Mana ada hari ke 14. Aku tersalah kira sebenarnya, tapi takpelah. Harap kalian maafkan kesilapan aku.
Walaubagaimanapun, disini aku ingin mencuapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menyertai aku dalam pengembaraan ke New Zealand kali ini. Ini memang adalah satu titik dalam hidup aku yang tidak akan aku lupakan. Drama, suspen, sunburn, gembira, sedih dan macam-macam lagi emosi yang ada dalam perjalanan kali ini.
Selain dari itu, kalau kalian nak tau, Faris juga telah menyediakan sedutan-sedutan episod yang telah dia rakam sepanjang dalam perjalanan kami di New Zealand. Untuk melihat lebih lanjut, boleh lihat di website Tapau.tv. Kalian boleh tengok apa yang kami lakukan sepanjang perjalanan di sana.
Sekian sahaja untuk kali ini. InsyaALLAH kalau ada lagi pengembaraan yang lebih dari 7 hari, aku akan buat lagi galeri seperti ini, sebagaimana yang telah aku lakukan semasa perjalanan aku di Jepun, Hong Kong dan juga Tanah Arab tempoh hari.
Sekian, terima kasih!
Dari kiri : Daus, Ana, Faris, Shah, Munir