Pelarian

by amanruzaini

Salam Sejahtera Kalian

*Post ini patutnya aku update pada minggu lepas, tapi sebabkan vitamin-M dan peransang tido yang kuat, maka hari ini baru aku update*

Maka dengan itu, marilah kita bersambung cerita.

Minggu lepas merupakah hari yang paling hebat dalam hidup aku. Yeah. Aku ulangi, minggu yang paling hebat. Ini kerana aku dan sekalian rakan kembali unite bersama di dalam aksi permainan futsal yang di kendalikan oleh Helmi di HTO, dekat area-area Subang. Aku pun tak tau ape maksud HTO.

Sekembalinya aku dari kerja, berbuka sebentar di rumah. Memakan masakan ibunda. Mama masak spaghetti itu hari, lazat dan sungguh menyelerakan. Aku makan sehingga 3 pinggan tambahan. Mama saya masak memang sedap. Semua orang kalah. Haha. Aku tidak tunggu lama kerana aku telah berjanji dengan Syam untuk meluangkan masa dengan beliau untuk membeli baju di Badger di sekitar kawasan Uptown Damansara di sana. Macam biasa, janji kata nak sampai di sana pukul 1030, tapi gamaknya baru nak gerak pukul 1030. Haha. Ini lah namanya Janji Aman Ruzaini. Haha.

Sesudah Syam habis membeli baju di Badger, kami meneruskan aktiviti malam itu dengan pergi mengambil Azwan Halim, bassist HIX yang hebat dan gagah lagi berbadan tegap untuk bermain futsal bersama kami. Terus kami bergerak ke HTO kerana masa tidak mengizinkan kami untuk berlengah-lengah lagi. Sesampainya di HTO, aku lihat ramai kawan-kawan bagaikan sedang menunggu kedatangan aku. Oh, aku terasa seperti orang penting pula. Haha. Biasalah, adat turun temurun, bila jumpa orang, kene salam. Tapi bila dah start salam sorang, kena la salam suma orang. Haha. Salam lah dengan semua orang di sana yang tidak kurang dari 15 orang itu.

Aktiviti bermain futsal bermula. Main dan main dan main dan main dan main dan main, mungkin sebanyak 20 round jugak lah. Yeah, aku tahu, aku amat fit. Haha.

Tak cakap banyak lah. Dah penat lelah bermain futsal, kami teruskan aktiviti harian kami untuk bersahur di tempat urban kids selalu lepak. Mana lagi kalau bukan Canai. Haha. Di Canailah tempat paling best, sebab di sini, aku tempatnya kami ketawa terbahak-bahak setelah sekian lama tidak ketawa sedemikian rupa. Haha. Serious. Kalau di kenangkan kembali, aku rasa rindu untuk ketawa sedemikan rupa sebab sudah lama aku tidak ketawa sebegitu. Sesungguhnya melepak di Canai itu hari, sungguh taksub aku dibuatnya. Malam itu merupakan malam paling awesome sekali dalam hidup aku.

Baiklah, mari kita ke segmen yang paling hebat pada minggu lepas!

Adam Cute Cute Bontot

This is Escapism

Jyeah. Kalian pasti tertanya-tanya kemana sebenarnya aku pergi minggu lepas dengan gambar yang awesome itu. Haha. Tunggu, cerita tak habis lagi nih. Haha.

Sesudah kami habis bercanai di Canai, kami pulang ke Seri Kembangan, port terbaru kami. Sesampai sahaja di Seri Kembangan, teringat pula bahawa ada rakan-rakan yang lain akan pergi melancong ke Singapore untuk berjalan-jalan di sana. Ah, jeles juga sebab tak dapat ikut. Tapi takpe, jeles itu hilang kemudian hari. Haha. Tanpa melengahkan masa, kami satu rumah pergilah menghantar kalian rakan ke LCCT untuk berlepas ke Singapor. Jam pada waktu ini tepat menunjukkan 5.20, dan kalian mereka akan berlepas pada jam 5.50 tak silap aku.

Dan dalam perjalanan ke sana, satu idea bernas datang dari sape tah, aku pon tak sure, tapi aku tau idea itu bukannya datang dari aku. Haha. Pada mulanya, firasat kami mahu melihat sunrise di Gold Coast, Bagan Lalang, di Sepang. Itulah idea pertama kami, sunrise. Sesudah menghantar budak-budak nie semua ke LCCT, kami terus bergerak menuju ke destinasi, Bagan Lalang. Perjalanan yang agak jauh ke pedalaman yang boleh kata macam tak sampai-sampai walaupun dah lama drive. Haha. Jauh weh, pedalaman gila. Mau boleh sesat kalau tak tau jalan.

Masa on the way tuh, matahari dah naik sikit-sikit. Kami boleh nampak aurora-aurora di tepi dan sekeliling kami. Sungguh cantik, memang paling cantik sekali. Ini semua kuasa Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa. Sungguh, cantik gila. Betul weh.  Sumpah cantik. Haha. Setelah mencarut-carut melihat keindahan alam, kami teruskan perjalanan ke Bagan Lalang tanpa segan silu. Shah di seat belakang tidak habis-habis mengadu kesakitan. Entahlah, selsema pulak dia hari ini. Tapi takpe, kami tak kesah.

Setibanya di kawasan, aku mengalir air mata. Haha. Sebab melihat air, pasir yang tersergam indah. Haha. Aku tak tau ape nak explain, tengok la sendiri gambar-gambar nih.

Bersedia untuk bogel

Tak sabar nak mandi *konon2 mandi*

Kagum, Jakun, Terkesima

Yeah, saya seronok!

A is Happy

A is happy

Ekspidisi kali ini adalah minggu ke-2 yang berturut-turut kami pergi tanpa perancangan awal yang rapi dan kukuh. Aku sesungguhnya amat seronok dan excited sebab dapat pergi berjalan-jalan dan menikmati keindahan alam dengan kawan-kawan. Patutnya ada video, tapi aku tak tau macam mana nak letak dalam nih. Haha. Bodoh betol.

Minggu lepas itu, kami ke Melaka untuk berbuka puasa. Kali ini kami ke Bagan Lalang menikmati keindahan dan suasana pagi. Kemanakah pula kami pada minggu hadapan? *iaitu minggu ini*

Sekian, Terima Kasih.

Jumpa lagi!