Puasa

Salam Sejahtera kalian.

Kali ini, kita di datangi lagi dengan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. So, aku rasa tak perlu aku menerangkan lagi pasal bulan Ramadhan ini. Yang mana kita perlu menahan lapar, dahaga, nafsu n bla bla bla. Itu semua pastinya sudah di ketahui oleh kalian-kalian yang sudah hidup di bumi nyata yang selama 22 tahun ini.

Hah. Kejap je masa berlalu. Dah 3 hari kita berpuasa. Aku yakin, bulan puasa kali ini akan berlalu dengan begitu sahaja tanpa aku sedari yang ianya akan berlalu dengan begitu sahaja. Kenapa? Sebab berkerja. Biasa la, berkerja ni selalunya, masa akan berlalu dengan pantas dan tanpa di sedari, dah dapat duit gaji. Dan tanpa di sedari, duit gaji dah habis. Sekian dan sekian lah berlaku jika anda sedang menempuhi alam pekerjaan yang tidak hebat ini. Haha.

So, kemana kita lepas ini?

Continue…

FYP

Salam Sejahtera kalian.

Kali ini, aku ingin berkongsi dengan kalian semua, dengan Final Year Project aku untuk tahun terakhir pembelajaran aku di MMU ini. Setelah menghabiskan 4 tahun belajar design, art dan segala jenis kaum keluarga yang berkaitan, aku telah tiba di kemuncak pembelajaran. Dalam majoring Digital Media ini, kami mempunyai beberapa cabang untuk di pilih dalam membuat FYP ini. Aku dengan lagak gaya yang tidak kurang hebatnya memilih ke arah installation art yang telah membuka minda baru aku untuk meneroka dan menyebarkan dakyah expressionism aku dalam bentuk ini. Mula meminatinya sejak 2 tahun yang lepas pabila melihat encik Fozzy punya installation di Central Market sempena exhibition installationnya bersama encik Jazmi.

FYP aku kali ini adalah bertajuk Self-Reflection. Tajuk ini mula tertarik minat aku sejak melihat beberapa hasil kerja dari seorang artis luar negara yang banyak mempamerkan kerja-kerjanya yang berkaitan cermin, Daniel Rozin. Maka dengan itu, aku pon mula lah mencari dan membuat research yang patut untuk FYP aku kali ini.

Self-Reflection

Screen Design untuk FYP

Dan juga untuk tahun ini, kami akan adakan exhibition kami di studio DM sendiri, seperti tahun-tahun dan lepas, dan juga seperti exhibition kami yang lepas, yang bertajuk The Untitled City. Maka dengan itu, bagi sesiapa yang masih tidak mengenal apa itu installation art, datang lah beramai-ramai pada exhibition kali ini (tarikh masih belum di tetapkan, nanti aku update lagi!).

Doakan aku berjaya untuk membaling topi graduasi aku yea!

p/s: oh, gambar di atas itu bukan setup untuk installation aku, datang dan saksikan bagaimana korang nak berinteraksi dengan installation aku kemudian. datang wey!

Cerita

Salam Sejahtera

Entry baru kali ini, aku ingin berkongsi bersama-sama dengan kalian semua tentang minat lama aku, tetapi baru sekarang aku dapat mengecapi minat ini dalam diri. Heh. Setelah sekian lama aku ingin untuk berkongsi bersama minat ini, 2 bulan lepas, baru aku dapat berkongsi bersama dengan naluri diri kepuasan hati.

holgaroid

Holgaroid bersama kawan-kawan

Ini adalah hasil gambar dari kamera permainan campuran Holga dan Pola Back, di gabung dan di satukan di panggil Holgaroid (ada juga kalangan memanggilnya Polgaroid, tapi setahu aku, offical name dia adalah Holgaroid*kalu salah sila tunjuk ajar*)

Heh. Holga telah lama menjadi minat aku sejak beberapa tahun yang lepas. Yeah. Lama, tetapi tidak punyai kemampuan yang cukup untuk membelinya. Biasa lah, ada duit, tapi beli barang drum, seperti cymbal Meinl aku yang telah crack pada pertengahannya. Dan kini, rezeki aku kembali sejak ayah angkat aku telah memberikan duit yang melonjak membuatkan aku tersenyum hingga ke telinga dan membuat keputusan untuk membeli Holga kamera ini dan beberapa lagi set yang membuatkan nafsu aku puas. Dulu, dikala aku ternampak orang memegang kamera Holga di deviantart, myspace, mahupun mana-mana pun, fuh, berang aku dibuatnya. Tapi syukur, aku memilikinya sendiri.

Holgaroid ini sungguh seronok di bawa bersama. Sebenarnya, Holgaroid tidak berbeza dengan Holga biasa, malahan aku rasa, langsung tiada beza. Holgaroid seronok mungkin hanya satu sebab, gambar yang di ambil, terus dapat di lihat dalam masa 5 minit seterusnya. Itu saja keseronokkannya. Dan aku seronok, walaupun pack film sungguhlah mahal gila! Tapi, apa kisah, minat. Yang tambah seronok, aku suka mengambil gambar orang, dan dengan melihat reaksi mereka, aku lagilah seronok. Heh.

Itu sajalah yang ingin aku kongsi bersama dengan kalian semua. Harap kalian tumpang gembira dengan aku yea. Heh. Oh, nanti aku tunjukkan kamera pertama aku yang aku buat-sendiri dengan menggunakan mounting board dan beberapa tape serta klip kertas.

Dan aku akan buatkan satu ruangan untuk kalian perlihatkan koleksi-koleksi gambar yang telah aku ambil dengan kamera-kamera permainan ini.

God bless you.

p/s: bali, bila aku boleh dapat supersampler tersebut? 🙁

Tak tido

Salam pagi Malaysia 🙂

Walaupun aku tau tidak satu Malaysia membaca blog aku, tapi aku tetap ingin mengucapkan selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang cara perbahasan.

Hari ini, hari tidak tidur malam, di mana jerawat-jerawat akan berkeliaran pada muka aku sebab tidak tidur dengan sempurna yang menyebabkan minyak gatal muka ini akan bergelumang dengan kotoran di pora-pora muka dan menghasilkan jerawat. Ah, persetankan!

Haha. Ape aku merapik ni?

Mungkin rembesan tidak tidur malam membuatkan aku loya sebegini. Heh. Oh, hari ini Thaipusam. Yea. Hajat ingin ke Batu Caves melihat upacara cucuk badan semua. Tapi ada kerja yang tidak dapat siap lagi. Hari selasa ada presentasi. Ah. Sungguh rumit. Baru awal sem. Tapi sudah rumit kulat kamit.

Oh, nak tahu. Sem ni aku ambil 2 subjek sahaja. Tapi kos yuran mencecah RM3.5k.

Apa nak jadi dengan MMU nie?

Semester Baru

Salam Sejahtera kalian.

Semester baru telah pun bermula. Kali ini, semester pendek dan laju serta penuh dengan kesibukkan. Semester baru ini adalah semester kedua aku untuk tahun akhir di puncak gading pembelajaran MMU. Dan semester kali ini, aku pasti aku akan menjadi tidak keruan kerana semester ini, subjek-subjek pembelajaran aku adalah penuh dengan subjek yang perlu membuat research untuk project yang perlu di kendalikan pada semester akhir aku yang bermula mungkin bulan Januari tahun depan.

Doakan aku berjaya di arena pembelajaran ini.

p/s: ohhh. sesungguhnya aku tiada mood untuk mengepost hari nie. celaka!

Pertama Kali

Hye dan salam sejahtera!

Ini adalah kali pertama aku menulis entri di dalam blog sendiri, dan juga di dalam server hosting sendiri. Sesungguhnya, agak nikmat dan juga keramat! Sungguh! Mempunyai server hosting sendiri adalah salah satu idaman aku sejak mula menceburkan diri di dalam arena internet ini. Dan aku bergitu bersyukur kerana akhirnya tercapai juga impian dan misi aku untuk menjana website serta melangakui bidang yang telah aku selami selama ini.

Sebagai permulaan, aku perkenalkan diri aku. Seperti yang terpapar di pahat screen monitor kamu semua, Aman Ruzaini adalah nama sebenarku dan telah ku jadikan nama komersial dalam persada internet ini. Aku juga adalah seorang web designer yang berasal dari Ipoh, Perak dan mengamalkan ilmu pendidikan di MMU Cyberjaya dan sekarang, aku adalah pelajar tahun akhir di institusi sana.

Apa-apa pun, kita jumpa lagi pada post akan datang!