Hari ke 11 kami di New Zealand. Pada tengahari nanti, kami akan bergerak ke Picton port yang tidak jauh dari campsite yang kami sewa semalam. Hanya beberapa minit sahaja. Bandar Picton sendiri adalah kecil, jadi dekat sahaja destinasi kami.
Kami bergerak awal untuk ke Picton port. Pada awal jam 12:00 tengahari lagi kami sudah ke sana. Kami di jadualkan akan menaiki feri yang akan membawa kami ke north island semula pada jam 1:30 tengahari. Namun kami sengaja pergi awal ke sana kerana tiada apa lagi yang boleh di lakukan di Picton.
Sampai di sana, kami beratur menunggu giliran.
Perjalanan kami memakan masa selama 3 jam 30 minit.
Sambil menunggu feri untuk bergerak, kami berlegar-legar di atas feri melihat pemandangan dari atas feri. Kelihatan ramai juga orang yang menaiki feri ini untuk ke Wellington.
Kami selamat sampai ke Wellington. Sampai saja di sini, kami terus bergerak mencari tempat makan. Kami singgah sebentar di pekan yang berdekatan yang mempunyai Subway dan makan di situ. Selepas makan di Subway, kami membeli beberapa barang-barangan mentah untuk di masak pada malam hari nanti.
Selepas selesai semuanya, kami bergerak untuk ke campsite kami di Wellington.
Kami tidak dapat berehat di campsite yang kami rancang itu. Jadi kami terpaksa improvise perancangan kami dan bercadang untuk tinggal sahaja di mana-mana campsite yang berhampiran, mahupun secara percuma atau berbayar. Tanpa memandu dengan jauh, kami jumpa satu campsite yang agak murah berdekatan.
Tanpa membuang masa, kami terus menyewa satu tempat di situ dan terus bersiap sedia untuk tidur.
Jalan tutup dengan arus air yang deras. Kami tak dapat teruskan perjalanan.