Murni

Salam Sejahtera Kalian.

Hari nih dah masuk puasa yang ke-4 dah. Syukur Alhamdulillah dah 4 hari puasa, semuanya cukup, walaupun ada ketinggalan sedikit solat sunat terawikh. Hihi. Walau ape pon yang berlaku, syukur sebab puasa semua cukup. Syukur syukur. Di harap dapat melaksanakan ibadah puasa ini dengan lebih sempurna pada hari-hari berikutnya. InsyaALLAH.

So, ape cerita terbaru?

Yeah. Hari ini, aku berbuka puasa dengan rakan-rakan. Well, bukan berbuka la. Makan malam dengan rakan-rakan. Haha. Yeah, ramai ponteng terawikh hari nih. Tapi tak tau la kot kalian rakan-rakan aku semua sambung terawikh kat rumah ke ape ke, itu tak berani nak cakap la. Haha.

Ape-ape pon, tadi sempat aku ulang alik ke Wangsa Maju untuk meng-collect gambar yang di hantar pada petang maghrib semalam. Disangka boleh siap pada malam yang sama, tapi baru tadi siap. Kat sini adalah beberapa tangkapan yang aku sajikan untuk kalian semua.

Cyberia Townhouse

Memori di cyberia yang menggamit rasa

So, hari ini merupakan malam yang agak awesome dengan rakan-rakan. Seramai 17 orang rakan-rakan dari MMU datang untuk kembali unite dan bergembira gelak ketawa bersama-sama. Memang seronok dan menarik dan tertarik. Ada Jibin Que Boy Adam Helmi Dzul Irwan Wan Affendy Ridz Alep Aku Anip Yang Hanie Hanim Yunyi Alya. Sungguh best. Lama tak lepak ramai-ramai. Makan di Murni dekat SS2. Sebenarnya tak la makan sangat, order Indo Mee Double tapi makan tak abeh. Biasa la, bila makanan sampe lambat, sure berang sket. Habeh-habeh makan tu tak makan pon, tak habeh, rugi. Bulan puasa dah membazir, tolak pahala. Haih. Macam mana nak masuk syurga nih?

Hurm. Aku tak tau ape nak cerita sangat hari ini. Tak ada benda happening sangat berlaku dalam jangka masa terdekat ini. Tak tau la nak cerita apa. Tapi takpe, aku cerita la sedikit tentang gambar rajah di bawah. Hee.

AGV 5321

Namanya Valeria

Orait! Ini kereta aku. Haha. Rasa macam beria la pulak letak gambar kereta sendiri dekat dalam blog. Takpe, saja nak berkongsi, apa salahnya?

Haha. Namanya Valeria. Kenape Valeria? Sebab A-G-V. Aman Guna Valeria. Haha. Agak tak masuk akal, tapi aku rasa itu yang paling sesuai untuk memasukkan kegunaan AGV itu dalam maksud yang panjang. Inilah kereta baru aku yang aku gunakan untuk bawak ke hulur dan ke hilir. Ada kereta sekarang, senang lah sikit untuk jumpa kawan-kawan di merata tempat. Kalu tidak dulu hanya bergantung dengan kawan yang lain untuk angkut ke sana ke mari.

Kawan-kawan, kalu ada ape-ape, kasi tau aku, kini giliran aku pulak bawak korang pegi jalan-jalan.

Oh, sebenarnya, aku masih tiada lesen memandu kereta. Haha! Ya, aku memandu secara haram ke tempat kerja. Doakan aku sentiasa selamat dari sekatan jalanan. Dah 3 sekatan dah aku lalu, syukur alhamdulillah semuanya lepas. Haha.

Kelana Square

Tempat mencari rejeki

Disinilah tempat aku bekerja. Kelana Square, dekat Kelana Jayalah, mana lagi. Sekarang kerja sudah stabil. Aku berharap mereka di YouthAsia akan mengambil aku bekerja sebagai pekerja tetap di sana sebab kini sudah masuk bulan ke 2 aku bekerja di sana. Lagi satu bulan untuk diorang melihat dan men-judge performance aku di sana. Serious, aku selesa kerja di sana dan mahu bekerja di sana lagi untuk jangka masa panjang. Mungkin bukan untuk selamanya, tapi tak tahu lah. Aku harap kerjaya aku sebagai seorang web designer dapat di kembangkan di sana.

Yeah, atas papan tanda Kelana Square tuh ada bendera Malaysia. Sungguh bersemangat mereka mengibarkan bendera Malaysia atas tuh. Aku pun tak sedar selama nih, baru sekarang aku sedar. Haha.

Di sini sahaja perucapan untuk kali ini. Dalam masa hujung minggu ini aku akan update dengan benda baru. InsyaALLAH. Doakan lah aku menjadi rajin selalu untuk mencari duit sampingan yea. Haha.

Sekian, terima kasih.

Jumpa lagi!

6 responses to “Murni”

  1. Shah says:

    aman, gamba cyberia tu terbaik dow.
    aku suka! cantek! <3 <3 <3

  2. amanruzaini says:

    @shah : tak baik menipu shah. ako tau gambar ako tak sehebat motion graphic hg.

  3. bali says:

    Bila nak bawak aku jalan2?

  4. amanruzaini says:

    @bali : kao pegi melaka tak ajak. ako tanak bawak jalan-jalan la.

  5. Aisyah Rozi says:

    film apakah yg anda guna?

  6. amanruzaini says:

    @aisyah : ini film slide. kodak ebx. try la. once dah pakai, u’ll never look back. cewah. haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published.