Gambar

Salam Sejahtera Kalian,

Semenjak dua menjak ini, aku agak kemalasan untuk meng-update-kan blog ini dari masa ke semasa. Haha. Mungkin tiada benda untuk di isi di dalam ruang kosong cyber ini. Tapi kali ini, aku bawakan beberapa hasil gambar nukilan kamera kesayangan aku yang baru di beli semenjak dua menjak ini.

Ada lebih kurang tambah tolak, 7 filem telah di cuci setelah di simpan lama dalam kalung filem. Halangan wang dan juga kemalasan membuatkan aku agak keberatan untuk mengisi masa lapang mencuci filem-filem tersebut. Tapi berkat kegigihan aku, berjaya juga aku mencuci filem-filem ini. Hehe.

Apa-apa pun, nanti akan aku update lagi pengisian ruang cyber ini dengan gambar yang harapnya menarik.

Continue…

LCA+

Salam Sejahtera kalian.

Kali ini, blog aku akan ku update dengan beberapa gambar baru yang telah di ambil dengan menggunakan kamera yang agak awesome dalam dunia ini. Haha. Thanks to my lovely jantung hati kerana belanja beli kamera yang awesome tersebut untuk aku yang sememangnya awesome ini.

Continue…

Baru

Salam Sejahtera kalian.

Setelah sekian lama aku tidak mengemaskinikan laman sesawang diari talian aku ini. (cubaan untuk mem-baku-kan bahasa) Ini adalah entry pertama untuk aku masukkan ke dalam blog aku. Di harapkan tahun lepas memberikan pengalaman dan jugak kematangan yang dapat mengutuhkan lagi pendirian teguh ako dalam kehidupan seharian-seharian.

Ahhh, mana mahu kita mulakan entry ini? Mmm, mungkin ako akan menulis dengan panjang dalam entry ini. Harap kalian sabar dan dapat membaca dengan tenang 🙂

Adik yang tersayang dengan kugiran pertamanya

Continue…

Kawang

Salam Sejahtera sekalian.

Lama sudah tidak mengemaskinikan blog saya ini. Ada juga beberapa orang yang menghantar surat complaint kepada saya mengatakan mengapa saya sudah tidak mengemaskinikan blog ini. Maka dengan itu, saya pun updatelah blog ini di ambang kebosanan.

Kali ini update hanyalah gambar sahaja. Untuk tontonan minda dan mata yang sudah kuyu ini.

Semua ini adalah hasil tangkapan holga aku yang telah lama aku tidak gunakan. InsyaALLAH jikalau berezeki tinggi, aku ingin kembali berholga dengan ajinda yang ada terlalu banyak sangat tak terkata kamera dengannya. Haih.

Oh, silalah amati gambar-gambar yang tidak seberapa ini.

Continue…

Putih

Salam Sejahtera Kalian.

Hari ini, hari Isnin, hari ketiga cuti, bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina. Hah. Dah 3 hari, aku langsung tidak productive dalam melaksanakan tugas-tugasan yang perlu dibuat untuk menjana kuasa minda. Aduhai, apa nak jadi.

Dalam kebosanan hidup, mari kemarilah, aku upload beberapa gambar yang telah aku tangkap. Ini gambar menggunakan filem Agfa APX 400, Black and White punye filem. First time gune filem black and white. Ini pon banyak koleksi gambar yang lepas-lepas. Tak ada pon antara dalam gambar ini adalah yang berlaku dalam tahun baru ini, semuanya tahun lepas belaka. Sebab itulah aku nak pakai filem black and white. Konon-konon impak maksima sket la. Haha.

Hah. Mari kita hayati gambar aku yang tidak seberapa nih.

Continue…

Selamat

Salam Sejahtera kalian.

Haha. Seperti biasalah, sudah sekian lama tidak aku meng-update blog ku ini yang tidak seberapa ini. Agak bosan mungkin, dan juga ada cenderung mencari ilmu di luar sana membuatkan aku jarang meng-update blog. Dan juga, seperti biasa la, kemalasan yang julung-julung kalinya membuatkan aku amatlah malas untuk menulis nukilan baru di dalam blog ini.

Dan juga, aku ketandusan idea sebenarnya nak tulis ape dalam nih.

Tapi, walaupun terlambat, aku tetap nak mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. *agak cliche di situ*

Ipoh

Bersama Ahmat Ramdani

Murni

Salam Sejahtera Kalian.

Hari nih dah masuk puasa yang ke-4 dah. Syukur Alhamdulillah dah 4 hari puasa, semuanya cukup, walaupun ada ketinggalan sedikit solat sunat terawikh. Hihi. Walau ape pon yang berlaku, syukur sebab puasa semua cukup. Syukur syukur. Di harap dapat melaksanakan ibadah puasa ini dengan lebih sempurna pada hari-hari berikutnya. InsyaALLAH.

So, ape cerita terbaru?

Yeah. Hari ini, aku berbuka puasa dengan rakan-rakan. Well, bukan berbuka la. Makan malam dengan rakan-rakan. Haha. Yeah, ramai ponteng terawikh hari nih. Tapi tak tau la kot kalian rakan-rakan aku semua sambung terawikh kat rumah ke ape ke, itu tak berani nak cakap la. Haha.

Ape-ape pon, tadi sempat aku ulang alik ke Wangsa Maju untuk meng-collect gambar yang di hantar pada petang maghrib semalam. Disangka boleh siap pada malam yang sama, tapi baru tadi siap. Kat sini adalah beberapa tangkapan yang aku sajikan untuk kalian semua.

Cyberia Townhouse

Memori di cyberia yang menggamit rasa

Continue…

Alep

Alep Oi Puloi

Pertama kali menggunakan blub mode pada Holgaroid – Alep Oi Puloi Gombak!

Salam Sejahtera Kalian.

Kali ini, takde update sangat. Aku penat berkerja dan pulang lewat. Ini sahaja untuk tontonan kalian sekalian.

Selamat Malam.

Sekian

Graduasi

Bersama Pitt Yorke dan Noa

Pitt Aman Noa

Salam Sejahtera Kalian.

Setelah kian lama aku tidak meng-update blog aku ini, kali ini berkesempatan juga untuk aku berkongsi ceritera dengan kalian semua pada hari ini. Yeah, ceritera kali ini mungkin panjang lagi. Haha. Tapi aku tak kisah, sebab aku suka bercerita panjang di dalam blog aku. Jikalau di luar daripada duniawi internet ini, aku mungkin jarang berkongsi pengalaman mahupun kisah-kisah silam dan kisah memori nostalgia bersama-sama kalian yang aku mungkin tidak beberapa kenali, maka di sinilah tempatnya aku akan luahkan segala kenangan di memori silam mahupun di masa akan datang.

Jadi, sepertimana yang kalian tahu, yang merata-ratanya di Facebook, aku sudah pun menamatkan perjuangan aku sebagai seorang pelajar di MMU, di tutupi dengan acara konvokasi pada hari Isnin yang lepas. Sesungguhnya, kerja keras selamat 4 tahun yang penuh dengan pancaroba dan pelbagai dugaan hidup mahupon roda-roda perjuangan yang tidak pernah kunjung kenal erti penat, tamat di hari konvoakasi aku. Sedih, kerana ianya terpaksa berakhir di situ. Kehidupan seorang pelajar, adalah sungguh, sungguh, sungguh seronok. Masa kehidupan di university, selalu terkenangkan kehidupan masa sekolah menengah, tapi, bila kalian dah kerja, kehidupan di university merupakan yang paling kalian akan rindu. Mungkin lain orang, lain rasa. Tapi di sebabkan aku mempunyai rakan-rakan yang sempoi dan cool seperti aku, maka acara kehidupan di university merupan yang paling hebat! Kenangan terindah la boleh kata.

Dengan itu, aku mahu memulakan post ini dengan gambar holgaroid aku, seperti biasa lah. Haha.

Graduasi 1

Orang kaya baru

Continue…

Kenyataan

Untitled-1

Aisdol, Irwan, Hakim, Alep, Noa, Adam, Yeen – Destinasi : Sunway Lagoon!

img003

Irwan, Alter, Wan Takumi, Hanie, Yeen, Yang, Hakim, Alep, Hanim, Ron, Yunyi, Adam – Tangisan Memori (cewah)

Salam Sejahtera Kalian.

Kali ini, post pantas, atau kata orang putihnya – quick update!

Tanak banyak cakap kat sini, sebab dah lewat, esok nak kerja. Esok banyak kerja di tempat kerja dan kena berkerja dengan orang-orang berkerja.

Enjoy gambar holgaroid kali ini!

Sekian

Ibuuuu

Salam Sejahtera kalian.

Holgaroid Bersama Ibu

Holgaroid bersama Ibu, Abang dan adik-adik

Hari ini, hari istimewa untuk ibu-ibu di dunia, dan juga hari istimewa untuk ibu aku yang aku cintakan sangat nih. Hari ini aku dah calling ibu tersayang dah. Dah cakap dah pun ‘Selamat Hari Mama’ dekat dia. Sungguh best bila dapat buat mak kita seronok. Rasa, macam semua dosa-dosa dah hilang terus. Serious.

Mama aku selalu cakap, yang aku ni budak kecik lagi. Haha. Walaupun dah 22 tahun, dia selalu cakap aku budak kecik. Tapi takpe, aku ok je dengan benda tuh. Mama aku paling sempoi dalam dunia. Dia lah yang banyak bagi aku kekuatan waktu aku kecundang. Dia pon memang paling hebat lah memasak. Sampai housematies aku yang datang beraya dulu terliur mahukan lagi masakan daging rendang yang mak aku buat dulu. Gilalah, mak aku paling best wei!

Mama,  i love u! 😀

Mama, InsyaALLAH bulan 8 ni, kita sama-sama baling topi graduasi Aman okeh? Kita sama-sama nangis kegembiraan. Ok mama? 😀

Penghujung

Salam Sejahtera.

Nampaknya, kehidupan aku di MMU ini semakin lama, semakin hampir ke arah pengujungnya. Tepat pada bulan 6 ini, sudah cukup 4 tahun aku hidup di sekitar Cyberjaya ini. Sudah cukup 4 tahun aku menimba ilmu multimedia dan kreatif design di sini untuk ku bawa ke alam perkejaan pula. Mungkin, tapi aku harap dapat sambung lagi pelajaran ku ini. Ye lah, teknologi makin maju, dan ilmu pun makin bertambah, sekadar 4 tahun ini, aku rasa tak cukup ilmu di dada untuk ku sebarkan. InsyaALLAH, akan ku bawa diri ke tempat lain untuk sambung belajar.

Jalan Cyberjaya 5

Jalan Cyberjaya 5

Dah cukup 3 tahun aku hidup di rumah sewa. Satu pengalaman yang seronok. 1 tahun di Cyberia Apartment, dan 2 tahun lagi di Cyberia Townhouse. Haha. Banyak pengalaman dan kenangan memori yang sungguh menggamit rasa di rumah sewa aku ini. Pengalaman-pengalaman ini lah yang membentuk diri aku menjadi seorang yang ‘macam-aku-sekarang’. (tak tau nak cakap macam mana). Lepas ini, mungkin aku akan tinggal bersama keluarga di rumah di Bukit Antarabangsa, atau mungkin aku akan menyewa rumah lagi berdekatan tempat kerja. Entah, tengoklah kemana arah tuju aku nanti. Mungkin di Dubai mungkin? Haha. Ape-ape pon, baki 5 minggu ini, pasti tidak akan di lepaskan begitu sahaja.

Oh, di rumah kami ini, ada seekor kucing yang di beri nama Charlie. Kucing ni dah macam orang aku rasa. Mungkin dia adalah manusia bertopengkan kucing. Perangai pon dah serupa manusia. Dulu, dia sungguh manja dengan kami, tapi, entah kenapa dia selalu tidur di luar walaupun aku selalu pelawa dia masuk ke rumah untuk bermain bersama. Kata Adam, mungkin dia sedih sebab kami akan tinggalkan Cyber ini. Hurm. Sedih aku dengar. Mungkin benar kata Adam. Harap-harap Charlie dapat kawan yang sempoi lepas ini. Charlie, jangan depress selalu yea!

Sabtu

Salam Sejahtera.

Hari ini adalah hari sabtu.

holgaroid2

Yeen Yap Hariz

Tidak bersemangat untuk meng-post apa-apa hari ini. Hari ini sungguh gloomy, dah depress.

Hope is always there, and i shall wait for u.

Cerita

Salam Sejahtera

Entry baru kali ini, aku ingin berkongsi bersama-sama dengan kalian semua tentang minat lama aku, tetapi baru sekarang aku dapat mengecapi minat ini dalam diri. Heh. Setelah sekian lama aku ingin untuk berkongsi bersama minat ini, 2 bulan lepas, baru aku dapat berkongsi bersama dengan naluri diri kepuasan hati.

holgaroid

Holgaroid bersama kawan-kawan

Ini adalah hasil gambar dari kamera permainan campuran Holga dan Pola Back, di gabung dan di satukan di panggil Holgaroid (ada juga kalangan memanggilnya Polgaroid, tapi setahu aku, offical name dia adalah Holgaroid*kalu salah sila tunjuk ajar*)

Heh. Holga telah lama menjadi minat aku sejak beberapa tahun yang lepas. Yeah. Lama, tetapi tidak punyai kemampuan yang cukup untuk membelinya. Biasa lah, ada duit, tapi beli barang drum, seperti cymbal Meinl aku yang telah crack pada pertengahannya. Dan kini, rezeki aku kembali sejak ayah angkat aku telah memberikan duit yang melonjak membuatkan aku tersenyum hingga ke telinga dan membuat keputusan untuk membeli Holga kamera ini dan beberapa lagi set yang membuatkan nafsu aku puas. Dulu, dikala aku ternampak orang memegang kamera Holga di deviantart, myspace, mahupun mana-mana pun, fuh, berang aku dibuatnya. Tapi syukur, aku memilikinya sendiri.

Holgaroid ini sungguh seronok di bawa bersama. Sebenarnya, Holgaroid tidak berbeza dengan Holga biasa, malahan aku rasa, langsung tiada beza. Holgaroid seronok mungkin hanya satu sebab, gambar yang di ambil, terus dapat di lihat dalam masa 5 minit seterusnya. Itu saja keseronokkannya. Dan aku seronok, walaupun pack film sungguhlah mahal gila! Tapi, apa kisah, minat. Yang tambah seronok, aku suka mengambil gambar orang, dan dengan melihat reaksi mereka, aku lagilah seronok. Heh.

Itu sajalah yang ingin aku kongsi bersama dengan kalian semua. Harap kalian tumpang gembira dengan aku yea. Heh. Oh, nanti aku tunjukkan kamera pertama aku yang aku buat-sendiri dengan menggunakan mounting board dan beberapa tape serta klip kertas.

Dan aku akan buatkan satu ruangan untuk kalian perlihatkan koleksi-koleksi gambar yang telah aku ambil dengan kamera-kamera permainan ini.

God bless you.

p/s: bali, bila aku boleh dapat supersampler tersebut? 🙁