Puasa

by amanruzaini

Salam Sejahtera kalian.

Kali ini, kita di datangi lagi dengan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. So, aku rasa tak perlu aku menerangkan lagi pasal bulan Ramadhan ini. Yang mana kita perlu menahan lapar, dahaga, nafsu n bla bla bla. Itu semua pastinya sudah di ketahui oleh kalian-kalian yang sudah hidup di bumi nyata yang selama 22 tahun ini.

Hah. Kejap je masa berlalu. Dah 3 hari kita berpuasa. Aku yakin, bulan puasa kali ini akan berlalu dengan begitu sahaja tanpa aku sedari yang ianya akan berlalu dengan begitu sahaja. Kenapa? Sebab berkerja. Biasa la, berkerja ni selalunya, masa akan berlalu dengan pantas dan tanpa di sedari, dah dapat duit gaji. Dan tanpa di sedari, duit gaji dah habis. Sekian dan sekian lah berlaku jika anda sedang menempuhi alam pekerjaan yang tidak hebat ini. Haha.

So, kemana kita lepas ini?

Dah lama aku tak update blog ini sejak dua menjak ini. Biasalah, jikalau kalian kenal diri aku ini, memang terkenallah aku dengan panggilan aman ‘Tidoman‘ yang diberikan kepada aku oleh Yeen. Percaya atau tidak, kami pernah mengadakan pertandingan ‘Siapa-Tidur-Paling-Lama’ di antara kami sekalian housemate. Pencabar-pencabar untuk pertandingan itu adalah Aku, Yeen dan Adam. Tapi cuba teka siapakah yang dapat dapat memegang title tersebut? Sudah pastinya Yeen. Wahaha. Tapi yeen tak mengaku dan dia kasi dekat aku title Tidoman‘ itu. Tapi takpe. Itu kisah silam yang menyeronokkan. Kini masing-masing ada haluan sendiri. Haih, sedih kejap.

Tapi takpe, aku masih lagi productive walaupun berkerja. Ada beberapa project di tangan yang perlu di tangani dalam masa terdekat dan dalam jangka masa panjang. Syukurlah kerana kepala otak ini masih berfungsi dengan jayanya walaupun diriku ini penuh dengan vitamin M – Malas. Dengan harapan, aku berjaya membawa segala project di tangan ini dengan cemerlang dalam jangka masa yang telah di tetapkan.

Marissa Aimy

Majlis Cukur Rambut Marissa Aimy

Banyak jugak event-event yang aku tidak rangkumi dalam sepanjang aku mem-blog-ing nih. Antaranya gambar rajah di atas. Gambar ini di tangkap semasa cukur rambut si comel Marissa Aimi. Marissa Aimi merupakan anak buah pertama aku yang sungguh comel dan manja serta pandai memandang kamera bila kamera datang dekat dengan dia. Tahniah! Dan sekarang dia telah botak berikutan cukur rambut dan sekarang dah pandai berbunyi. Sungguh comel si cilik ini.

Kahwin oh kahwin

Majlis Perkahwinan Abang aku di Jitra

Haa, yang ini sebenarnya dah agak lama la jugak. Haha. Cuma sekarang baru aku update. Abang yang kedua aku, Anis Rafie telah pon berumah tangga dengan isteri beliau yang merupakan kekasih sejak bangku sekolah lagi. Sejak dari tingkatan 3 tak salah aku, mereka telah jatuh dan bercinta. Ternyata jodoh di tangan Tuhan, dan jodoh mereka berkekalan sampai sekarang. Di doakan supaya jodoh mereka berkekalan selama-lamanya, insyaALLAH.

Agen MLM

Dari yang tak hensem, kepada yang hensem gila

Yang ini pulak, seperti yang kalian tau, kami telah pon graduate dari MMU pada 3 minggu yang sudah. Dan ini adalah gambar dari photoshoot kami di Studio DinArshad. Gambar nih dah banyak merata dan berselerak dekat Facebook. Ramai kawan-kawan aku yang telah meng-upload gambar ini pada Facebook, dan aku rasa aku letak satu gambar dah lah. Tak payah letak banyak-banyak. Buat muak je. Haha.

Itu je lah post aku untuk kali ini. Sebenarnya aku nak cakap pasal bulan puasa, tapi melencong ke tempat lain pulak. Haha. Takpe lah, mungkin lain hari.

Sekian, Selamat Beramal dan Berpuasa di bulan yang mulia ini. Aku harap kalian dapat memenuhi kehendakNya.

Sekian,

Terima Kasih.

Jumpa Lagi.