Gambar

Salam Sejahtera Kalian,

Semenjak dua menjak ini, aku agak kemalasan untuk meng-update-kan blog ini dari masa ke semasa. Haha. Mungkin tiada benda untuk di isi di dalam ruang kosong cyber ini. Tapi kali ini, aku bawakan beberapa hasil gambar nukilan kamera kesayangan aku yang baru di beli semenjak dua menjak ini.

Ada lebih kurang tambah tolak, 7 filem telah di cuci setelah di simpan lama dalam kalung filem. Halangan wang dan juga kemalasan membuatkan aku agak keberatan untuk mengisi masa lapang mencuci filem-filem tersebut. Tapi berkat kegigihan aku, berjaya juga aku mencuci filem-filem ini. Hehe.

Apa-apa pun, nanti akan aku update lagi pengisian ruang cyber ini dengan gambar yang harapnya menarik.

Di ambil dengan : Kamera LCA+
Jenis filem : Fuji Pro 400h, Fuji Provia 100, Kodak BW400CN.
Tarikh : Tak ingat
Tempat : Merata-rata.

Sekian, jumpa lagi! 😀

Leave a Reply