan beberapa lagu baru yang masih tidak di releasekan dalam bentuk CD mahupun thumbdrive. Kita tunggu saja!

sforzando! di Indie Pest Control
Baiklah, kembali kepada kugiran aku yang kedua. sforzando! Ramai yang susah nak sebut nama band ni. Tapi kalian perlu ingat, bila di sebut nama kugiran ini, perlu di tekankan hujungnya, sebab ada tanda seru di situ. Maka dengan itu, jadilah ia sforzando!, bukan sforzando. Sila ingat okeh. Haha. Band ini di tubuhkan pada 2007, setahun selepas aku mula menggiatkan diri bermain dengan peralatan drum dan mengenakan bunyian musik yang kuat ke dalam telinga. Band ini berlagukan corak-corak emosi layanan perasaan vokalis aku juga. Tapi, bukan kesemua lagu yang mempunyai emosi vokalis aku, Saki Baki Naqi. Ini kerana, ada lagu baru daripada kami yang bertajuk Aman. Iya. Kalian tak percaya? Masuklah ke dalam page MySpace kami dan dengarilah lagu yang bertajuk Aman. Itu memang lagu khas emosi aku. Haha. Jika kalian ingat, sforzando! pernah berehat sebentar pada satu masa dahulu, tetapi kini dengan adanya izin Tuhan, kami kembali untuk bersaing tenaga dalam arena seni dan musik tanah air. Dalam masa terdekat ini, kami bakal me-record-kan beberapa lagu baru kami lagi dan akan di kompilasikan bersama satu band yang hebat dari Jitra, KellyMusika. Nantikan material baru dari kami yea.
Dan dalam post sebelum ini, aku ada menayangkan pada kalian 2 flyers dimana sforzando! akan membuat persembahan. Datang la beramai-ramai bawak kawan-kawan dan mungkin gadis-gadis comel untuk melayan emosi kami bersama.
Harap kalian terhibur dengan post kali ini.
Sekian.
Terima kasih.
Comments
peminat setia lova2 di sini
jyeah! peminat no 1 yaw!
Aku tak pernah lagi tengok korang perform… tsk tsk sedih
@bali haha. tatau nak cakap ape dah bali. banyak kali dah ajak weh. bebuih mulut. haha.
Bole tak perform kat rumah aku jer… Kan senang…
haha. kao organize la. kami ok je.