Envy
Salam Sejahtera Kalian,
Baru-baru ini, salah satu band kegemaran aku telah pun menapak kembali ke Kuala Lumpur. Tak lain tidak bukan adalah band Envy, yang mana asal band ini adalah dari Jepun. Lebih kurang sama geng dengan Mono yang pernah aku pergi tidak lama dahulu.
Envy pernah datang KL dulu, lebih kurang 2 tahun yang lepas di mana pada masa itu aku tak dapat datang sebab mempunyai kenduri cukur rambut di kampung halaman Ipoh. Kali ini, aku tidak melepaskan peluang untuk melihat kehebatan band dari Jepun ini.
Terima kasih kepada Soundscape record kerana sanggup membawa mereka untuk kali ke dua.

Kalau tahun lepas, Envy membuat persembahan mereka di Auditorium Bentley, Damansara, kali ini, berlangsungnya di KLPAC pentas 2 yang bagi aku agak menarik tempat itu, sebab dengan lighting yang sesungguhnya menarik dan membuatkan suasana show itu menjadi epic! Sama seperti kehadiran Mono hari tu.
Killeur Calculateur membuka set concert Envy ini dengan persembahan yang sesungguhnya seperti mana di ketahui oleh orang ramai, mereka sungguh tight! Atau kalau nak di sebutkan dalam bahasa bakunya, ketat! Kalian ini bermain dengan sungguh handsome, macho dan sungguh teratur. Mereka memang terkenal dengan persembahan yang tight. Mereka mempersembahkan beberapa lagu lama dan juga 2 lagu baru yang agak menarik bagi aku. Gubahan yang lain serta agak panjang jika di bandingkan dengan EP sebelum ini.

Seterusnya, band dari Jepun ini masuk ke pentas dan di sambut dengan jeritan. Bunyi tepukan tangan dari orang-orang yang excited seperti aku pun ada jugak. Ramai yang excited! Mereka tidak melengahkan masa dan terus langsung memainkan lagu pertama mereka untuk set ini kepada orang ramai yang sudah tidak sabar-sabar untuk melihat persembahan dari mereka.


Aku tidak terkata dan sungguh terkesima dengan persembahan mereka. Jikalau selama ini aku hanya melihat mereka di Youtube sahaja, kini aku dapat ber-scream dan ber-head banging bersama dengan Tetsuya Fukagawa, vokalis mereka. Aaaaaaaaargh!


Nikmat tidak terkata!
Walaupun kehadiran orang yang datang pada tempat itu sikit, namun aku sungguh puas hati dengan pelaburan aku sebanyak RM88 kali ini. Sungguh berbaloi dan ini adalah satu pengalaman yang menarik untuk aku. Melihat Envy perform bukanlah sesuatu yang berada di dalam wishlist aku, namun aku telah menjadikannya salah satu dalam must-do-list aku. Tidak terkata pengalaman tersebut. Menjerit-jerit dalam bahasa Jepun yang sepatah ape pun aku tak tau ape maksud die, hentak-hentak kepala. Best weh!
Kalau kalian adalah peminat genre hardcore campur-campur dengan post-rock sket, ini adalah band yang wajib di dengari.
Nah! Sajikan telinga anda dengan lagu kegemaran saya dari Envy – Go Mad And Mark.
Sekian, jumpa lagi!
p/s: rasa best gile dapat jumpa dengan ThemeBaker :p
Leave a Reply