Hari 02 : Auckland & Wellington Port

Seharian Memandu

Masuk sudah hari ke dua kami berada di New Zealand. Kami bangun seawal yang mungkin untuk tidak mensia-siakan masa kami dengan tidur yang lama. Setelah bersiap untuk check out hotel, kami terus booking Uber untuk pergi ke pejabat Maui, syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyewa campervan.

Pada jam 11:00 pagi, kami tiba di pejabat Maui yang berdekatan dengan lapangan terbang Auckland. Walaupun kami sampai seawal yang mungkin, namun kami terpaksa menunggu di sekitar pejabat itu untuk jangka masa yang agak lama. Ini kerana proses untuk memberi campervan itu agak rumit dan memakan masa. Selain itu, semasa kami sampai di pejabat Maui, ada beberapa kumpulan orang yang berada di hadapan queue kami. Jadi kami terpaksa menunggu sampai tiba waktu kami.

14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand

Ini adalah beberapa jenis campervan yang di sediakan oleh Maui. Maksimum kapasiti yang muat untuk di diami adalah seramai 6 orang dewasa. Kami memilih River, antara campervan yang paling besar di sediakan oleh Maui. Keluasan yang agak besar dan reka bentuk yang menarik dari luar. Tak banyak branding yang melampau, dan yang menariknya adalah, campervan yang kami dapat adalah campervan yang baru! Penggunaannya tidak lebih dari 1000km. Jadi kami agak bernasib baik. Ia juga jenama Mercedes. Jadi boleh kata campervan ini agak high-class!

14 Hari Di New Zealand Terima kasih Munir menghadiahkan kami glasses yang comel!
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand

All set and good to go!! #TAPAUtripsNZ #fantaguana #syükur #auckland #newzealand

A post shared by Ahmad Faris (@fungusinthemilk) on

14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand

Kemana seterusnya? Kami bergerak dari pejabat Maui ke arah selatan sambil mencari pasaraya untuk membeli belah barang-barangan dapur untuk kami stock up sepanjang perjalanan kami. campervan kami ada kemudahan seperti microwave oven, dapur api, peti sejuk untuk di gunakan sepanjang perjalanan. Namun begitu, kemudahan ini tidak boleh di guna semasa kenderaan sedang berjalan. Ini adalah kerana faktor keselamatan.

Setelah kami sampai di pasaraya yang berdekatan, kami berpecah kepada dua kumpulan. Faris dan Munir bergegas mencari kedai makan dan tugas mereka adalah untuk membawa balik bungkusan makanan untuk kami makan terus sebelum bergerak ke selatan New Zealand. Manakala kami, Shah, Ana, Daus dan aku, akan meneruskan perjuangan mencari bekalan makanan untuk di guna pakai sepanjang perjalanan kami nanti.

14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand

Destinasi kami seterusnya adalah Wellington Port. Pada asalnya, kami ingin berhenti di mana-mana sahaja yang ada pemandangan cantik. Namun disebabkan kami mengejar masa kerana kami telah membuat tempahan feri untuk ke South Island di bawah sana. Jadi kami tidak boleh berhenti sepanjang perjalanan, melainkan untuk mengisi minyak.

Perjalanan kami agak jauh. Boleh di anggarkan, kami terpaksa memandu selama 7 jam untuk sampai ke destinasi kami.

14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand Malam menjelang. Masih ada beberapa jam untuk sampai ke destinasi.
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand

Kami sampai ke destinasi lebih kurang jam 2:30 pagi. Kami di arahkan untuk tunggu di dalam campervan. Dalam masa 30 minit, pekerja di port tersebut mengarahkan kami untuk membawa campervan masuk ke dalam feri.

Di dalam feri, kami hanya dapat tidur di atas kerusi sahaja. Ini kerana kami tidak menempah lounge untuk tidur. Nak jimat punya pasal, kami hanya membuat tempahan untuk sewa feri sahaja.

14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand Inilah feri yang kami naik untuk ke seberang. Besar gile!
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand
14 Hari Di New Zealand

Tak banyak pon yang boleh di buat di atas feri, lagi dengan keadaan yang malam dan gelap, langsung tak nampak apa di luar. Namun Faris dan aku sempat ke luar sebentar untuk menikmati angin laut. Tapi kami tidak dapat bertahan lama kerana angin yang kuat dan sejuk, sehingga menggigil aku di buatnya. Kami melepak sekejap selama 5 minit di luar dan masuk terus ke dalam tanpa membuang masa.

Perjalanan ke Picton port akan mengambil masa lebih kurang 5 jam lebih dan kami bakal sampai ke kawasan South Island pada jam sekitar 7 pagi.