Hebat

Salam Sejahtera Kalian.

Mari kita recap kembali apa yang telah berlaku pada saban hari yang lepas yang bagi aku agak epic dan fantastic dalam hidup aku, serta ianya adalah permulaan yang bagus untuk tahun 2010 ini. Wuhuu!

Gambar kurang kualiti, tetapi isi hati itu bermakna!

Sabtu

Ada apa dengan hari sabtu? Haha. Hari ini, penuh dengan mood post-rock. Dari pada tidur, bangun, mandi, makan, minam, semuanya perlu di post-rockkan supaya diri ini penuh dengan semangat yang perlu ada ketika lagu post-rock di perdengarkan.

Aku adalah antara orang pertama beli tiket nih dekat Alamanda

Hari sabtu itu ada persembahan Mono yang datang untuk mempromosikan album terbaru mereka, Hymn to the Immortal Wind. Mereka pernah datang pada 2 tahun lepas tak silap aku, tetapi pada hari berikut, aku dan rakan-rakan sekalian mempunyai gig di Johore Baharu sempena Angkatan Baju Malaya jelajah Malaya pada tahun tersebut. Tetapi, terima kasih kepada Sound-Scape sebab kembali membawa Mono yang sungguh epic, blast dan theatrical! Malam itu sungguh bermakna. Dengan pembukaan daripada Deepset, fuh, cukup epic! Kalau masa itu aku boleh orgasm, mungkin 15 kali sudah aku bebuat demikian. Haha!

Isnin

Haaaa. Lepas kita ber-post-rock, apa jadi? Adakah sludge dan doom-metal-post-punk? Haha. Tidak tidak tidak.

Setelah tepu dengan post-rock pada hari sabtu tersebut, aku dan rakan-rakan telah menukar arah kepada post-hardcore band, Saosin. Berlangsungnya di KL Live yang mana tempat sama berlakunya YouReka pada hari yang lepas, tempat ini penuh dengan kanak-kanak yang riang apabila Saosin datang ke Malaysia. Mana tidaknya, aku pun naik seronok riang gembira jugak.

Concert yang agak menarik dari Saosin! Sungguh! Walaupun aku bukanlah peminat yang agak hardcore, tetapi aku meminati mereka sejak dari EP mereka yang berjudul Translating the Name. Walau begitu, mereka tidak menyanyikan banyak lagu dari EP ini, hanya Seven Years sahaja *di mana pada takat ini, aku sudah tidak waras*

Bergambar bersama seorang artis *credit pic to EmaBurnsRed

Dapat sign dari artis. pewitttt!

Selasa

Maka dengan itu, apa berlaku pada hari selasa, yakni hari ini?

Haha. Hari ini, adalah yang paling awesome antara hari-hari yang kebelakangan ini. Sumpah! Tak tipu. Tak percaya belahlah hati, x-ray la dada! Gila wey! Hari ni paling awesome kot dalam dunia.

Hah. Sebabnya adalah, ada seorang awek grunge nih, bagi gua CD Nirvana Bleach kot *gua excited sangat sampai cakap pon dah bahasa pasar*

Gile gila! Aku memang excited gila lah. Dapat CD yang sungguh awesome nih pada hari nih.

Ishk. Speechless nih!

Awek grunge bagi! wuhuuuu!

Love buzz

Kepada awek grunge tersebut, terima kasih kerana membelikan barang yang sungguh bermakna ini. Saya sungguh gembira dari segi tenaga fizikal dan tenaga batin. Sungguh saya gembira sekali dalam dunia pada hari ni!

Sesungguhnya awak telah mencuri hati saya wahai awek grunge yang comel!

😀

Sekian sahajalah untuk hari nih.

Sekian, jumpa lagi!

3 responses to “Hebat”

  1. awek grunge yang comel says:

    you’re welcome sayang 😀

  2. amanruzaini says:

    @awek grunge yang comel : 😀 😀

  3. […] jenis band luar negara datang ke Malaysia, terutama sekali yang bergenrekan post-rock. Antara yang aku telah pergi adalah Mono, di mana kalau tak ada lagi dua event yang di langsungkan aku ingin pergi, tapi takde rezeki yang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.