Hidup

Salam Sejahtera Kalian.

Sudah kian lama, kian berkurangan karya penulisan aku di dalam blog digital aku yang di tatapi orang umum di sekitar cawang-cawang internet ini. Makin lama tidak menulis, aku terasa makin berkarat otak untuk bercanggahan idea penulisan dan tangan pun makin lemah longlai untuk menulis. Tapi tidak ape lah, mungkin kali ini aku akan menulis kembali sedikit sebanyak perceritaan yang berlaku di sekeliling aku yang mungkin mahu aku kongsi bersama dengan kalian semua.

Muka versi kartoon.

Hasil kerja tangan Ajwad Ajinda

Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa sekarang aku berstatuskan graduasi yang un-employed. Yeah, aku sekarang tiada pekerjaan yang tetap bangun tiap-tiap hari jam 830 pagi dan bersiap ke ofis selama 8 jam dan pulang pada jam 730 petang tetapi sampai rumah jam 10 malam. Tiada lagi rutin harian tersebut. Kenapa aku tidak bekerja sekarang? Itu cerita lain, belakang cerita. Siapa nak tau kenapa aku tidak bekerja sudah, buzz la aku di YahooMessenger aku. Jika di kira, sekarang sudah hampir 1 bulan penuh aku tidak berkerja. Berkulat di rumah tanpa buat apa-apa yang productive dan sesuatu yang dapat mendatangkan duit poket. Tidak, semua itu tidak ada lagi pada diri aku sekarang.

Aku sekarang banyak menghabiskan masa aku di depan kotak kaca hiburan telivisi. Tetapi aku tidak menantapkan berita serta sukan di kotak tersebut, tetapi aku banyak menghabiskan masa dengan berhibur dengan concole PS3 aku yang baru di beli sesudah aku tamat tempoh bekerja. Yea, aku memang tidak ada apa-apa yang productive skarang.

Walaupun begitu, aku cuba dan berusaha juga untuk mengatasi sesuatu yang aku susah untuk di atasi, penyakit malas. Aku juga sedang giat mengerah otak untuk melakukan kerja-kerja design untuk personal work untuk mengasah kembali kerja-kerja aku supaya ianya tidak berkarat seperti dahulu kala. Salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan cara aku melakukan WordPress Theme yang telah aku releasekan pada post yang bawah ni. Dengan harapan, aku dapat kerja dengan lebih bagus la pada masa depan, ini adalah kick-start kata orang.

Dengan harapan lah, harapan = hope.

Itu sajalah untuk kali ini, mungkin kali akan datang akan aku cerita lagi apa yang sedang berlaku pada diri aku.

Sekian, terima kasih.

Jumpa lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published.