Graduasi
by amanruzaini

Pitt Aman Noa
Salam Sejahtera Kalian.
Setelah kian lama aku tidak meng-update blog aku ini, kali ini berkesempatan juga untuk aku berkongsi ceritera dengan kalian semua pada hari ini. Yeah, ceritera kali ini mungkin panjang lagi. Haha. Tapi aku tak kisah, sebab aku suka bercerita panjang di dalam blog aku. Jikalau di luar daripada duniawi internet ini, aku mungkin jarang berkongsi pengalaman mahupun kisah-kisah silam dan kisah memori nostalgia bersama-sama kalian yang aku mungkin tidak beberapa kenali, maka di sinilah tempatnya aku akan luahkan segala kenangan di memori silam mahupun di masa akan datang.
Jadi, sepertimana yang kalian tahu, yang merata-ratanya di Facebook, aku sudah pun menamatkan perjuangan aku sebagai seorang pelajar di MMU, di tutupi dengan acara konvokasi pada hari Isnin yang lepas. Sesungguhnya, kerja keras selamat 4 tahun yang penuh dengan pancaroba dan pelbagai dugaan hidup mahupon roda-roda perjuangan yang tidak pernah kunjung kenal erti penat, tamat di hari konvoakasi aku. Sedih, kerana ianya terpaksa berakhir di situ. Kehidupan seorang pelajar, adalah sungguh, sungguh, sungguh seronok. Masa kehidupan di university, selalu terkenangkan kehidupan masa sekolah menengah, tapi, bila kalian dah kerja, kehidupan di university merupakan yang paling kalian akan rindu. Mungkin lain orang, lain rasa. Tapi di sebabkan aku mempunyai rakan-rakan yang sempoi dan cool seperti aku, maka acara kehidupan di university merupan yang paling hebat! Kenangan terindah la boleh kata.
Dengan itu, aku mahu memulakan post ini dengan gambar holgaroid aku, seperti biasa lah. Haha.

Orang kaya baru

Bersama Irwan
Post kali ini mungkin panjang, tapi kalian jangan bimbang. Post kali ini adalah post paling banyak gambar yang akan aku letak untuk memberikan mood yang tidak bosan untuk kalian baca entry aku ini.
Maka dengan itu, marilah kita mula berceritera.
Setelah 4 tahun belajar di tempat yang bergelar university swasta ini, walaupun agak mahal, tapi aku rasa, memang di sinilah destinasi aku. Takdir yang menentukan segalanya. Cuba lah kalau aku berada di UTP skarang, mungkin aku tidak menulis blog dengan menggunakan domain sendiri, mungkin aku tidak ada band yang emo dan pop. Di sinilah segalanya bermula, era aku sebagai seorang manusia yang menggunakan segala yang kerah otak dan tenaga serta pengalaman yang mengajar erti kehidupan untuk terus hidup.
Dah la. Aku mengantok gila. Kalian layan saja gambar-gambar holgaroid aku yea!

Kawan-kawan yang seperti agen MLM

Amoi cantek – The Gorgeous Yunyi.
Sekian.
Mari tidur.
Comments
Wow sapa tu?
@bali : sape bali?
aman!kiki.
taktau pulak aman ada blog.
jumpa!yeah!
congrats anyways!
hehe..
@felina : hah. cane leh jumpe? habeh kantoi. haha! niway asal delete blog lama tuh? hilang inspirasi aman kejap bile takleh tgk artwork2 felina
niway, thanks!
camne boleh jumpa?
sebab felina best!kiki.
yang blog felina tu,
felina tukar nama blog je,
tak delete pun aman…
@felina : haha. bagus la kalu felina best! bagus. bookmark blog aman, n baca tiap2 hari kayh! mesti baca!
haa. bagus la blog felina ada lagi. ada la sket inspirasi untuk aman tgk masa buat kerja. keke. eit. vektorkan la muke aman pulak
mcm siuts “orang kaya baru” haha gampang abis.
tp aku sedih tgk entry camnih. sobs.
eh hye felina!
dh la x dtg kitorang convo.
booooooooooooooo~~~~~
@shah: haha. memang orang kaya baru pon.