Tiada

Salam Sejahtera kalian.

Post aku yang lepas aku rasa, tiada orang yang baca pon. Aku suruh Irwan baca pon dia kata macam karangan. Haha. Tapi takpe, kali ini aku cuba buat blog ini penuh dengan kata-kata hikmah, dan bukan kata-kata yang berpanjang jela. So, post kali ini, aku buat-buat ringkas saja blog aku kali ini.

Tiada apa-apa update. Saja menulis di sini, bosan.

Terima kasih.

Sabtu

Salam Sejahtera.

Hari ini adalah hari sabtu.

holgaroid2

Yeen Yap Hariz

Tidak bersemangat untuk meng-post apa-apa hari ini. Hari ini sungguh gloomy, dah depress.

Hope is always there, and i shall wait for u.

Cerita

Salam Sejahtera

Entry baru kali ini, aku ingin berkongsi bersama-sama dengan kalian semua tentang minat lama aku, tetapi baru sekarang aku dapat mengecapi minat ini dalam diri. Heh. Setelah sekian lama aku ingin untuk berkongsi bersama minat ini, 2 bulan lepas, baru aku dapat berkongsi bersama dengan naluri diri kepuasan hati.

holgaroid

Holgaroid bersama kawan-kawan

Ini adalah hasil gambar dari kamera permainan campuran Holga dan Pola Back, di gabung dan di satukan di panggil Holgaroid (ada juga kalangan memanggilnya Polgaroid, tapi setahu aku, offical name dia adalah Holgaroid*kalu salah sila tunjuk ajar*)

Heh. Holga telah lama menjadi minat aku sejak beberapa tahun yang lepas. Yeah. Lama, tetapi tidak punyai kemampuan yang cukup untuk membelinya. Biasa lah, ada duit, tapi beli barang drum, seperti cymbal Meinl aku yang telah crack pada pertengahannya. Dan kini, rezeki aku kembali sejak ayah angkat aku telah memberikan duit yang melonjak membuatkan aku tersenyum hingga ke telinga dan membuat keputusan untuk membeli Holga kamera ini dan beberapa lagi set yang membuatkan nafsu aku puas. Dulu, dikala aku ternampak orang memegang kamera Holga di deviantart, myspace, mahupun mana-mana pun, fuh, berang aku dibuatnya. Tapi syukur, aku memilikinya sendiri.

Holgaroid ini sungguh seronok di bawa bersama. Sebenarnya, Holgaroid tidak berbeza dengan Holga biasa, malahan aku rasa, langsung tiada beza. Holgaroid seronok mungkin hanya satu sebab, gambar yang di ambil, terus dapat di lihat dalam masa 5 minit seterusnya. Itu saja keseronokkannya. Dan aku seronok, walaupun pack film sungguhlah mahal gila! Tapi, apa kisah, minat. Yang tambah seronok, aku suka mengambil gambar orang, dan dengan melihat reaksi mereka, aku lagilah seronok. Heh.

Itu sajalah yang ingin aku kongsi bersama dengan kalian semua. Harap kalian tumpang gembira dengan aku yea. Heh. Oh, nanti aku tunjukkan kamera pertama aku yang aku buat-sendiri dengan menggunakan mounting board dan beberapa tape serta klip kertas.

Dan aku akan buatkan satu ruangan untuk kalian perlihatkan koleksi-koleksi gambar yang telah aku ambil dengan kamera-kamera permainan ini.

God bless you.

p/s: bali, bila aku boleh dapat supersampler tersebut? πŸ™

Tak tido

Salam pagi Malaysia πŸ™‚

Walaupun aku tau tidak satu Malaysia membaca blog aku, tapi aku tetap ingin mengucapkan selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang cara perbahasan.

Hari ini, hari tidak tidur malam, di mana jerawat-jerawat akan berkeliaran pada muka aku sebab tidak tidur dengan sempurna yang menyebabkan minyak gatal muka ini akan bergelumang dengan kotoran di pora-pora muka dan menghasilkan jerawat. Ah, persetankan!

Haha. Ape aku merapik ni?

Mungkin rembesan tidak tidur malam membuatkan aku loya sebegini. Heh. Oh, hari ini Thaipusam. Yea. Hajat ingin ke Batu Caves melihat upacara cucuk badan semua. Tapi ada kerja yang tidak dapat siap lagi. Hari selasa ada presentasi. Ah. Sungguh rumit. Baru awal sem. Tapi sudah rumit kulat kamit.

Oh, nak tahu. Sem ni aku ambil 2 subjek sahaja. Tapi kos yuran mencecah RM3.5k.

Apa nak jadi dengan MMU nie?

Pencarian

Salam sejahtera kalian semua.

Setelah sekian lama aku meng-rip-kan kewujudan website ini, aku kembali untuk membuka ruang blog ini kembali. Walaubagaimana pun, aku datang bukan dengan tangan kosong, tetapi aku kembali dengan pembukaan website portfolio aku yang telah hampir siap.

untitled

amanruzaini creative concept

Hee. Datang lah beramai-ramai dengan membawa projek dan juga jangan lupa sertakan duit untuk aku. Website itu tidaklah sehebat mana pun. Hanya biasa-biasa sahaja. Aku teringin juga nak letak benda-benda terbang melayang dalam website tersebut, tapi takpe lah, mungkin kemudian hari, mungkin.

Oh, kini, aku sedang berada dalam semester terakhir di MMU ini. Doakan aku berjaya membaling topi graduasi aku yea!

πŸ˜€

Semester Baru

Salam Sejahtera kalian.

Semester baru telah pun bermula. Kali ini, semester pendek dan laju serta penuh dengan kesibukkan. Semester baru ini adalah semester kedua aku untuk tahun akhir di puncak gading pembelajaran MMU. Dan semester kali ini, aku pasti aku akan menjadi tidak keruan kerana semester ini, subjek-subjek pembelajaran aku adalah penuh dengan subjek yang perlu membuat research untuk project yang perlu di kendalikan pada semester akhir aku yang bermula mungkin bulan Januari tahun depan.

Doakan aku berjaya di arena pembelajaran ini.

p/s: ohhh. sesungguhnya aku tiada mood untuk mengepost hari nie. celaka!

Mini

mini

Salam Sejahtera.

Hari ini, aku perkenalkan kepada anda semua wahai para rakan-rakan yang membaca blog aku ini, mini, nama theme WordPress yang aku berikan. Mari kemari, aku mahu memberikan sedikit sebanyak pengenalan yang tidak kurang hebatnya.

Theme ini aku gunakan single layout design kerana aku mahukan sesuatu yang simple, minimalist, dan compact.Β  Maka dengan itu, lahirlah theme ini. Aku cuba mengurangkan segala jenis penggunaan graphic untuk memberikan kesan minimal untuk para pembaca. Mungkin sedikit bosan bagi theme ini, kerana kekurangan graphic yang tidak kurang hebatnya memberikan impact terhadap mata-mata pengguna. Tapi bagi aku. takpe, takpe. Aku lebih pentingkan isi untuk para pembacaku membaca dengan lebih senang dan tak-serabut-akal untuk melihat graphic yang bertaburan.

Theme ini banyak memberikan penggunaan lines and space, dimana dalam ilmu persenian, lines and space ini adalah salah satu basic knowledge dalam pembelajaran aku yang lepas. Lagipun, aku di tekan oleh rakanku untuk memperbanyakkan kepenggunaan lines.

Hurm. Ape lagi yea?

Dalam theme ini, aku juga telah meletakkan 2 page baru untuk kepenggunaan para pembaca β€” About dan Archive. About adalah page di mana kamu semua boleh mengenali dengan lebih dekat. Lagipun, sebelum ini tiada langsung About page dan mungkin(?) ramai yang tertanya-tanya siapakah Aman Ruzaini ini. Maka dengan itu, aku telah pun meletakkan About page untuk pengenalan kepada orang ramai. Page Archive adalah page di mana rakan-rakan semua boleh melihat entry-entry aku yang lama-lama dan yang sebelum ini untuk pembacaan semua.

Apa lagi yea?

Mungkin itu saja. Mungkin nampak bosan, tapi aku cuba untuk menyampaikan apa yang aku inginkan, theme yang tampak simple, minimal tetapi aku berharap theme ini juga dapat memberikan keseronokkan kepada semua untuk membaca blog aku ini dengan lebih mesra dan penuh dengan senyuman

Sekian terima kasih, oh! jika terjumpa bugs mahupun apa-apa yang tidak kena dengan theme aku ini, harap di beritahu.

Terima kasih, sekali lagi πŸ˜€

Pahhtee

Salam sejahtera semua.

Entry kali ini adalah entry terakhir aku meng-post entryentry seperti ini di rumah. Cuti sebulanku, cuti semester MMU sudah hampir ke penghujungnya. Sungguhlah tidak seronok kerana rakan-rakan yang ramai sedang akan bercuti tidak lama lagi, tetapi aku, terpaksa kembali ke sekolah untuk bangun pagi pada jam 9:00 pagi setiap hari untuk ke sekolah. Haish~ Tapi takpe, kita cool beb.

Flyers di atas adalah berkenaan Free Love, sebuah band indie rock lo-fi yang bertamadun di Ipoh Perak. Esok adalah launch party album mereka di Bukit Bintang (aku tidak pasti exact location di mana) dan aku akan menghadirkan diri untuk menyokong mereka dengan membeli album mereka tersebut.

Entry kali ini pendek, sebab aku perlu menyelesaikan masalah-masalah yang perlu aku hadapi dengan tabah.

Kita jumpa esok!

Kenangan

Beberapa hari lalu, mungkin 2 hari lalu tidak salah aku, aku pergi melawat ibunda kekasih hati ku yang berada di Hospital Besar Kuala Lumpur di mana ibunda kekasihku mempunyai sesuatu di perutnya, dan di takuti akan merebak sebagai kanser perut. Syukur Alhamdulillah, benda di perutnya itu telah selamat di keluarkan semasa pembedahan di lakukan pada tempoh hari. Dan kini keadaannya semakin pulih. Syukur ke hadrat ilahi πŸ™‚

Semasa melihat ibundanya terbaring di atas katil pesakit itu dengan lemah loya dan tidak bermaya, bercucuk-cucukkan tali salur ubat yang tidak kesudahan, aku teringat kembali pada semasa aku masuk hospital dahulu semasa tingkata 4. Inilah kenangan, erti kehidupan yang sebenar yang telah mengajar aku menghargai anggota badan ku ini yang telah di kurniakan Tuhan.

Cerita ini panjang….

Pada tingkatan 4 dahulu, aku pernah mengalami kemalangan yang dashyat dalam hidup aku selama ini, mungkin paling dashyat, aku tidak pasti. Semasa dalam perjalanan ke sekolahku di Ipoh Perak dahulu, aku membonceng sepupuku menaikki scooternya, scooter Suzuki yang menjadi pujaan remaja dahulu, aku tak ingat model apa. Dalam perjalanan tersebut, aku tidak pasti samada dia membawa laju, atau diri sendiri tidak sedap hati. Aku endah kan perasaan hati aku dan melihat ke kiri dan kanan seperti tidak ada apa-apa berlaku. Sampai satu ketika ini, aku ingin melihat meter dashboard scooternya itu untuk mengetahui berapa kelajuan yang di bawanya sekarang. Apabila kepala aku menongkat di bahunya, topi helmetku menolak kepala aku ke belakang dan memaksa aku membetulkan helmet aku.

Tanpa di sedari…..! Aku terbaring di atas jalan dalam keadaan terpinga-pinga. Melihat ke langit dan tertanya-tanya apa yang berlaku. Sepupuku datang ke arahku dan berkata “Kamu ok tak man, kamu ok tak?” sambil aku mengesat bibirku yang berdarah dan bertanya kepadanya dalam keadaan kabut “Wei, berdarah tak, berdarah tak?” berulang kali. Dia menyahut, “Bangun man, kite ketepi” sambil dia cuba mengangkat kaki aku untuk memapah aku ke kaki-lima jalan. Aku melihat mukanya yang penuh cuak itu sambil berkata “Kaki kamu patah man!!” Aku terkejut dan terdiam. Aku melihat ke atas langit dan menjerit “YA ALLAH! Apa salah hamba-Mu ini!” Seketika kemudian aku di angkat oleh beberapa orang ke tepi jalan. Aku bingung dan cuba mencari arah sambil di bawa masuk ke dalam sebuah kereta. Di dalam kereta yang tidak di kenali itu, sepupu aku tidak sudah meminta maaf kepadaku, sambil aku berkata kepadanya, “Bukan salah hg lah, takde sape nak jadi macam ni” cubaan aku untuk memujuknya dalam keadaan kakiku yang kekebasan.

Sesampai di Hospital Pantai Puteri, aku di bawa ke wad kecemasan. Soalan pertama aku tanya doktor di sana adalah “Doktor, kaki saya boleh sambung lagi?” dalam keadaan menggeletar memikirkan zaman kelakian macho aku tamat di sini. Doktor itu menunjukkan tanda senyap dan cuba menenangkan aku sambil mencucuk jarum untuk mengambil darah aku. Beberapa minit kemudian aku nampak keluarga aku sampai. Melihat kelibat aku berdarah dan berlebam-lebam, ibu ku nangis teresak-esak dan dari jauh, aku nampak abangku menahan sebak di dada.

Di pendekkan kan cerita (walaupun sudah panjang cerita ini melarut), kakiku di bedah dan di masukkan besi selama 3 bulan. 2 minggu aku berada di hospital dalam keadaan bertongkat. Seksa, sungguh seksa. Nak buang air besar, kecil, semuanya susah. Tak sanggup dah aku nak masuk mengalami hidup itu sekali lagi. Cukup sekali sudah, untuk pengalaman hidup.

Dan aku sungguh bernasib baik, sungguh bersyukur, kerana aku masih mempunyai kedua-dua belah kaki untuk berjalan, bersukan dan bermain drum. Sungguh, aku sungguh bersyukur.

p/s: klik sini untuk tgk gambar besi tersebut

Pencapaian

Pantas aku meng-update blog aku pada kali ini. Bukan apa. Aku ada kisah yang mungkin menarik untuk aku ceritakan dan kongsi bersama-sama rakan-rakan yang tidak jemu mengunjung weblog aku yang tidak seberapa ini.

Sebelum aku beralih ke arena blogging bersama WordPress ini, aku dahulunya pernah juga berblogging dengan menggunakan medium seperti Bloggers dan juga pernah menggunakan CutePHP sebagai platform aku pada masa dahulu. Ramai juga kenalan aku kenal masa ber-blog dahulu. Tapi aku yakin ramai yang telah lupakan aku ini kerana saban kali aku menukar identiti dan juga malas meng-update kan blog aku sendiri.

Apa-apa pon, dahulunya aku juga ada ber-blogging di Deviantart. Di situ selalunya aku meluahkan perasaan aku dengan cara ringkas dan mungkin hanya aku seorang saja yang tahu (mungkin). Tetapi, aku jarang kali meng-update entri-entri aku disana, seperti juga hasil seni aku. Jarang di-update dari hari ke hari. Biasa lah, malas.

Hari ini, aku melihat kembali segala jenis blog aku yang pernah aku ada dahulu. Dan aku terhenti setelah aku melihat kembali blog aku di Deviantart aku. (Kalau korang nak tau, aku dengan Hariz dulu pernah terpikir nak buat website macam deviantart, tapi local punye lah, tapi tak tercapai). Entri terakhir aku di blog Deviantartku itu adalah berkenaan duit dan juga berkenaan perancangan aku pada masa terdekat, serdahana dan yang paling panjang. Aku terkejut sebentar pabila melihat entri tersebut. Terdiam, tergamam, terkesima dan dalam hati aku, aku melonjak kegembiraan!

Tidak ku sangka, perancangan masa terdekat aku, kesemuanya telah terlaksana. Sungguh, aku gembira! Sungguh! Mungkin memakan masa yang terlalu lama untuk mencapai perancangan itu (Ianya memakan masa 5 bulan, kalau di kira dari hari aku post blog itu), tetapi, aku sungguh gembira kerana telah mencapai ape yang aku inginkan.

Dan kini, aku telah mendapat inspirasi yang mana aku cari selama ini.

p/s: kita hanya mampu merancang, tetapi, ALLAH s.w.t yang menentukan.

Mencari

Assalamualaikum.

Sudah 2 minggu cuti aku berlalu. 2 minggu berlalu nya cuti aku dengan tiada apa-apa benda yang bagus dari pada diri aku, melainkan beberapa cakap kosong yang penuh dengan impian dan angan-angan mat jenin serta idea-idea yang di akui oleh diri sendiri sesuatu idea yang sungguh bernas untuk di janakan. Tetapi malangnya, diriku ini TERLALU MALAS untuk membuat kerja-kerja yang boleh membawa kepada kebajikan diri dan keluarga. Malang, sungguh malang nasib ini. Malas yang tidak berkesudahan sejak dari bangku sekolah. Mungkin malas adalah salah satu daripada kuasa hebat aku, seperti Heroes.

Dalam 2 minggu yang malang ini, aku telah menghabiskan masa dengan bermain game-game kegemaran aku, terutama sekali game-game yang lama seperti Half-Life 2, Devil May Cry 4, PES 2009, Crysis dan banyak lagi. Sesungguhnya, aku adalah mat game. Haram aih!

Kini, aku kembali tekad untuk melaksanakan segala tugas dan menjana diri kepada benda yang lebih productive (ye tak ye je).

Aku perlukan inspirasi wahai kawan-kawanku. Inspiras!

Doakan aku berjaya!!

Kini

Setelah sekian lama tidak meng-update blog ini, aku pun sedang mencuba-cuba untuk kembali aktif dalam aktiviti mengarang sedikit dan sebanyak cerita harian aku walaupun tidak best sangat, aku cuba jugak lah

Kini, setelah sedar usia makin meningkat, aku terasa bahawa banyak pengalaman yang telah aku timba pada masa muda dahulu. Banyak perkara yang lepas telah mengajar dan membentuk diri aku yang sekarang. Dari pada seburuk-buruk perkara yang telah aku lakukan sehinggalah kepada perkara yang sebaik-baiknya (walaupun tidaklah baik mana).

Usia makin meningkat. Tanggungjawab makin berat. Sebagai hamba ALLAH, dan juga sebagai anak kepada 2 orang ibu bapa yang telah menjaga aku sehingga sekarang. Aku telah banyak melakukan dosa. Sesungguhnya, manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, aku berusaha untuk menapis diri dan juga membersihkan diri dari masa ke semasa. Tanggungjawab kepada ibu bapa masih belum selesai. Aku kini telah nekad, bahawasanya, aku mahu membalas jasa mereka, dengan belajar bersungguh-sungguh, dan juga memperolehi wang yang banyak, bukan untuk kepentingan sendiri, tetapi untuk membalas kembali jasa mereka dengan meringankan bebanan yang mereka tanggung. Rumah kata pergi, kubur kata kemari. Hidup di dunia ini singkat, dan hanya sekali. Dan sesekali ini sahajalah yang mampu aku balas kembali jasa mereka. Susah penat mereka ini, tidak terperi jawabnya. Sedih dan kasihan melihat bapaku berkerja bersusah payah dengan rambutnya kini beransur-ansur menjadi ke-kelabu-an seperti penyanyi J-Rock. Kasihan, dan aku telah nekad ingin membantu meringankan beban beliau. Aku sayang ibu bapa aku, kalian juga begitu kan?

Maka dengan itu, jikalau kalian ada kerja-kerja berkaitan website, mahupun hanya design website sahaja, hubungi aku pada talian tertutup di laman web aku. πŸ˜€
Sekian.

Kembali

Gila lah. Sebenarnya aku terlupa yang aku ada blog !

Haha! Sebab itulah aku sudah lama tidak mengupdatekan blog ini. Hehe. Harap maaf kalian semua.

Setelah sekian lama, aku ingin menyatakan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! πŸ˜€ Walaupun telah raya ke 8 pada hari ini ( 08 October 2008 ), tapi aku tetap ingin melafazkan kata-kata ini. Hehe.

Sekian, jumpe lagi nanti dengan benda best πŸ˜€

Salam Mubarak

Salam Ramadhan untuk kalian semua pembaca blog aku yang tidak seberapa ini.

Bulan Ramadhan yang mulia ini adalah bulan yang di nanti-nantikan oleh kita semua umat Islam sejagat. Di mana, bulan Ramadhan inilah kita semua patut mengejar amalan-amalan soleh dan memohon keampunan serta mengharapkan rahmat dari-NYA. Sesungguhnya, kawan-kawanku. Marilah kita bersama-sama mengejar kepada kebaikkan bulan Ramadhan yang mulia ini πŸ™‚

Di samping itu, pada bulan Ramadhan ini juga, aku ingin memohon maaf, dari kuku kaki sehingga la ke hujung rambut, segala silap aku, dan juga segala kurang ajar aku dan biadap terhadap kamu semua, di pohon ampun. Makan minum hutang di harapkan di halalkan. Hehe πŸ˜› Apa-apa pun, ada lagi 26 hari untuk kita beraya πŸ˜€

Ya. Internship aku juga akan lagi 2 minggu begitu. Aku mengharapkan dapat berbakti kepada company MotionWork, di mana tempat ini, mengajar aku banyak benda mengenai website dan juga erti-erti kehidupan yang sungguh berguna untuk aku selami dalam hidup aku. Banyak yang aku pelajari di sini. Sungguh. Walaupun aku kebosanan, tapi aku mengendong pelbagai ilmu berguna untuk masa hadapan. Hajatnya dahulu aku ingin berkerja di sana lagi, tetapi, gamaknya Creative Director mereka akan kembali ke tanah air beliau iaitu di Australia, maka, keputusan untuk berkerja di sana agak kabur. Entahlah, kita tunggu dan lihat la dulu. Aku tahu, pasti aku akan merindui mereka semua di sana, terutama sekali, kura-kura tersebut.

Oh ya. Projek-projek yang bermain di minda sudah aku bawa ke alam realiti. Tunggu dan lihat saja. Setahun lagi pasti aku miliki Mac Pro!

Tunggu!

Tunggu!