Milford Sound adalah satu kawasan bukit di New Zealand yang cantik. Di sini ada beberapa aktiviti menarik yang boleh di buat. Antaranya adalah menaiki kapal cruiser dan jalan sekeliling bukit-bukit di sekitar sini. Selain itu, aktiviti melihat Milford Sound dari atas kapal terbang juga ada di sediakan. Namun semuanya berbayar dan agak mahal. Jadi kami hanya bersiar-siar di sekitar itu sahaja.
Selesai berjalan-jalan, macam biasa, kami meneruskan perjalanan kami untuk ke Queenstown seterusnya. Menuruni bukit, dan perjalanan selama 400km, kami teruskan perjalanan.
Kami tiba di Queenstown dengan selamat. Setelah sekian lama kami berpeleseran dengan hutan-hutan dan alam semula jadi, kali ini kami kembali dengan kehidupan bandar. Hari ini kami bermalam di sebuah rumah dengan menyewanya di AirBnb. Sebuah rumah yang agak luas dan selesa. Tapi antara yang paling penting ada katil untuk tidur. Yeay!
Setelah selesai memunggah barang-barang kami di rumah, kami keluar untuk bersiar-siar di sekitar bandar Queenstown.
Queenstown bandar yang kecil. Rasanya satu pusingan sahaja sudah cukup. Mungkin sebesar Bangsar? Entahlah. Hari ini kami hanya berjalan untuk mencari makanan sahaja. Setelah selesai mencari makanan, hari sudah pun petang. Maka kami pun bergerak pulang ke rumah sewa kami.
Bandar Queenstown ada vibe yang best. Secara peribadi aku agak suka bandar Queenstown. Tapi esok kita akan jelajah lagi bandar Queenstown.
Tak tipu, sini memang banyak agas yang annoying!
Bintang-binatang disini agak mesra alam dengan manusia.
Kami singgah sebentar di sini. Ia di panggil Devil Staircase. Kuat angin di sini.
Di atas itu boleh naik Luge dan juga para-gliding. Agak menarik.