amanruzaini/blog

Gelap

Salam sejahtera kalian.

Tak cakap banyak. Datang la ye.

Terima kasih daun keladi.

Tiada

Salam Sejahtera kalian.

Post aku yang lepas aku rasa, tiada orang yang baca pon. Aku suruh Irwan baca pon dia kata macam karangan. Haha. Tapi takpe, kali ini aku cuba buat blog ini penuh dengan kata-kata hikmah, dan bukan kata-kata yang berpanjang jela. So, post kali ini, aku buat-buat ringkas saja blog aku kali ini.

Tiada apa-apa update. Saja menulis di sini, bosan.

Terima kasih.

Mati

Salam Sejahtera kalian semua :)

Ini adalah entry aku julung kalinya untuk sekian lama. Biasalah, final year student la katakan. Sentiasa sibuk dengan tidur dan dengkuran yang memanjang. Haha. Bila cerita pasal tidur, aku ingin berkongsi pengalaman aku tentang near death experience aku. Kamu semua mesti pernah mengalaminya kan? Tapi aku rasa, aku punya pengalaman ini, hanya ALLAH yang tahu.

Cerita ini, berlaku pada tak silap aku, bulan 7 – 8 pada tahun lepas, 2008. Sekitar aku sedang menjalankan ujian industri aku di Mid Valley bersama rakan sekelas Aliff Afiq. Ceritanya bermula macam ini…

Panjang gila ni weh

Satu petang ni, aku hendak pulang dari Cyberjaya ke rumah aku di Bukit Antarabangsa selepas baru ber-jamming bersama sforzando! untuk satu gig ni tak salah aku. Maka pulang lah aku dari Cyberjaya untuk naik tren di Putrajaya menaiki Bus RapidKL. Dalam perjalanan tuh, aku dapat rasa, bahawa, pusat aku, yea, pusat aku berdenyut. Kalian semua tahu apa maksud jika pusat berdenyut. Haaa, silalah search di enjin carian Google. Tapi, aku ingat, aku pernah baca dalam computer aku sendiri, bahawa pusat berdenyut ini, adalah antara tanda-tanda orang nak mati. Subhanallah! Sumpah, aku menggeletar. Dalam masa yang sama, aku teringat, ianya akan berlaku antara masa selepas Asar. Maka aku amatilah jam pada telefon bimbit aku. Tepat jam 5 petang, iaitu lepas Asar. Berpeluh sejuk aku. Betul weh, aku tak tipu. Kalutlah aku masa ni, macam-macam aku pikir. Tapi, aku tetap cuba tenang dan aku tekad untuk membaca balik kandungan apa yang pernah aku baca tentang tanda-tanda kematian ini.

Setelah menela’ah buku-buku ilmiah yang terdapat di computer aku, maka memang benar lah. Pusat berdenyut adalah antara salah satu tanda orang mati. Pusat berdenyut juga menandakan orang itu akan mati dalam masa 30 hari. Tapi di situ terdapat kata-kata yang mengatakan, orang beriman sahaja akan mendapat tanda-tanda ini. Aku pikir balik dalam keadaan yang bingung “Aku, antara orang beriman ke?”. Entahlah, tapi aku tahu, dosa aku jika di timbang, memanglah lagi berat dari pahala yang pernah aku lakukan. Aku takut, dan panik. Dalam masa yang sama, aku semak calendar telefon bimbit aku dan melihat pada tarikh 30 hari kemudian. Dan aku jadi cuak, sebab pada hari ke 100, adalah bulan puasa, maknanya aku tak sempat beraya. Gilalah. Memang cuak gila aku. Tapi, aku tak cerita pada orang, tak siapa pun aku cerita pasal benda ini..

Setelah beberapa hari berlalu, aku anggaplah benda ini salah satu daripada badan letih, dimana orang kata, kalau badan kita letih, anggota badan kita akan jadi berdenyut-denyut, bermakna tubuh badan kita mahukan rehat yang mantap. Ialah, masa aku melakukan latihan praktikal aku di MotionWork dahulu, balik lewat juga la. Maka dengan itu,  aku pon rileks, dan melakukan kerja seperti biasa..

Tapi, ada juga perkara-perkara yang aku cuba elakkan untuk melihatkan aku akan mati pada masa hadapan, contohnya, abang aku pada masa ini ada konvokesyen di UTP, dan pada masa itu, aku di ajak untuk memakai jubah konvo, konon-kononnya aku boleh grad lebih awal la. Aku dah jadi tak betul. “Ishk, betul ke aku nak mati nie?”. Aku menolak pelawaan kak ipar aku yang menyuruh aku pakai jubah konvo itu. Konon-kononnya aku cuba elak daripada melakukan perkara-perkara yang pelik.

Namun, kepanikkan aku kembali semula, kerana pada masa dahulu, aku baca, bahawa jika dahi kita berdenyut, iaitu antara dua kening mata, menandakan seseorang itu akan mati dalam 7 hari. Haaa. Ini paling aku cuak. Tidak terkira la cuaknya, sebab dahi aku berdenyut. Dan aku mula fikir bahawa, aku akan mati dalam masa 7 hari. Dalam 7 hari ni, adalah antara hari berpuasa. Tiap-tiap hari aku solat, dan berdoa supaya ALLAH swt menghapuskan segala dosa-dosa aku, kecil dan besar. Ialah, pada bulan puasa ni lah selalunya doa-doa kita di makbulkan, InsyaALLAH. Aku takut dan aku panik. Dah la dalam nota yang pernah aku baca dulu, mengatakan dalam masa 7 hari ini, jika seseorang itu tahu akan tanda-tanda ini, dia patut berpuasa kerana senang untuk orang memandikan jenazahnya. Lagi la panik aku, sebab sekarang ni bulan puasa. Memanglah kena dengan aku. Takut, akan mati. Nampak sangat aku bukan orang beriman.

Inilah panik aku yang paling panik pernah aku alami dalam hidup aku. Sekarang ni pon, masa menaip untuk menulis entry ini aku menggeletar mengingatkan kembali perasaan itu. Mati. Siapa yang tidak takut. Macam-macam aku dah fikir. Takut, risau, dan gundah gelana. Tapi, antara semua perasaan ini, satu perasaan ini je yang aku sentiasa fikirkan, bila aku mati nanti, pasti si dia akan sedih, dan bermuram durja. Inilah, inilah perasaan yang sakit hati, yang mutlak kerana memikirkan aku akan meninggalkan si dia tanpa sebab, dan membiarkan si dia berseorangan diri. Aku sungguh, sesungguhnya takut, untuk meninggalkan si dia keseorangan, dan, entahlah, aku rasa sakit hati. Mungkin kerana aku dapat bayangkan betapa sedih, dan betapa rindunya si dia bakal merindui aku, yang bakal mati ini. Takut, sumpah aku takut. Tapi masih, aku tidak berceritakan kepada sesiapa tentang hal ini. Gila, nak cerita kat orang yang aku bakal mati. Kalau aku pun dah cuak bagai nak rak, ini pula mahukan si dia. Tidak, biarlah aku seorang yang simpan hal ini. Takut si dia akan bermuram durja memikirkannya nanti. Walau dalam keadaan panik, aku tetap menyintainya, merinduinya sentiasa, dan berlagak seperti tiada yang berlaku, walhal dalam hatiku, aku amat merinduinya dan takut untuk membiarkan dia pergi.

Sampailah masanya pada hari yang ke 7 dalam tempoh aku mengalami denyutan di dahi. Pada waktu pagi, aku rasa tiada apa yang berlaku. Tapi, bila sampai pada satu malam ini, YA ALLAH! Aku tak tahu, tapi satu badan aku menggeletar. Menggeletar sejuk, sehingga ke tulang sum-sum. Aku tak dapat tidur lena, aku tidak dapat berfikir lagi. Aku menangis seorang di atas tilam aku. Menangis memikirkan inilah kali terakhir aku berkatakan yang aku cinta padanya. Menggeletar satu badan! Aku cuba menenangkan diri untuk tidur, tapi masih tidak berjaya. Maka, aku cuba bersolat sunat untuk menenangkan hati. Tapi, solatku tidak khusyuk memikirkan banyak benda “Ah, disinikah aku  akan rebah?” “Disiinikah aku akan di tarik nyawa?” Bagai gila. Aku menangis semasa solat, aku menangis semasa sujud, aku menangis pada berdoa. Aku sungguh tidak tenang. Aku berdoa pada Tuhan supaya si dia dapat berbahagia dengan yang lain jika aku sudah tiada. Aku berdoa pada Tuhan supaya dia sentiasa gembira di alam ini jika aku sudah tiada. Doa aku, hanya untuk dia. Takut, dan takut. Masih, selesai solat sunat, hati aku langsung tidak tenang. Cuba baring, tidak boleh, sebab aku takut nanti bila aku dah lelap mata, esok pagi aku tak buka mata. YA ALLAH. Aku sungguh takut pada waktu itu. Dan aku menjadi bodoh seketika, dan menonton movie di dalam computer aku. Bila aku fikir balik, kenapa aku tak teruskan malam aku dengan solat sunat yang lain untuk di ampunkan dosa dan segala, tapi boleh pula ako menonton movie. Sesungguhnya agak bodoh dan benak juga otak aku ini. Aku tonton movie itu sampai pagi, dan aku dapati, aku hidup sampai sekarang… Syukur, kerana ALLAH masih memanjangkan usia aku untuk bertaubat, dan memohon keampunan di tiap-tiap hari hidup aku.

Ya, syukur, kerana ALLAH swt masih memanjangkan usia aku untuk bertaubat pada-NYA. Sumpah aku bersyukur. Aku dapati, ALLAH swt sungguh sayangkan aku, dan sehingga dia meninggalkan aku sedikit tanda supaya aku berubah, menjadi hamba-NYA yang bertaubat dan sentiasa beriman pada-NYA. Tapi, aku manusia yang zalim, aku masih berkelakuan seperti biasa, jahat, berdosa, dan masih melakukan perkara-perkara yang di larang-NYA terutama sekali meninggalkan sembahyang. Tapi masih mencuba, untuk bertaubat. Mungkin secara perlahan-lahan. InsyaALLAH.

Moral cerita ini adalah, beringatlah, hidup ini, kita tak tahu bila kita akan mati. Maka dengan itu, beramal dan bertaubatlah segera. Sentiasa ingat mati di hati, dan ingatlah, sentiasa menghargai orang yang menyayangi kalian semua. Sayangilah mereka seperti inilah kali terakhir kalian akan bercinta dengannya. Dan ingat pada ibu dan bapa kalian, kalian lah sinar hidup mereka. Ape daaa ayat aku nih. haha! Tapi takpe la kot, aku rasa, kalau aku mati pon, sekarang si dia ada kawanan yang dia boleh bergantung untuk membuatkan dia bahgia dan gembira dengan mereka dan dengan dia. Harap kamu bahgia di sana.

Apa-apa pun, syukur aku masih hidup, dan aku akan terus hidup, dengan harapan..

p/s: 1398 ayat dalam kandungan cerita aku. hah. baca sampai habis yea.

Sabtu

Salam Sejahtera.

Hari ini adalah hari sabtu.

holgaroid2

Yeen Yap Hariz

Tidak bersemangat untuk meng-post apa-apa hari ini. Hari ini sungguh gloomy, dah depress.

Hope is always there, and i shall wait for u.

Cerita

Salam Sejahtera

Entry baru kali ini, aku ingin berkongsi bersama-sama dengan kalian semua tentang minat lama aku, tetapi baru sekarang aku dapat mengecapi minat ini dalam diri. Heh. Setelah sekian lama aku ingin untuk berkongsi bersama minat ini, 2 bulan lepas, baru aku dapat berkongsi bersama dengan naluri diri kepuasan hati.

holgaroid

Holgaroid bersama kawan-kawan

Ini adalah hasil gambar dari kamera permainan campuran Holga dan Pola Back, di gabung dan di satukan di panggil Holgaroid (ada juga kalangan memanggilnya Polgaroid, tapi setahu aku, offical name dia adalah Holgaroid*kalu salah sila tunjuk ajar*)

Heh. Holga telah lama menjadi minat aku sejak beberapa tahun yang lepas. Yeah. Lama, tetapi tidak punyai kemampuan yang cukup untuk membelinya. Biasa lah, ada duit, tapi beli barang drum, seperti cymbal Meinl aku yang telah crack pada pertengahannya. Dan kini, rezeki aku kembali sejak ayah angkat aku telah memberikan duit yang melonjak membuatkan aku tersenyum hingga ke telinga dan membuat keputusan untuk membeli Holga kamera ini dan beberapa lagi set yang membuatkan nafsu aku puas. Dulu, dikala aku ternampak orang memegang kamera Holga di deviantart, myspace, mahupun mana-mana pun, fuh, berang aku dibuatnya. Tapi syukur, aku memilikinya sendiri.

Holgaroid ini sungguh seronok di bawa bersama. Sebenarnya, Holgaroid tidak berbeza dengan Holga biasa, malahan aku rasa, langsung tiada beza. Holgaroid seronok mungkin hanya satu sebab, gambar yang di ambil, terus dapat di lihat dalam masa 5 minit seterusnya. Itu saja keseronokkannya. Dan aku seronok, walaupun pack film sungguhlah mahal gila! Tapi, apa kisah, minat. Yang tambah seronok, aku suka mengambil gambar orang, dan dengan melihat reaksi mereka, aku lagilah seronok. Heh.

Itu sajalah yang ingin aku kongsi bersama dengan kalian semua. Harap kalian tumpang gembira dengan aku yea. Heh. Oh, nanti aku tunjukkan kamera pertama aku yang aku buat-sendiri dengan menggunakan mounting board dan beberapa tape serta klip kertas.

Dan aku akan buatkan satu ruangan untuk kalian perlihatkan koleksi-koleksi gambar yang telah aku ambil dengan kamera-kamera permainan ini.

God bless you.

p/s: bali, bila aku boleh dapat supersampler tersebut? :(

Tak tido

Salam pagi Malaysia :)

Walaupun aku tau tidak satu Malaysia membaca blog aku, tapi aku tetap ingin mengucapkan selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang cara perbahasan.

Hari ini, hari tidak tidur malam, di mana jerawat-jerawat akan berkeliaran pada muka aku sebab tidak tidur dengan sempurna yang menyebabkan minyak gatal muka ini akan bergelumang dengan kotoran di pora-pora muka dan menghasilkan jerawat. Ah, persetankan!

Haha. Ape aku merapik ni?

Mungkin rembesan tidak tidur malam membuatkan aku loya sebegini. Heh. Oh, hari ini Thaipusam. Yea. Hajat ingin ke Batu Caves melihat upacara cucuk badan semua. Tapi ada kerja yang tidak dapat siap lagi. Hari selasa ada presentasi. Ah. Sungguh rumit. Baru awal sem. Tapi sudah rumit kulat kamit.

Oh, nak tahu. Sem ni aku ambil 2 subjek sahaja. Tapi kos yuran mencecah RM3.5k.

Apa nak jadi dengan MMU nie?

Pencarian

Salam sejahtera kalian semua.

Setelah sekian lama aku meng-rip-kan kewujudan website ini, aku kembali untuk membuka ruang blog ini kembali. Walaubagaimana pun, aku datang bukan dengan tangan kosong, tetapi aku kembali dengan pembukaan website portfolio aku yang telah hampir siap.

untitled

amanruzaini creative concept

Hee. Datang lah beramai-ramai dengan membawa projek dan juga jangan lupa sertakan duit untuk aku. Website itu tidaklah sehebat mana pun. Hanya biasa-biasa sahaja. Aku teringin juga nak letak benda-benda terbang melayang dalam website tersebut, tapi takpe lah, mungkin kemudian hari, mungkin.

Oh, kini, aku sedang berada dalam semester terakhir di MMU ini. Doakan aku berjaya membaling topi graduasi aku yea!

:D

Selamat

Hai kalian semua.

Aku kembali  untuk sekali lagi.

Mungkin, aku kembali :)

Semester Baru

Salam Sejahtera kalian.

Semester baru telah pun bermula. Kali ini, semester pendek dan laju serta penuh dengan kesibukkan. Semester baru ini adalah semester kedua aku untuk tahun akhir di puncak gading pembelajaran MMU. Dan semester kali ini, aku pasti aku akan menjadi tidak keruan kerana semester ini, subjek-subjek pembelajaran aku adalah penuh dengan subjek yang perlu membuat research untuk project yang perlu di kendalikan pada semester akhir aku yang bermula mungkin bulan Januari tahun depan.

Doakan aku berjaya di arena pembelajaran ini.

p/s: ohhh. sesungguhnya aku tiada mood untuk mengepost hari nie. celaka!

Mini

mini

Salam Sejahtera.

Hari ini, aku perkenalkan kepada anda semua wahai para rakan-rakan yang membaca blog aku ini, mini, nama theme WordPress yang aku berikan. Mari kemari, aku mahu memberikan sedikit sebanyak pengenalan yang tidak kurang hebatnya.

Theme ini aku gunakan single layout design kerana aku mahukan sesuatu yang simple, minimalist, dan compact.  Maka dengan itu, lahirlah theme ini. Aku cuba mengurangkan segala jenis penggunaan graphic untuk memberikan kesan minimal untuk para pembaca. Mungkin sedikit bosan bagi theme ini, kerana kekurangan graphic yang tidak kurang hebatnya memberikan impact terhadap mata-mata pengguna. Tapi bagi aku. takpe, takpe. Aku lebih pentingkan isi untuk para pembacaku membaca dengan lebih senang dan tak-serabut-akal untuk melihat graphic yang bertaburan.

Theme ini banyak memberikan penggunaan lines and space, dimana dalam ilmu persenian, lines and space ini adalah salah satu basic knowledge dalam pembelajaran aku yang lepas. Lagipun, aku di tekan oleh rakanku untuk memperbanyakkan kepenggunaan lines.

Hurm. Ape lagi yea?

Dalam theme ini, aku juga telah meletakkan 2 page baru untuk kepenggunaan para pembaca — About dan Archive. About adalah page di mana kamu semua boleh mengenali dengan lebih dekat. Lagipun, sebelum ini tiada langsung About page dan mungkin(?) ramai yang tertanya-tanya siapakah Aman Ruzaini ini. Maka dengan itu, aku telah pun meletakkan About page untuk pengenalan kepada orang ramai. Page Archive adalah page di mana rakan-rakan semua boleh melihat entry-entry aku yang lama-lama dan yang sebelum ini untuk pembacaan semua.

Apa lagi yea?

Mungkin itu saja. Mungkin nampak bosan, tapi aku cuba untuk menyampaikan apa yang aku inginkan, theme yang tampak simple, minimal tetapi aku berharap theme ini juga dapat memberikan keseronokkan kepada semua untuk membaca blog aku ini dengan lebih mesra dan penuh dengan senyuman

Sekian terima kasih, oh! jika terjumpa bugs mahupun apa-apa yang tidak kena dengan theme aku ini, harap di beritahu.

Terima kasih, sekali lagi :D