Seni

Salam Sejahtera Kalian,

Hari ini saya mencuba sesuatu yang baru dalam hidup aku. TIdak penah saya terpikir untuk membuat satu seni yang aku minat tapi tak pernah buat. Paham? Ayat aku mungkin tunggang terbalik, ataupun mungkin ayat-ayat aku tadi tu cuma satu penangan seni untuk kalian tatapi? Hah! Gila! Haha!

Ape-ape pun, di sini aku telah pun mencuba seni pixel art hari ini. Ini adalah percubaan pertama dan juga cubaan yang aku agak seronok jugak la nak kata. Hasilnya memuaskan. Masih tidak pixel perfect, tapi cukup untuk memuaskan hati aku sebab ini adalah percubaan pertama.

Kalau kalian kenal pixel art, maka dengan itu, nama Eboy pasti merupakan satu nama yang agak biasa kalian dengar. Eboy telah di jadikan inspirasi untuk aku buat hasil karya ini.

Percubaan pertama ku adalah jam aku sendiri. Haha. berbekalkan rujukan yang berada di tangan, aku hasilkan maha karya pixel art untuk kalian semua. Agak mencabar untuk membuat hasil pixel art. Perlukan penelitian yang bagus, terperinci, dan juga kekemasan. Tona warna dan juga kedudukan serta ruang dimensi perlu di ambil kira untuk membuatkan pixel art ini satu yang perfect!

Oh mungkin aku masih jauh untuk sampai ke tahap itu. Walau apa pun, aku akan baiki lagi skill yang baru aku temui ini.

Sekian, jumpa lagi!

4 responses to “Seni”

  1. wan says:

    nice weh , buat satu scene plz

  2. amanruzaini says:

    soon wan! ako buat scene jeram :DD

  3. Saya, Aku. Yang mana satu ni?

  4. Adam says:

    Lawa nie Man. Tak perasan tadi hang buat. Hehe

Leave a Reply