Salam Sejahtera Kalian
*Post ini patutnya aku update pada minggu lepas, tapi sebabkan vitamin-M dan peransang tido yang kuat, maka hari ini baru aku update*
Maka dengan itu, marilah kita bersambung cerita.
Minggu lepas merupakah hari yang paling hebat dalam hidup aku. Yeah. Aku ulangi, minggu yang paling hebat. Ini kerana aku dan sekalian rakan kembali unite bersama di dalam aksi permainan futsal yang di kendalikan oleh Helmi di HTO, dekat area-area Subang. Aku pun tak tau ape maksud HTO.
Sekembalinya aku dari kerja, berbuka sebentar di rumah. Memakan masakan ibunda. Mama masak spaghetti itu hari, lazat dan sungguh menyelerakan. Aku makan sehingga 3 pinggan tambahan. Mama saya masak memang sedap. Semua orang kalah. Haha. Aku tidak tunggu lama kerana aku telah berjanji dengan Syam untuk meluangkan masa dengan beliau untuk membeli baju di Badger di sekitar kawasan Uptown Damansara di sana. Macam biasa, janji kata nak sampai di sana pukul 1030, tapi gamaknya baru nak gerak pukul 1030. Haha. Ini lah namanya Janji Aman Ruzaini. Haha.
Sesudah Syam habis membeli baju di Badger, kami meneruskan aktiviti malam itu dengan pergi mengambil Azwan Halim, bassist HIX yang hebat dan gagah lagi berbadan tegap untuk bermain futsal bersama kami. Terus kami bergerak ke HTO kerana masa tidak mengizinkan kami untuk berlengah-lengah lagi. Sesampainya di HTO, aku lihat ramai kawan-kawan bagaikan sedang menunggu kedatangan aku. Oh, aku terasa seperti orang penting pula. Haha. Biasalah, adat turun temurun, bila jumpa orang, kene salam. Tapi bila dah start salam sorang, kena la salam suma orang. Haha. Salam lah dengan semua orang di sana yang tidak kurang dari 15 orang itu.
Aktiviti bermain futsal bermula. Main dan main dan main dan main dan main dan main, mungkin sebanyak 20 round jugak lah. Yeah, aku tahu, aku amat fit. Haha.
Tak cakap banyak lah. Dah penat lelah bermain futsal, kami teruskan aktiviti harian kami untuk bersahur di tempat urban kids selalu lepak. Mana lagi kalau bukan Canai. Haha. Di Canailah tempat paling best, sebab di sini, aku tempatnya kami ketawa terbahak-bahak setelah sekian lama tidak ketawa sedemikian rupa. Haha. Serious. Kalau di kenangkan kembali, aku rasa rindu untuk ketawa sedemikan rupa sebab sudah lama aku tidak ketawa sebegitu. Sesungguhnya melepak di Canai itu hari, sungguh taksub aku dibuatnya. Malam itu merupakan malam paling awesome sekali dalam hidup aku.
Baiklah, mari kita ke segmen yang paling hebat pada minggu lepas!

This is Escapism
Continue…