Yeay! Pagi ini boleh rasa yang hari ini akan menjadi satu hari yang indah untuk kitorang. Pagi ini kami bangun dengan penuh semangat. Pagi yang cerah, di sinari mentari pagi, yeay!
Sarapan kami adalah cereal dan susu. Sarapan yang penuh dengan keriangan dan keseronokkan. Destinasi seterusnya adalah Abel Tasman, di hujung daerah Tasman. Di sana ada pantai, dan juga satu bentuk batu yang berbentuk gajah. Kalau kalian google, boleh tengok betapa megahnya batu tersebut membentuk menjadi seekor gajah.
Dengan hari yang cerah ini, kami berharap dapat mengambil gambar yang cantik sambil menikmati pemandangannya juga.
Sambil driving, macam biasa, kami nampak port yang menarik di atas bukit. Jadi kami singgah sebentar untuk melihat pemandangan dari atas. Mengikut kata signboard, ada Middle Earth Experience, namun kami tidak terus masuk ke dalam kerana ianya bukan dalam perancangan kami.
Takde rezeki.
Bila kami tiba di antara persimpangan untuk ke Abel Tasman, jalan itu di naiki air, banjir keseluruhan jalan di situ. Terdapat banyak kenderaan yang terpaksa berhenti di tepi jalan untuk menunggu samada air turun semula ataupun jalan kaki untuk ke seberang. Kami mengambil keputusan untuk tidak ke sana, jadi kami terpaksa memandu semula campervan kami dan berpatah balik ke arah Picton.
Kami singgah sebentar di salah satu pekan dalam perjalanan kami ke Picton. Pada waktu itu, jam baru sahaja menunjukkan pukul 4:00 petang. Namun kedai-kedai di sana sudahpun tutup pada waktu itu. Mungkin di sebabkan musim sejuk, masa operasi mereka di pendekkan.
Apa yang kalian tengok adalah satu pekan kecil di New Zealand. Sepanjang perjalanan kami, kesemua pekan yang ada hanyalah kecil-kecik sebegini sahaja. Tiada bangunan besar-besar, shoplots seperti yang ada di Malaysia. Masing-masing mempunyai rekabentuknya yang tersendiri.
Dalam perjalanan kami ke arah Picton, kami di kejutkan dengan beberapa kejutan. Kejutan pertama adalah; jalan yang kami lalui adalah di kawasan tebing-tebing bukit. Jadi dalam perjalanan itu, ianya sungguh gelap. Setiap sudut jalan hanya ada reflector yang menjadi indikasi kami sepanjang perjalanan. Di sebabkan Picton juga adalah salah satu kawasan yang menjadi mangsa gempa bumi, ada beberapa jalan yang telah ditutup. Kami juga mendapati beberapa kawasan rumah yang telah di naiki air. Sampai ke bumbung! Agak membimbangkan.
Kejutan kedua kami; kami berselisih dengan kereta yang di pandu oleh penduduk tempatan. Kami di nasihatkan untuk memandu dengan perlahan-lahan di salah satu jalan di hadapan. Seudah sampai saja di jalan yang di sebutkan itu, kami berhenti seketika untuk melihat keadaan jalan. Setelah meneliti jalan itu, Daus sebagai driver kami membuat keputusan yang dia boleh memandu di atas jalan yang merekah itu. Dengan berkat dan rahmat Tuhan, kami berjaya melalui jalan itu dengan penuh suspen.
Setibanya kami di campsite, kami terus bersiap sedia untuk tidur.
Kami berehat sebentar untuk memasak indomee. Masakan saving.